Saturday, May 30, 2015

Happy Birthday Aqilah #2

Alhamdulillah.. Hari ni 30 Mei genap umur puteri kedua kami Nur Aqilah Humaira yang ke 2. Semoga anak-anak Mama dan Ayah menjadi anak yang solehah, diberikan kesihatan, diberikan kecergasan dan kecerdasan, diberi rahmat dannkasih sayang berpanjangan.. Mama dan Ayah sayang anak-anak semua.. (^_^).



Wednesday, May 27, 2015

30 Hari (^_^)

Bila ahli keluarga bertambah so macam-macam nak kena uruskan. Alhamdulillah. Dah 30 hari umur baby Arissa dan 30 hari berpantang.. Adooii.. Dah tak sabar sangat nak abis pantang ni. Lagi 14 hari.. Muahahaha..

Hari ni baby Arissa kena cucuk sebulan. Berat dah 4.15kg. Panjang 53cm.. Anak ayah betul sorang ni. Tinggi.. huhu.. Alhamdulillah.. Semua sihat. Anak dan Mama pun sihat. Berat Mimie dah turun 16kg.. Yahooo... Lepas ni sambung diet terus puasa. Boleh la melaram baju-baju nak raya nanti. Muahahaha...

Alhamdulillah Mr. Tajul pun dah discharge hari khamis lepas. Sekarang nak recovery body lepas denggi makan masa sikit. Sakit sendi bila kena denggi ni. Tapi Mr. Tajul dah mula bekerja hari Isnin baru ni. Dah balik KL. Huwaaaa... Mama dan anak-anak rinduuuu... Uuwwwaaaa... (ToT).

Ehhh... hari Jumaat (lusa) ni Mr. Tajul datang balik Kuantan.. hahaha.. Maklumlah.. Hari sabtu ni birthday anak dara kedua Mimie.. Nur Aqilah Humaira.. 2 tahun dan anak Mama Ayah ni 30 Mei nanti. Alhamdulillah. Makin membesar dan banyak akal.. Tak menang tangan Mama nak handle anak-anak yang sel-sel otak tengah berhubung.. haha.. Semoga anak-anak Mama Ayah sentiasa pintar dan dirahmati Allah... Aaamiinn...


Tuesday, May 26, 2015

Happy Anniversary #32

Selamat ulang tahun perkahwinan buat bonda dan ayahanda Mimie.. Dato' Hj Mohd Sabri bin Abdullah dan Datin Hjh Raimah binti Yusof.. Semoga sentiasa diberikan rahmat dan kebahagiaan oleh Allah.. Aaminnn

Wednesday, May 20, 2015

Demam Denggi

Hari ni dah hari ke empat Mr. Tajul warded kat Kuantan Medical Center, Kuantan kerana demam denggi. Risau betul dengan demam denggi ni.. Alhamdulillah hari ni nampak Mr. Tajul bertambah sihat. Risau betul Mimie. Dah la sekarang tengah dalam pantang. Encik suami pulak kena denggi.. Risau betul..

Alhamdulillah bonda Mimie ni sihat lagi. Dapat jaga Mimie dan suami. Terima kasih bonda tolong masakkan sup ketam untuk suami tercinta. Tolong jaga Mimie dan anak-anak Mimie jugak.. Alhamdulillah. Semoga ahli keluarga Mimie sihat sentiasa. Aaamminnn...


Friday, May 15, 2015

Feeling Love

Feeling love with hubby.. Alahaii.. Rindu pulak masa awal kawin dulu-dulu.. haha.. Belek-belek album jumpa gambar baru kawin.. Sweet je hubby.. Sampai sekarang sweet die.. Sekarang hubby dah tembam sikit. Tak macam baru kawin. Pernah cousin Mimie cakap "Pandai Mimie jaga husband. Dah makin berisi" hahaha.. Yeke...???




notakakitangan: Yang rasa sentap atau rasa annoying tak payah tengok.. muahahah

Thursday, May 14, 2015

Cuaca Tak Menentu

Cuaca sejak dua menjak ni tak menentu. Pagi sampai tengah hari panas. Bila petang tiap-tiap hari hujan. So Mimie tak bagi anak-anak main di luar. Tambahan pulak Mimie tengah pantang. So memang tak keluar rumah.

Hari ni dah 17 hari berpantang. Esok dah nak balik kuantan. Nak abiskan pantang 44 hari di sana. Mr. Tajul demam dari semalam. Risau pulak nak balik esok. Suhu badan Mr. Tajul mencecah 39.7°c. Ya Allah berikan kesembuhan pada suamiku tercinta.. Aaamminnn..

Hari ni ramai datang melawat baby Arissa. Esok dah nak balik Kuantan so ramai datang melawat baby. Jiran dekat rumah. Then geng ofis Mimie. Walaupun ramai yang terlibat dengan operasi dan kerja luar kawasan masih ade kesempatan nak datang tengok newborn baby. Terima kasih semua..

Wednesday, May 13, 2015

Berpantang anak ketiga

Rutin Mimie pagi-pagi bangun pukul 5 pam susu. Lepas tu panaskan tungku untuk bertungku. Anak-anak dara Mimie ni pukul 6 dah bangun. Bila nak bertungku pagi-pagi ni Mimie akan buka bengkung. Lepas buka bengkung baru bertungku.

Lepas bertungku Mimie bersauna. Fuhh.. berpeluh-peluh. Lepas bersauna baru mandi herba. Lepas mandi kena bertungku sekali lagi. Lepas tu baru bengkung. Dah bengkung baru boleh makan. Selagi tak bengkung selagi tu la tak boleh makan minum.. Redha je la untuk figure up body ni semula. Muahaha..

Anak dara Mimie pulak yang semakin bijak pintar ni tengok je apa mama dia buat. Last-last tengok Aqilah pakai bengkung Mama. Hai la anak. Cepat betul kamu belajar melalui pemerhatian.. hihihihi..

Rasa dah tak sabar nak abiskan pantang... Semoga dapat beristiqamah sehingga habis pantang.. (^_^)


Tuesday, May 12, 2015

Stock Susu untuk Arissa

Alhamdulillah.. Dilimpahkan rezeki oleh Allah untuk menyusu Arissa sejak lahir hingga kini.

Hari ni dah masuk hari ke 5 Mimie simpan stock susu untuk Arissa. Semoga usaha untuk menyusu Arissa sehingga 2 tahun dimakbulkan Allah. Terima kasih Mr. Tajul support Mama untuk fully breastfeeding anak-anak kita.. (^_^)

Jadual pam susu masih tak konsisten lagi. Sehari 3x je dapat buat stock. Sebab Mimie banyak DF kepada Arissa. Arissa pun kuat menyusu sekarang. Baru umur 2 minggu dah pandai ajak Mama sembang.. Amazing baby anak Mama ni. Macam kakak-kakaknya.. hehe..

Semoga Allah permudahkan urusan dan usaha Mimie untuk menyusu anak. Aamminn...


Monday, May 11, 2015

Our 3rd Princess

Alhamdulillah.. 28hb April 2015 jam 0946 pagi Mimie selamat melahirkan puteri ketiga kami secara normal dan ditemani suami tercinta Mr. Tajul di sisi.. Terima kasih abang menemani isteri di sepanjang proses kelahiran..

Mimie alami tumpah darah selepas bersalin di Hospital Putrajaya. Baby berat 3.7kg. Sangat semangat. Alhamdulillah. Kehadiran Doktor Marya iaitu doktor pakar di Hospital Putrajaya bersama jururawat sangat-sangat membantu Mimie menempuh detik cemas tersebut. Terima kasih semua atas perkhidmatan dan jagaan terbaik sepanjang Mimie di hospital.

Hari ke 7 kami namakan puteri kami NUR ARISSA DAYANA BINTI TAJUL ARIFFIN. Alhamdulillah. Mr. Tajul sendiri botakkan kepala anakanda kami. Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada otang tua serta dipelihara Allah SWT. Aaammiinn..



14 hari dah pantang.. Lagi 30 hari menghabiskan pantang 44 hari ni... huhuhu

Sunday, May 10, 2015

Happy Mother's Day

Buat Mama dan Ummie tersayang.. Selamat Hari Ibu buat kedua bonda Mimie yang menjaga dan sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan buat anakandamu ini.. Sayang Mama dan Ummie sangat-sangat. Semoga Allah memberikan kesihatan dan dilindungi Allah SWT. Aaammiinn...

Terima kasih buat suami tercinta kerana memberi peluang kepada isterimu ini menjadi Mama kepada anak-anak abang.. Sayang abang sangat-sangat.. Semoga Allah sentiasa memberi kita kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Aaammminnn...

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG