Tuesday, March 31, 2015

Tahniah Encik Suami

Tahniah Mr. Tajul atas kecemerlangan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2014..

Alhamdulillah dah dua kali APC sepanjang perkhidmatan abang di Kementerian Belia dan Sukan. APC 2010 dan APC 2014.. APC terakhir di KBS kan abang... Tahniah.

Alhamdulillah rezeki baby.. Naik pangkat dan APC tahun ni.. Semoga abang terus berjaya dan cemerlang di tempat baru... Love you abang... Dari Mama dan anak-anak kita..

Notakakitangan: Slow update blog coz mood kursus seminggu di Kuantan di usia kandungan 36weeks...


Thursday, March 26, 2015

Impak GST

Kalau buka laman sosial sekarang rata rata membincangkan isu GST. Belum apply lagi GST harga dah meningkat.

Yang dah ada anak ni memang terasa sangat kesan GST ni. Terutama pembelian susu dengan pampers ni. Ku semangat kalau tengok harga sekarang.

Tengah hari tadi pergi Tesco untuk beli barang pantry ofis. So alang-alang tu nak borong pampers dengan susu anak. Last-last tak sanggup nak beli. Pampers Pet Pet untuk Aqilah biasa offer paling murah RM29.90-RM30.90. Tadi pergi harga dah RM46 hinggit.. Uikss... Kemain lagi ko naik harga sebelum GST ni. Susu pulak Aqilah minum Dumex Dugro kalau offer pernah harga RM18.90-RM19.90. Tadi dah Rm27.80.. Berpeluh mak pikir nak beli ke tak.. Last-last tak payah beli.

Petang ni nak gi Darussalam kat Presint 9 untuk beli susu dan pampers sebab harga die selalunya lebih murah dari hypermarket ni. Sabar je la. Lepas ni baby keluar bulan depan memang nekad fully breastfeeding sampai umur 2 tahun. Kalau Aqilah Mimie mampu fully breastfeeding sampai 1 tahun 6 bulan inshaaAllah baby kali ni mesti nekad sampai 2 tahun. InshaaAllah..

Batrisyia sekarang minum susu islamic. Susu coklat badam kismis. Alhamdulillah ok. Takde lagi dengar kena GST. Mr. Tajul beli kat kioks masa hari jumaat kat masjid besi Putrajaya lepas solat jumaat. 3 kotak offer RM50 pernah dapat. Minuman sunnah. Lagipun Batrisyia baru belajar minum dalam cawan dan tak guna botol susu..Alhamdulillah. Dah seminggu tak guna botol. Kalau tak malam-malam berdrama air mata nak minum pakai botol. Haha.. Gud job kakak.. (^_^)

Notakakitangan: Untung la sapa duk kawasan bebas cukai tak kena GST. Macam adik ipar kat Labuan. Takde GST kat sana...

Wednesday, March 25, 2015

Selamat Menyambut Hari Polis Ke 208

Selamat Hari Polis terutama buat adik lelaki Mimie >>> Syah.. Semoga berkhidmat dengan cemerlang dan berintergriti.. Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada..

Juga diucapkan Selamat Hari Polis kepada rakan-rakan kenalan, sahabat handai serta semua warga polis. Semoga berkhidmat dengan dedikasi dan cemerlang demi kemakmuran negaraku Malaysia..

Mood tersangat baik hari ni... Weeeee...... (^_^)

Monday, March 23, 2015

Akhirnya ketemu jua...

Alhamdulillah akhirnya bertemu jugak dengan yang diidamkan selama ni.. Raja buah.. Buah durian..

Lokasi dikesan di simpang empat Dengkil sebelah Cendol Bakar.. Terima kasih ye Mommy Lin maklumkan lokasi durian ni. Mr. Tajul beli tapau balik rumah hehehe.. Katanya lepaskan hajat ibu mengandung. Huhuhu.. Alhamdulillah...

Oleh sebab bukan musim durian ni.. Harganya kemain lagi.. Sekilo RM35. (ToT). Mr. Tajul pilih-pilih berat 1.8kg. Hamik ko.. Dekat RM70 hinggit sebijik. Tapi dah ibu mengidam so beli je la. Huhuhu.. Thankz abang.. Alhamdulillah.. Sedap.. hehehe..

Thursday, March 19, 2015

SUPERMAMA... (^_^)

Tahun ni Mimie jadi Supermama. Mana taknya.. Kena menguruskan anak-anak dari pagi sampai anak-anak tidur sepanjang hari bekerja. Waktu kerja pun dah mula berubah. Mr. Tajul dah keluar awal-awal pagi untuk mengelak dari menempuh jam di awal pagi. Mana taknya dari Sepang ke Kuala Lumpur.. Fuhhh.. Boleh tahan jugak la jarak ke tempat kerja Mr. Tajul sekarang. Sejak Mr. Tajul diberikan penempatan baru di tengah ibu kota Kuala Lumpur ni menyebabkan Mimie mengambil alih tugas pengurusan anak di awal pagi yang mana sebelum ini Mr. Tajul uruskan. Tapi Mimie bersyukur sebab Mr. Tajul still uruskan kelengkapan anak-anak sebelum masuk tidur. So Mimie hanya perlu bangun dan mandikan anak-anak sebelum hantar mereka ke kindergarten. Barang-barang semua Mr. Tajul dah kemaskan. So takde la kelam kabut sangat pepagi.

Alhamdulillah... Senang nak menguruskan dua puteri comel ni. Masa kejutkan untuk bangun pun mudah walaupun kadang-kadang berguling-guling dulu sebelum nak bangun (macam perangai Mama die.. hahaha) Pukul 6 pagi anak-anak semua dah bangun. Pastu Mimie mandikan dua beradik ni. Sebab tu Mimie suruh mereka ni tidur awal. Supaya mudah nak bangun pagi. Sebelum pukul 10 mesti dah tidur. Lepas makan malam, Mimie bancuh susu untuk kakak dan adik. Lepas tu suruh masuk bilik tidur. Alhamdulillah. Mudah tidur anak-anak semua. Terima kasih anak-anak Mama Ayah..

Balik kerja ambil anak-anak semua. Lepas tu terus keluarkan barang-barang dalam peti ais untuk masak makan malam. Tetap masak makan malam sebab Mr. Tajul balik kerja nak makan malam di rumah dengan family. Kalau dah lewat Mimie bagi anak-anak makan malam dulu. Lepas tu tunggu Mr. Tajul balik untuk makan sama-sama. Kesian dekat Mr. Tajul nak kena tempuh jam. Maybe bagi orang lain semua tu perkara biasa. Tapi bagi kami memang satu perubahan dalam kehidupan. Sebab sebelum ni antara tempat kerja dengan rumah tak perlu nak tempuh jam. Mimie bagi solution suruh Mr. Tajul beli superbike je. Senang nak berulang alik ke tempat kerja dari rumah. Tapi kesian pulak kalau hujan nanti..

Baby dalam kandungan sekarang dah semakin aktif. Kadang-kadang sampai sesak nafas dibuatnya. Syok betul berguling-guling dalam womb Mama yer.. InshaaAllah bulan depan due date. Tak sabar nak terima orang baru dalam family kami. Semoga Allah permudahkan urusan kami lepas ni.. Semoga rezeki anak kali ini lebih barakah dan dipelihara Allah. Aaaamiiinn...

Wednesday, March 18, 2015

Durian Kat Mana...????

Okay.. Dah dekat sebulan mengidam nak makan buah durian.. Kat mana nak cari buah durian ni. Bukan musim durian sekarang. Kalau musim durian senang cerita sebab on the way balik rumah berlambak-lambak orang jual tepi jalan. Tapi sebab bukan musim memang susah nak dapat. Yang kesiannya Mr. Tajul pusing merata tempat cari durian. Masalahnya tak jumpa.. Uwaaa.... Nak nangis.. Hope dapat la makan durian sebelum bersalin ni....  Oh Baby... Kenapa mengidam buah bermusim yang bukan musim sekarang... (ToT)

Tuesday, March 17, 2015

Prasekolah Untuk Batrisyia

Sekarang tengah mengisi borang untuk pendaftaran pra sekolah untuk kakak Batrisyia. Sekarang Batrisyia di Little Caliph. Dah dua tahun Batrisyia di little Caliph. Sejak 4 tahun sehingga sekarang. So Sekarang tengah dalam perancangan untuk reorganize penghantaran sekolah anak-anak sekiranya Batrisyia dapat prasekolah di sekolah rendah tahun depan. Mana taknya.. Kena amik tengah hari. Lepas tu kena cari transit petang pulak. So Mama kena busy sikit la. InshaaAllah sekiranya ada rezeki. Lagipun bagus juga Batrisyia diberi pendedahan awal prasekolah di sekolah kebangsaan ni..

Lepas ni Mimie masuk keje WP2. Pukul 8-5 petang. Dah tak ada WP1 pukul 7.30-430 petang. Sebabnya Mr. Tajul dah start penempatan baru di KUALA LUMPUR atas kenaikan pangkat baru-baru ni. Huwaaaa..... Selalunya pagi-pagi ni tugas Mr. Tajul urus anak-anak. Sekarang Mimie kena take over kerja penghantaran dan pengambilan anak ke sekolah dan taska. So lagi nak kena reorganize sekolah anak-anak. Kalau boleh nak hantar setempat. Senang nak uruskan.. Huhuhu.. Lagipun Mimie pun tengah sarat nak masuk 9 bulan ni. So nanti dah cuti 3 bulan boleh rancang perlahan-perlahan pengurusan anak-anak..

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga.. Buat Mr. Tajul.. Jangan risau sangat la Mama uruskan anak-anak. InshaaAllah boleh uruskan anak-anak kita. Mr. Tajul ni sebenarnya tak sampai hati nak Mimie uruskan anak-anak. Katanya kesian takut Mimie penat sebab hantar dan ambil anak. Selalunya Mr. Tajul hantar. Mimie yang ambil anak-anak. Ada tolong menolong dalam pengurusan anak. So sekarang Mr. Tajul risau takut Mimie penat sebab dia tak dapat tolong. Takpe la abang.. Hujung minggu abang take over jaga anak dan bangun tengah malam tolong bancuh susu anak.. Boleh kan...??? Hahahaha (^_^)

Monday, March 16, 2015

7th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Semalam hari terakhir belon udara panas di Putrajaya. Anak-anak excited tengok belon besar. Macam-macam rupa. Ada kartun. Ada muka orang besar. Seronok sangat. Orang pun memang ramai. Meriah betul..

Mak buyung ni memang tak larat nak berjalan. Tapi demi anak-anak datang juga la. Kakak Batrisyia nak tengok belon besar katanya. Huhuhu..



Wednesday, March 11, 2015

Membesar dengan jayanya (^_^)

Chenta Hati Saya (^_^)

Alhamdulillah 33 minggu mengandungkan anak ketiga kami... Mengandung kali ni dah terlebih membesar dengan jayanya.. Hehehe.. Mr. Tajul cakap takpe.. Lepas bersalin nanti akan kurus semula.. Thankz hubby for ur support... Mr. Tajul pun tak kurang jugak naik berat badan. Tengok pouch bag die sekarang.. Sampai gambar kat atas tu Mr. Tajul cakap gambar edit sebab ketara sangat nampak peyut die.. Nak lawan perut Mimie ler tu.. Hahahaha...

Semalam masa tengah makan malam dengan suami, Mr. Tajul tiba-tiba cakap.. "Kalau ikut abang... Hari-hari nak hantar sayang pergi kerja.." Alahai suamiku.. touching la Mimie tau.. Hurmm... Nak buat macam mana... Walaupun kerja satu Putrajaya tapi kerja kami tak sama. Masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dipegang. Yang paling touching bila Mr. Tajul cakap "Takpe la.. Maybe ada rezeki bila anak-anak semua dah besar... Mungkin masa tu dekat-dekat nak pencen kot.." Hahaha.. Tergelak Mimie dengan suami tercinta ni.. InshaaAllah.. Semoga Allah kekalkan kebahagiaan kita ni.. Terima kasih abang...

Biasalah.. Orang mengandung ni terlebih touching.. Sejak dari kahwin kami memang ke tempat kerja secara berasingan. Masing-masing bawa kereta masing-masing.. Mimie pilih masuk awal pukul 7.30 pagi supaya dapat pulang awal pada jam 4.30 petang. Ambil anak-anak terus siapkan makan malam untuk suami dan anak-anak. Senang menguruskan rumah bila balik awal. Jalan pun tak jem sebab tak ramai yang pulang 4.30 petang.. Mr. Tajul pulak masuk 8.30 pagi supaya mudah menguruskan anak-anak ke sekolah pada waktu pagi. Bila balik petang nanti Mr. Tajul boleh bersihkan diri dan kami selalunya solat maghrib berjemaah sebelum makan malam bersama anak-anak. Inilah rutin kami setiap hari..

Lately ni memang tak larat nak buat kerja rumah. Selalunya lepas masak makan malam, Mr. Tajul tolong kemaskan dapur. Lepas isyak anak-anak memang dah tidur. Paling lewat tidur pukul 10 malam. Kalau tak, pukul 9.30 malam anak-anak semua dah tidur. Alhamdulillah dua-dua puteri kami ni memang jenis tidur awal. Malam bangun untuk susu kemudian tidur semula. Alhamdulillah.. 

Selalunya Mr. Tajul akan tidur lewat dari Mimie kebelakangan ni. Lepas tidurkan anak-anak, Mimie akan masuk tidur dahulu sebelum Mr. Tajul. Mr. Tajul faham.. Sekarang dah sarat mengandung. Selalu sebelum tidur Mr. Tajul akan sapukan minyak panas di betis dan kaki Mimie untuk elak kejang tengah malam. Gosok-gosok sampai Mimie terlelap. Alhamdulillah.. Bertuah Mimie bersuamikan abang.. Terima kasih abang.. Anugerah Allah buat pendamping dan pembimbing untuk sayang..

Tuesday, March 10, 2015

Anak-anak permata hati



Sekejap dah membesar dua puteri cilik ni.. So far menjaga anak perempuan ni lebih mudah. Senang dan teratur. Bila kata jangan memang tak buat. Kadang-kadang je buat perkara bila kata 'NO'. Hehehe.. Mimie takde pengalaman anak lelaki. Tapi dari pengalaman kawan-kawan cakap memang senang jaga anak perempuan dari anak lelaki. Anak lelaki lasak.. Huhuhu.. Mimie pun tak tau sebab takde pengalaman.

Kalau bawa ke pejabat memang orang takkan tahu pun ada anak datang pejabat. Sangat senyap dan behave. Sejak dari baby lagi memang anak-anak tak meragam. Semoga anak-anak kami sentiasa tergolong dalam golongan orang beriman dan soleh dan solehah.

Ada anak dara ni memang behave. Perasaan malu tu dari kecik ni memang dah nampak. Especially kakak Batrisyia. Memang pemalu habis. Si adik Aqilah pulak ramah tamah dengan orang. Suka senyum dan salam semua orang. Kalau bersalam dengan orang bukan main lagi tunduk cium tangan penuh sopan. Ayu betul.. Hahahaha..

Kalau duduk rumah dua puteri ni suka mewarna dan menconteng kertas. Then pantang jumpa gadget. IPAD or MACBOOK. Minta pasang kartun. Oh.. Sabar je la.. Kerja kat pejabat memang takkan bawa rumah. Sebab takkan siap. Hahahaha..

Kalau tidur malam lagi senang. Pukul 9 paling awal tidur. Paling lambat mesti sebelum 10 malam. Mimie akan siapkan makan anak-anak lepas balik kerja. Lepas isyak semua makan untuk dinner. No kartun or TV pada waktu malam. Kami suami isteri pun tengok TV lepas dua beradik ni tidur. Lepas tu Mimie bancuh susu dan bawa anak-anak tidur di bilik sendiri. Sekarang dua beradik ni tidur sama-sama di bilik sendiri. Alhamdulillah ok. Pagi bangun pukul 6. Semua siap mandi then Mr. Tajul akan hantar ke sekolah masing-masing..

Monday, March 9, 2015

60 kepada 62..???

Hurmm... ni bukan berat badan 60 kepada 62 tau.. Ni adalah kajian umur persaraan bagi kakitangan awam yang mana sekarang ni umur untuk persaraan adalah 60. Tapi sekarang nak kaji sampai 62 tahun... Patut ke tak patut...????

Bagi Mimie umur 60 tahun ke atas ni dah boleh rehat di rumah. Umur macam ni sesuai untuk ke masjid, tumpukan ilmu akhirat. Mencari harta dunia sampai bila-bila pun tak habis.. InshaaAllah jika umur panjang bersama suami, kami nak habiskan masa bersama mengejar dunia akhirat. Macam sekarang pun kami memang dah mengejar ilmu akhirat tapi waktu terbatas. Kami ke masjid mendengar kuliah maghrib dan subuh pada hujung minggu serta solat jemaah di masjid. Selalunya Mr. Tajul yang akan pergi. Jika ada kelapangan Mimie akan pergi bersama suami Mimie dan anak-anak.

Lagi satu kalau kita ni kakitangan awam masih sambung sampai 62 tahun, kesian kepada generasi muda atau pelapis kerana peluang pekerjaan semakin sempit. So ramai la lepasan graduan yang tak dapat kerja dengan kerajaan. Semakin ramai pekerja kontrak di ambil dari pekerja tetap.

Pada pendapat Mimie tentang kajian umur persaraan ni mungkin disebabkan masalah kewangan di hari tua. Maklumlah.. Penjawat awam ni mudah ambil pinjaman dengan bank. So untuk settle pinjaman tu mungkin solution adalah lanjutkan umur persaraan. Hurmm.. Ni pendapat Mimie la..

Buat Mr. Tajul.. Jika dipanjangkan usia mungkin dah Jusa kot masa ni. Muahaahaha... So Mimie boleh la bersara awal kan... Rehat jaga abang dan anak-anak jer.. Apa-apapun.. Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga dan dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan berpanjangan. InshaaAllah... Ammmiinnn....

Friday, March 6, 2015

Suami Sebelah Rumah

Semalam episod 4 Suami Sebelah Rumah... Terjebak pulak dengan drama melayu bersiri ni.. Lama dah tak tengok Drama Melayu Bersiri ni.. Malas nak layan takut melekat. Tapi ntah macam mana boleh terlekat tengok cerita SSR ni.. Mr. Tajul pun tanya cerita apa ni.. Last-last die pun join sekali tengok.. hahaha

Dari awal tengok episod ni menunjukkan bahawa kalau dah jodoh tak kemana. Kalau dah tulis dia memang jodoh buat kamu sampai nak dekat akad nikah rancang kahwin dengan orang lain tapi last-last kahwin dengan jodoh ketentuan Allah jugak.. Yang kedua berkat dan restu ibu bapa terutama sekali ibu kita inshaaAllah jodoh tu akan kekal hingga akhir usia.. Macam dalam cerita ni Mak Eryn ni memang dah lama betul nak Amar jadi menantu. Last-last jadi menantu jugak.

Cerita ni ada unsur komedian.. Berkat sabar Amar akhirnya kahwin jugak dengan Eryn.. Sweet je.. Walaupun Eryn ni marah atau benci kat Amar tapi Amar tetap sabar dan sayang pada Eryn. Haha.. Sweet kan.. Tak sabar nak tunggu next episod..

Thursday, March 5, 2015

Get Well Soon Dear!

Semalam Mr. Tajul ada program dinner dan balik lewat malam. Sampai rumah Mimie tengok Mr. Tajul dah muntah-muntah sakit kepala. Hurmmm... rupanya angin dah masuk badan sampai kepala. So Mimie ambil minyak angin gosok kepala dan perut Mr. Tajul. Then bagi makan ubat angin dan ubat sakit kepala.

Bangun pagi tadi Mr. Tajul pun still tak ok lagi. Kepala sakit lagi katanya. So Mimie pun uruskan anak-anak ke sekolah. Selalunya Mr. Tajul yang akan uruskan. So Mimie minta suami kesayangan ni cuti je duduk rumah. Niat hati Mimie pun nak cuti jugak jaga abang tapi ada perkara yang kena uruskan di pejabat.

So tadi baru terima wass app Mr. Tajul. Hurmm... time sakit ni la Mr. Tajul ni terlebih manja. Nak makan itu ini. Huhuhu.. Kalah ibu mengandung hehehe. Jap lagi pukul 4.30 sharp nak balik. Nak amik anak-anak. Lepas tu beli nasi ayam thai bawah pokok tempat biasa dengan Mr. Tajul. Then singgah pasar malam kejap cari buah.

Semoga cepat sembuh yer sayang...

Wednesday, March 4, 2015

Kesian kat dia

Kesian dekat dia....
Siapa dia?????

Haa.. Ada hamba Allah ni Mimie kesian kat dia. Hidup dia selalu nak dibayangi dengan kehidupan Mimie. Bila tengok kita bahagia dia akan cerita kebahagiaannya jugak. Alhamdulillah.. Bagus la bahagia. Tapi tak perlu sampai nak compare awak lebih bahagia dari Mimie. Masing-masing ada kebahagiaan sendirikan. So tak perlu kot nak compare.. huhuhu..

Mr. Tajul cakap rezeki, jodoh, maut semua dah ditentukan sejak azali lagi. Sejak kita lahir semua dah Allah tetapkan. So terima dengan redha ketentuan Ilahi. Jadi diri sendiri. Tak perlu la mencari sesuatu yang rasa hebat dari Mimie sebab Mimie tak heran langsung apa yang kamu ada. Tak perlu nak bandingkan Mimie ni anak dato'. Tak perlu nak bandingkan ibu bapa kita. Tak perlu nak bandingkan pekerjaan dan pelajaran kita. Tak perlu nak bandingkan pasangan Mimie dengan pasangan kamu. Kelak kamu juga yang sakit hati. Belajar menerima dan redha..

Sekian, segala yang baik datang dari Allah dan kekurangan dari Mimie sendiri..

Kerja oh Kerja...

Baru masuk office hari ni.. 2 hari di KL menjadi Fasilitator kepada kadet dalam latihan asas sebelum diberikan penempatan di seluruh jabatan seluruh Malaysia.. Pengambilan kadet kali ni semuanya lelaki. Memang lain suasana bila dalam kuliah ramai lelaki. Masing-masing berlumba nak buat pembentangan dulu dan aktif bertanya soalan itu ini.. Mimie jadi Fasi untuk kajian kertas siasatan yang berkualiti serta bagaimana penyediaan draf pertuduhan untuk pertuduhan di Mahkamah.

Hari ni masuk office rasa penat.. Hurmmm... dah 32 minggu kandungan tapi masih aktif drive ke sana ke mari demi tugas. Hari ni nak duduk pejabat je. Menyiapkan rutin kerja di pejabat. Nak ajar rakan kerja Mimie yang akan take over kerja Mimie bila Mimie cuti bersalin nanti.. Tinggal sebulan lagi sebelum due date. Hope semuanya selamat dan dipermudahkan.

Tak lupa juga nak ucap tahniah kepada adik-adik SPM yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang berjaya La Tahzan. InshaaAllah ada rezeki yang lebih baik untuk kamu. Kadang-kadang belajar setinggi menggunung pun belum tentu rezeki sehebat yang tiada pendidikan setinggi gunung. Contoh pensyarah statistik Mimie dulu ada PHD dari Oxford University. Adik pensyarah ni ada degree sahaja dari UTM. Tapi pendapatan adik pensyarah Mimie ni lebih hebat dari gaji pensyarah Mimie ni sampai puluhan ribu. So jangan bersedih. Allah akan berikan yang terbaik buat kita.

Ok reader.. Jap lagi Mimie BW korang okay.. Ade kerja nak kena settle ni (^_^)

Sunday, March 1, 2015

1 MAC 2008 ~ 1 MAC 2015

Alhamdulillah... Pejam celik pejam celik dah 7 tahun perkenalan dengan Mr. Tajul suami tercinta.. Manis pahit masam masin ditempuhi bersama..

Pagi tadi duduk wish Happy Anniversary perkenalan yang ke 7 dengan Mr. Tajul. Terus mengimbau kenangan lama. Perkenalan dari satu panggilan telefon.. Hurmm.. Tiba-tiba teringat Mama Mimie pernah cakap ada kawan Abah tanya pasal Mimie dah berpunya ke belum.. Hahahaa.. Sweet sangat memori tu.. Ambooiii.. kemain lagi ye abang berani nak ngorat anak boss.. hahaha.. Dari potret gambar family dah tersangkut. Lepas jumpa orang terus ajak tunang dan kahwin.. Ambooii.. sayang bebenor yer takut orang lain kebas. Hahaha..

Terima kasih Ya Allah.. Temukan Mimie dengan lelaki yang baik dan dapat bimbing Mimie dan anak-anak ke jalan Allah.. Terima kasih abang.. Sabar dengan karenah sayang.. Perangai kanak-kanak sayang yang cepat merajuk muahahaha.. Terima kasih Ya Allah atas anugerah terindah ini. Semoga sentiasa kekal hingga ke jannah.. Aaammmiinnnn...

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG