Friday, July 31, 2015

Dah Mula Kerja

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari kedua memulakan tugas setelah bercuti 3 bulan.. Semalam pagi-pagi lagi dah berdrama dengan Aqilah. Parking je depan taska terus ajak balik. Alahai anak.. Sayu hati Mama nak tinggalkan kamu. Kakak Batrisyia okay je hantar school sebab memang pergi school walaupun Mimie cuti bersalin. Cuma Aqilah je la cuti jugak 3 bulan sama dengan Mimie. Alhamdulillah baby Arissa tak meragam. Tengah hari ni ke taska Arissa dan Aqilah untuk memyusu Arissa. Sorry yer anak-anak Mama Ayah.. Kalau ikut hati nak duduk rumah je jaga anak-anak dan suami.

Hari kedua menguruskan anak-anak ke sekolah bertambah mdah. Aqilah pun dah okay. Cuma masa hantar tu nangis kejap. Tapi sebab ada baby Arissa so tak lama la menangis.. Alhamdulillah. Esok dah cuti hujung minggu. Jemputan open house dah bersusun-susun. So Sabtu Ahad ni tak payah masak la yer.. Kita gi makan open house. 

Hujung minggu ni agenda ke Bangi, Kajang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Sepang.. Wahhh... Nampak tak misi membesarkan badan bermula. Ahaksss.. Nangis Mak tau nak kuruih balik tau.. Sampai cakap kat Mr. Tajul "Jom joging Sabtu Ahad kat Stadium Mini Salak Tinggi"... Nampak tak kesungguhan nak membakar lemak-lemak yang baru diternak lepas bersalin.. Hahahaha... Jangan obessss sudah.. (ToT).. Ok readers.. Jap lagi BW you allssss... Papai...

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG