Monday, April 6, 2015

Paeh Patin Pahang

Assalamualaikum readers.. Dah lama tak bersiaran di blog kesayangan. Baru masuk kerja hari ni selepas kursus seminggu di Kuantan minggu lepas. Alhamdulillah. Dah cukup 10 hari berkursus tahun ni. Dah boleh fikir nak bersalin dengan riang hehe.. Alhamdulillah dah 37 minggu. Tinggal lagi 3 minggu.. Nervous nak bersalin.. huhuhu..

Balik kuantan lojing umah mak je sepanjang kursus. So balik kuantan ni memang wajib la makan patin tempoyak ni. Lagipun Mimie ni memang hantu patin tempoyak. Muahaahaaha... Selalu balik Kuantan mesti cari ikan patin masak tempoyak kat kedai pak akob. Patin buah.. Sodap betul.. Tapi balik kali ni abah Mimie kenalkan menu baru iaitu paeh patin. Amende paeh tu??? Paeh tu adalah pais. Tapi bahasa orang pahang jadi la paeh. Hahaha..

Paeh patin ni dibakar dalam daun pisang. Pais die pulak dari tempoyak yang dah dicampur bahan-bahan lain. Sedap wehhh... Ehh.. Lupa nak bagitau. Nama restoran die Restoran Sedap Weh.. Memang sedap la paeh patin tempoyak ni. Menu lain pun banyak.. Kalau datang Kuantan boleh cuba. Kedai die jalan by pass permatang badak Kuantan. Rugi kalau tak cuba.. huhuhu


5 comments:

  1. amboi.. makan selagi belum beranak ni mimi... ihhihi allene tak makan patin dan tempoyak.. uhuhuh

    ReplyDelete
  2. Nama restoran pun Sedap. Meamng eloklah dan pastinya sedap ye Mimie.

    ReplyDelete
  3. pernah makan ikan ni masa tahun 2005 macamtu..pi ziarah rumah member abah di Pahang. perghh memang sedap ikan ni...nasik pun kayuh xingat dunia dah..hahaha..dah nama jamu kan,bedal ja la

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG