Wednesday, July 29, 2015

Esok dah kerja (ToT)

Esok dah start kerja. Dah abis cuti raya.. Dah abis cuti bersalin 90 hari.. Naik lemau nak masuk kerja esok. Nak bangun pagi-pagi uruskan anak-anak.. Nak mengejar masuk ofis.. Uwaaa... Seronoknya jadi suri rumah sepenuh masa. Masa hanya untuk suami dan anak-anak jer.. (ToT)

Hari ni kakak Batrisyia ada jamuan hari raya di school.. Kemain lagi nak Mama lilitkan selendang.. Anak dara betul sekarang hahaha.. Jenuh berjam jam mama try lilit anak dara ni. Jadi jugak akhirnya hahaha..

Hari ni check up Arissa 3 bulan.. Berat 5.52kg. Panjang 62cm. Tinggi macam ayah die. Dah kena cucuk.. Still menyusu badan sepenuhnya.. Alhamdulillah.

Hari ni Aqilah last duduk umah dengan mama yer. Esok dah start ke taska. Esok confirm drama tragis lagi syahdu. Mana taknya. Mama cuti bersalin 3 bulan. Aqilah pun cuti taska 3 bulan.. Bertabah la Mama esok dengan drama sedih ini..

Semoga Allah permudahkan urusan esok dan hari-hari mendatang.. Aaammiinn...

1 comment:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG