Tuesday, February 3, 2015

Cuti yang Awesome

Seronok bercuti sempena hari wilayah dan hari thaipusam.. memang havoc. Balik petang jumaat lepas kerja. Esok tu tengah hari sabtu family Mimie buat tahlil dan doa selamat. Ramai sedara mara datang. Memang seronok sangat-sangat.

Petang tu pulak kami pulang ke rumah in law di Dungun. Jumpa family in law. Alhamdulillah dapat balik dua-dua kampung. Sebelah husband dan sebelah Mimie. Baru adil. Huhu..

Hari Isnin tu balik Kuantan semula. Malam tu oleh sebab semua adik beradik Mimie berkumpul so kami buat BBQ. Memang meriah dan seronok tak terkata. Rasa tak mau balik KL. Hahaha..

So hari ni kami bertolak balik. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. Tak jem pun. Percutian yang menyeronokkan.. huhuhu..

Oleh sebab dah balik dua-dua kampung so raya cina nanti kami duk KL je la. Lagipun Mimie pun dah sarat sekarang. Dah masuk 7 bulam kandungan Mimie. Esok ade check up. Mr. Tajul teman esok untuk check up.. hohoho... mengada-ngadakan hahaha... Nak buat camne. Mr. Tajul yang rela hati nak teman. Risau sangat lepas jalan jauh katanya.. huhu..

Ok readers.. jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG