Friday, February 20, 2015

Kami tak balik kampung (ToT)

Tajuk entry yang tak boleh blah hahaha... Hurmm... cuti panjang tapi tak balik kampung. Cuti tahun baru cina ni dapat 4 hari. Tapi kami dah balik masa cuti hari wilayah dengan thaipusam hari tu. Cuti 4 hari juga masa tu. So kami decided tak balik la cuti raya cina ni. Tapi bila tengok FB kekawan post balik kampung. Mak masak. Kumpul adik beradik tetiba je jadi touching.. Uwaaa... rasa nak balik kampung. Muahaahaha...

Hurmm... Takpe la tak balik kampung kali ni. Duduk rumah kemas rumah (sebenarnya Mr. Tajul yang tolong kemas rumah.. Tak larat nak mengemas hahaha). Alasan kan bila dah sarat mengandung ni. Alhamdulillah suami memahami. Thanks sayang.. hehehe.. Tapi rutin memasak wajib buat. Cuma bila dapur dah berselerak Mr. Tajul la tolong kemaskan hahaha.. Seronok memasak untuk anak-anak dan suami. Buat nasi lemak, bakar kek coklat, cheesekut.. Hilang penat bila tengok suami dan anak-anak selera makan.

Oh hampir lupa pulak.. Mak mertua nak datang hari ahad ni. Katanya nak duduk lama sikit kat rumah kami.. Alhamdulillah. Tak dapat balik kampung tapi still dapat jumpa ibu bapa kami. (^_^) Ok.. Tengah tunggu Mr. Tajul balik dari masjid ni. Time cuti ni Mr. Tajul akan ke masjid pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Anak-anak semua dah tido..

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG