Thursday, June 25, 2015

Cheese Tart Strawberry in da house

Atas permintaan kawan baik Mimie BFF Nurul Akma so Mimie update resepi cheese tart starwberry dengan step by step..

Mula-mula sediakan bahan-bahan untuk shell tart.

Bahan-bahan:
250g buttercup
40g gula castor
2 biji telur kuning
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam
20g tepung jagung
350g tepung gandum

Cara penyediaan:
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur kemudian terus pukul.
3. Masukkan esen vanila,garam dan tepung jagung. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.

Bila dah siap jadi doh tekapkan pada acuan. Kemudian bakar separuh masak 150°c selama 10-15 minit. Sejukkan acuan. Kemudian keluarkan shell tart dari acuan. Kemudian boleh la sediakan bahan untuk topping..

Bahan-bahan
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur
25g buttercup
Filling strawberry (terpulang pada anda nak filling apa)
Pewarna merah.

Cara penyediaan
1. Pukul cream cheese bersama butter.
2. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi.
3. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan dalam piping bag.

Ok.. Then masukkan filling ke dalam shell tart. Lepas tu piping cream cheese ke dalam shell. Lepas tu amik setitik pewarna merah ke atas cream cheese. Gunakan pencungkil gigi (make sure yang bersih tak pakai lagi tau haha). Lorekkan untuk jadikan corak pada cream cheese. Last step bakar selama 10 minit pada suhu 170°c.
Selamat mencuba... (^_^)

in progress

Untung ada anak dara (^_^)

Shell tart sebelum dibakar

Notakakitangan: iolss tak suka guna gambar google untuk share respi yang dibuat sendiri.. Kesian orang yang buat penat-penat lepas tu orang lain suka-suka hati letak gambar kat blog macam die punye.. Nak copy minta izin wokeh..

3 comments:

  1. Itulah kalau dah nama anak dara kan Mimie. Tengoklah sampai seluar pun dah bertepung sama hihi... Sukalah auntie tengok kakak rajin tolong mummy/umi:) Ada yg masuk mulut tak sayang? Rasa mestilah kena kan...kan...:)

    ReplyDelete
  2. thanks tun sb share..
    nnt nak buatla...selama ni nak mkn beli je..
    skg kita blaja wat sdr plak

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG