Thursday, March 19, 2015

SUPERMAMA... (^_^)

Tahun ni Mimie jadi Supermama. Mana taknya.. Kena menguruskan anak-anak dari pagi sampai anak-anak tidur sepanjang hari bekerja. Waktu kerja pun dah mula berubah. Mr. Tajul dah keluar awal-awal pagi untuk mengelak dari menempuh jam di awal pagi. Mana taknya dari Sepang ke Kuala Lumpur.. Fuhhh.. Boleh tahan jugak la jarak ke tempat kerja Mr. Tajul sekarang. Sejak Mr. Tajul diberikan penempatan baru di tengah ibu kota Kuala Lumpur ni menyebabkan Mimie mengambil alih tugas pengurusan anak di awal pagi yang mana sebelum ini Mr. Tajul uruskan. Tapi Mimie bersyukur sebab Mr. Tajul still uruskan kelengkapan anak-anak sebelum masuk tidur. So Mimie hanya perlu bangun dan mandikan anak-anak sebelum hantar mereka ke kindergarten. Barang-barang semua Mr. Tajul dah kemaskan. So takde la kelam kabut sangat pepagi.

Alhamdulillah... Senang nak menguruskan dua puteri comel ni. Masa kejutkan untuk bangun pun mudah walaupun kadang-kadang berguling-guling dulu sebelum nak bangun (macam perangai Mama die.. hahaha) Pukul 6 pagi anak-anak semua dah bangun. Pastu Mimie mandikan dua beradik ni. Sebab tu Mimie suruh mereka ni tidur awal. Supaya mudah nak bangun pagi. Sebelum pukul 10 mesti dah tidur. Lepas makan malam, Mimie bancuh susu untuk kakak dan adik. Lepas tu suruh masuk bilik tidur. Alhamdulillah. Mudah tidur anak-anak semua. Terima kasih anak-anak Mama Ayah..

Balik kerja ambil anak-anak semua. Lepas tu terus keluarkan barang-barang dalam peti ais untuk masak makan malam. Tetap masak makan malam sebab Mr. Tajul balik kerja nak makan malam di rumah dengan family. Kalau dah lewat Mimie bagi anak-anak makan malam dulu. Lepas tu tunggu Mr. Tajul balik untuk makan sama-sama. Kesian dekat Mr. Tajul nak kena tempuh jam. Maybe bagi orang lain semua tu perkara biasa. Tapi bagi kami memang satu perubahan dalam kehidupan. Sebab sebelum ni antara tempat kerja dengan rumah tak perlu nak tempuh jam. Mimie bagi solution suruh Mr. Tajul beli superbike je. Senang nak berulang alik ke tempat kerja dari rumah. Tapi kesian pulak kalau hujan nanti..

Baby dalam kandungan sekarang dah semakin aktif. Kadang-kadang sampai sesak nafas dibuatnya. Syok betul berguling-guling dalam womb Mama yer.. InshaaAllah bulan depan due date. Tak sabar nak terima orang baru dalam family kami. Semoga Allah permudahkan urusan kami lepas ni.. Semoga rezeki anak kali ini lebih barakah dan dipelihara Allah. Aaaamiiinn...

5 comments:

  1. wah... btul2 super mama ni...

    lin lately ni malas ya rabbi. dah macam ular sawa kekanyangan je. balik umah rasa letih sangat. nak mandi, baring.
    Kain baju sepah.. umah lagi la sepah. dinner dah tak prepare dah. semua kena diet... uhuhuhu

    ReplyDelete
  2. CABARAN..TP SYUKUR LAH 2 PUTERI TU SENANG DIURUSKAN WAKTU PAGI.. JD KITA PON XDELAH STRESS..CUMA PERMULAAN MMG LETIH.. BILA DH SERASI INSYALLAH..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG