Monday, February 16, 2015

Siap Keperluan Bayi (^_^)

Alhamdulillah.. Selesai shopping barang bayi hujung minggu baru ni. Setiap kali beli barang untuk sambut orang baru dalam keluarga kami mesti excited. Mimie, Mr. Tajul dan anak-anak terlebih excited. Kakak Batrisyia lagi la seronok. Kakak yang paling banyak pilih barang masuk bakul haha..

Dari anak pertama sampai la ketiga ni memang kami selesa shopping di Manjaku Bangi. Banyak pilihan. Harga pun ok la jugak. Ada macam-macam brand untuk dipilih. Dari pakaian sampai la aksesori.

Alhamdulillah kepala baby dah turun ke bawah. InshaaAllah bila kepala baby dah ke bawah peluang bersalin normal dan Mr. Tajul teman di sisi di dalam labour room nanti semakin cerah seperti anak-anak sebelum ni.. Ya Allah permudahkan urusan bersalin nanti. Semoga semuanya selamat dan baby sihat sempurna. Aaaamiinnn..

Barangan Mimie pun dah complete. Tambah lagi 2 bengkung dari yang sebelum ni. Maternity pad dan nursing pad pun dah complete. Tinggal set bersalin Nona Roguy belum beli lagi. Mimie serasi dengan set bersalin ni. Minggu ni Chinese New year. So nak beli online produk nona roguy ni kena tunggu lepas CNY la jawabnya. Orang dah sibuk nak cuti kan minggu ni.. So risiko pengeposan barang ni lebih baik diambil lepas cuti panjang.

30 minggu dah kandungan Mimie.. Tinggal lagi 10 minggu.. Setiap kali dah sarat ni memang berdebar. Yang paling sayu bila solat jemaah dengan Mr. Tajul. Setiap patah doa yang dibaca selesai kami solat jemaah buat Mimie sayu.. Terima kasih suamiku sayang atas doa keselamatan buat Mimie dan anak-anak.. Sayang abang dan anak-anak dunia akhirat.. Semoga kebahagiaan sentiasa milik kita.. Aaamminnn..

2 comments:

  1. baguslah mimie buat persediaan awal. tiba masa dah tak payah susah-payah lagi..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG