Saturday, April 25, 2015

Kain putih

Semua kelengkapan nak bersalin dah complete.. Tiba-tiba bonda Mimie tanya "Dah ada kain putih???"... Ehh... kain putih???? Alamak.. macam mana boleh terlupa kain putih ni... huhuhu

Kain putih ni nak buat penanaman uri baby nanti.. Hurmmm.. terlupa betul.. Alhamdulillah la Nilai 3 ni dekat dengan rumah. So boleh la nak gi cari kain putih ni..

Pembersihan dan penanaman uri ni memang Mr. Tajul uruskan. Dari awal sampai akhir.. Orang tua-tua cakap suami kena uruskan uri. Jangan suruh mak ayah uruskan. Alhamdulillah. Dari anak pertama dan kedua memang Mr. Tajul uruskan uri..

Ok.. Menghampiri 40 minggu.. Baby syok duduk dalam perut.. Semoga Allah permudahkan urusan bersalin. Terima kasih blogger dan semua kenalan yang mendoakan Mimie dan baby..

Tuesday, April 21, 2015

Check up 39 minggu

Alhamdulillah.. Hari ni check up 39 minggu. Seronok yer baby tak mau keluar lagi.. Hari ni doktor bagi cuti sakit MC suruh rehat rumah sebab semalam ade mild contraction. Tadi kat klinik dah kena seluk untuk check laluan sebab ade kontraksi. Tapi laluan tak buka lagi cuma laluan dah soft. Nervous betul..

Doktor pesan if sakit berterusan terus pergi hospital. Sebab Mimie bagitau dua-dua anak takde turun darah or air ketuban keluar. Tanda bersalin hanya pada kontraksi sahaja.. huhuhu..

So tadi buat scan.. Baby normal.. Jantung baby dan air ketuban semua normal. Berat baby dah 3.445kg.. Amboiii... Besar jugak la baby kali ni. Hahaha.. kakak Batrisyia dulu 3.53kg. Aqilah 3.4kg. Baby yang ni kita tunggu keluar nanti..

Ya Allah... Semoga dipermudahkan dan selamat semasa kelahiran nanti.. Aaammmiinnn...

Saturday, April 18, 2015

Tak bersalin lagi....???

Okay.. Dah nak masuk 39 minggu.. Tak bersalin lagi Mimie ni.. Dah macam penguin jalan hahaha..

Semalam ummie mertua Mimie call tanya khabar. Bila due date.. Tak bersalin lagi rupanya hahaha.. Amboii ummie.. Tak sabar nak tunggu cucu keluar ke.. hehehe...

Semalam pun dapat wass app dari BFF Puan Akma. Dah dekat-dekat due ni ramai yang bertanya khabar rasa touching pulak.. Semoga Allah permudahkan urusan..

Malam tadi perut start mengeras sakit macam nak bersalin. Lama jugak. Sakit macam senggugut. Tapi tahan dan buat tak tahu. Lepas tu hilang lepas tu sakit balik. Selagi sakit tak menjadikan Mimie jadi hulk so cuba pejam mata untuk tido.. huhu

Barang-barang nak bersalin dah complete. Barangan bayi dah siap. Barangan Mimie bengkung, set bersalin, pam susu semua complete.

Set bersalin kali ni Mimie cuba set bersalin Spa & Ma. Lepas rikie harga dan barangan yang ditawarkan rasa set bersalin spa & ma mudah digunakan dan hampir semua kegunaan dalam pantang ada.

Masa anak pertama dulu Mimie beli set bersalin sendayu tinggi. Tapi tak abis guna pun. Banyak nak kena bancuh so tak abis pakai. Lagipun Mimie sembelit bila guna set bersalin sendayu tinggi masa berpantang.

Anak kedua Mimie guna set bersalin Nona Roguy. Set bersalin ni sesuai dengan Mimie. Memang tak sembelit dan barangan die tak banyak so senang nak guna.

Tapi kali ni Mimie nak cuba set bersalin spa & ma sebab banyak barangan yang senang guna sepanjang pantang. Oleh sebab serasi dengan set bersalin Nona Roguy so Mimie cuma tambah Phytonatal je.. hehe..

Ok.. sekarang menghitung detik dan waktu nak bersalin.. semoga dipermudahkan.. aaammmiinnn...

Thursday, April 16, 2015

Braxton Hicks

Dah lama tak menulis.. Jari kaki tangan semua nak mengembang. Mood nak menulis semakin malas sebab menunggu masa melahirkan anak ketiga.. usia kandungan dah 38 minggu+++..

Seminggu lebih je lagi sebelum due date. Bonda Mimie pun dah ada kat rumah standby Mimie nak bersalin bila-bila masa. Kalau ikut anak-anak sebelum ni memang bersalin dekat-dekat due date. Macam kakak Batrisyia 3 hari sebelum due date. Aqilah pulak overdue sehari. Yang ni tak tau la bila. Tapi contractiondah mula ade. Cuma kejap-kejap.

Contraction palsu ni yang dipanggil braxton hicks. Rasa sakit nak bersalin tapi sakit tu tak konsisten. Bila sakit ni menyerang mula la fikir dah nak bersalin ke ni.. So tahan dulu.. Tarik nafas dalam-dalam.. Ubah posisi semasa contohnya kalau tengah duduk cuba berdiri atau berjalan. Kalau tengah berdiri cuba duduk. So if sakit hilang tu namanya braxton hicks.

Mimie masih bekerja. Tak ambil cuti awal pun. In case nak bersalin terus je ke hospital sebab ofis dengan hospital putrajaya ni dekat la jugak. Semoga Allah permudahkan urusan nanti.. Aaammiinnn...

Monday, April 6, 2015

Paeh Patin Pahang

Assalamualaikum readers.. Dah lama tak bersiaran di blog kesayangan. Baru masuk kerja hari ni selepas kursus seminggu di Kuantan minggu lepas. Alhamdulillah. Dah cukup 10 hari berkursus tahun ni. Dah boleh fikir nak bersalin dengan riang hehe.. Alhamdulillah dah 37 minggu. Tinggal lagi 3 minggu.. Nervous nak bersalin.. huhuhu..

Balik kuantan lojing umah mak je sepanjang kursus. So balik kuantan ni memang wajib la makan patin tempoyak ni. Lagipun Mimie ni memang hantu patin tempoyak. Muahaahaaha... Selalu balik Kuantan mesti cari ikan patin masak tempoyak kat kedai pak akob. Patin buah.. Sodap betul.. Tapi balik kali ni abah Mimie kenalkan menu baru iaitu paeh patin. Amende paeh tu??? Paeh tu adalah pais. Tapi bahasa orang pahang jadi la paeh. Hahaha..

Paeh patin ni dibakar dalam daun pisang. Pais die pulak dari tempoyak yang dah dicampur bahan-bahan lain. Sedap wehhh... Ehh.. Lupa nak bagitau. Nama restoran die Restoran Sedap Weh.. Memang sedap la paeh patin tempoyak ni. Menu lain pun banyak.. Kalau datang Kuantan boleh cuba. Kedai die jalan by pass permatang badak Kuantan. Rugi kalau tak cuba.. huhuhu


WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG