Friday, July 3, 2015

Pengalaman Bersalin Puteri ketiga

Late entry lagi kan.. hahaha.. Arissa dah berumur 2 bulan baru nak mengarang pasal pengalaman bersalin anak ketiga ni. Nampak tak betapa sibuknya Mimie sekarang huhuhu...

Mimie selamat melahirkan puteri ketiga pada 28hb April 2015 jam 0945hrs. Dari anak pertama sehingga anak ketiga semua lahir waktu pagi. Tanda-tanda nak bersalin semua ada sebelum subuh.. Subhanallah.. Perancangan Allah dalam memudahkan Mimie melahirkan anak-anak..

Nur Arissa Dayana lahir genap 40 minggu iaitu memang due date. Hehe.. Malam tu pukul 12 malam Mimie bangun tido nak ke tandas. Tapi Allah je yang tahu sakitnya peranakan sampai tak boleh jalan. Tapi gagahkan diri juga untuk buang air. Lepas keluar tandas tengok Mr. Tajul lena sangat tido. Nak gerak tak sampai hati sebab Mr. Tajul penat travel ke tempat kerja di penempatan baru dari rumah ke KL. So Mimie try pejam mata sampai tertido..

Jam 4 pagi Mimie terasa sesuatu mengalir keluar. Terus Mimie bangun. Then gerak Mr. Tajul. Mimie cakap air ketuban dah pecah. Mr. Tajul boleh pulak meraba-raba atas katil nak tengok basah ke tak. Hahahaa.. Lepas tu terus siap-siap bagitau Bonda Mimie yang memang tunggu Mimie bersalin. So Batrisyia dan Aqilah tinggal dengan Tok Mama sebab Mr. Tajul nak teman Mimie di labour room.

Dengan baju kelawar baju tido Mimie ni terus ke Hospital Putrajaya. Sampai di Dewan Bersalin di hospital Mimie tengok ada notis makluman bahawa Putrajaya tak ada katil. So redha je la serah diri. Sebab Putrajaya kalau katil dah penuh dieorang akan reject ke hospital kajang atau HKL.

Selesai daftar Mimie ditempatkan di dalam bilik untuk monitor denyutan jantung bayi. Sampai hospital dalam pukul 4.30 pagi. Contraction tak ada. Dan Mimie pun tak rasa sakit langsung nak bersalin. Nurse cakap pukul 7 nanti doktor tengok sebab doktor tengah ronda wad. Nurse cakap kat putrajaya katil penuh. So dieorang minta pilih nak hantar ke kajang atau KL. Mimie cakap tanya husband saya. Saya ikut je. Then masa tengah tunggu doktor tu Mr. Tajul wass app yang die pilih kajang sebab dekat sikit berbanding nak hantar KL. Mimie cakap ok je.

Pukul 7 doktor pelatih datang check laluan. Hurmmm.. Baru buka 2cm. Maknanya memang kena reject hospital kajang sebab kalau laluan dah buka 5cm dieorang takkan reject coz risiko terbersalin dalam ambulance. Doktor pelatih cakap takpe kita tunggu MO saya datang. Tunggu punya tunggu sampai pukul 8.30 pagi masih tak muncul-muncul. Tetiba contraction berlaku. Addoooiii... Sakitnya contraction nak bersalin ni. ALLAH sahaja yang tahu kesakitan yang kena tanggung saat tu..

Datang nurse minta Mimie tukar baju hospital sebab kesian tengok Mimie pakai baju kelawar basah dengan air ketuban. Masa tu la Mimie cakap saya rasa nak berak. Masa ni memang tak malu dah nak cakap sebab sakitnya fuhhh... memang sakit ooooo... (ToT). Nurse pun cakap kejap saya check laluan. Bila check laluan dah 8cm.. Amikk ko.. Tunggu doktor tak sampai-sampai. Last-last nurse tolak katil masuk labour room. Alhamdulillah dapat bersalin Putrajaya lagi.

Masuk labour room baru husband boleh teman. Sepanjang sakit tahan contraction Mr. Tajul teman. Tolong usapkan rambut dan gosok-gosokkan tangan Mimie. Dengar Mr. Tajul berdoa dan berzikir untuk Mimie. Masa ni memang sakit teramat sangat.. Setiap kali nurse masuk Mimie akan cakap saya dah tak tahan dah. Rasa nak berak sangat. Nurse di Putrajaya memang baik sangat. Sentiasa layan kehendak pesakit. Setiap kali Mimie mengadu sakit setiap kali tu jugak nurse check laluan. Setiap kali check laluan baru buka 8-9cm. Kena bukaan 10cm baru boleh nak bersalin. Kali ketiga check laluan tiba-tiba Mimie tak tahan sangat terus meneran. Semua nurse meluru masuk sambut baby keluar.

Alhamdulillah.. 0945hrs selamat lahirkan bayi perempuan. Keluar je bayi terus letak atas dada Mimie. Masa tu jugak Mr. Tajul azan dan iqamat baby. Then nampak Mr. Tajul senyum gembira sambil cium dahi Mimie dengan ucapan terima kasih.. Masa ni Mimie alami tumpah darah selepas bersalin. Selepas uri keluar darah tak berhenti. Alhamdulillah doktor pakar doktor Maria ada handle keadaan. Alhamdulillah semua selamat. Masa tu juga doktor pakar terangkan sebab bleeding adalah kerana bukaan tak cukup 10cm tapi baby dah keluar. Dan baby agak semangat iaitu 3.7kg.. Besar dari kakak-kakaknya hahaha..

Lepas bersalin Mr. Tajul bawa balik uri untuk dibersihkan dan ditanam terus. Mimie tunggu ambulance hantar Mimie ke Pusat bersalin berisiko rendah untuk duduk dalam wad kat situ sebab katil di hospital putrajaya penuh. Petang tu Mr. Tajul datang bawakan makanan pantang. Esok tu Mr. Tajul datang bawa Mimie balik. Alhamdulillah 1 malam je tido hospital. Memang tak sabar nak balik. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bersalin Mimie dan ditemani suami tercinta..

Terima kasih Mr. Tajul coz sentiasa menemani saat bertarung nyawa melahirkan zuriat kita. Terima kasih keluarga Mimie dan suami atas sokongan mesej dan doa semasa saat bersalin. Terima kasih kepada semua nurse dan doktor hoapital putrajaya atas perkhidmatan 1st class buat Mimie sepanjang berada di hospital..

3 comments:

  1. 3.7kg.. seram baca besan... risau nya nak beranak... uhuhh

    ReplyDelete
  2. tahniah awak.. rindu pulak nak bersalin lagi.. hehe

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG