Friday, August 28, 2015

Birthday's Party Aqilah @ School

Sempena bulan kemerdekaan. Taska Aqilah celebrate birthday buat anak-anak yang lahir dari bulan Mei sampai bulan Ogos. So Aqilah lahir 30 Mei then Mama decide celebrate la dengan kawan-kawan jugak.. Kek Mimie tempah di Putrajaya Cake House. Kek Robocar Poli. Kek Aqilah paling jadi tumpuan anak-anak dan ibu bapa untuk ambil gambar. Comel kek die. Hehehe..

Goddies untuk kawan-kawan Aqilah Mimie decide beli set pensil dengan wallet kanak-kanak. Penat membungkus kat kedai tengah hari sebelum majlis tu mula. Sebab beli goddie last minute. Hehehe.. Alhamdulillah... Rezeki kawan-kawan Aqilah..

Seronok sangat suasana di Taska semasa sambutan hari jadi. Jumpa parents.. Anak-anak dengan kawan-kawan bergaul dan main sama-sama.. Okay.. Hari ni nak balik Kuantan. Cuti sampai 31 Ogos kan.. Eh eh.. Esok birthday Mimie.. Ntah apa la suprise Mr. Tajul dan anak-anak nak buat esok.. (^_^)

Ayah with his ladies..

Kek yang jadi perhatian ramai

goddies untuk kawan-kawan Aqilah

Anak-anak dengan kek masing-masing

parents

Suasana di taska

Wednesday, August 26, 2015

Check Up Arissa 4 bulan

Alhamdulillah. 28hb ni genap Arissa 4 bulan. Still menyusu ibu sepenuhnya.. Alhamdulillah..

Check up hari ni takde cucuk hehe.. Berat Arissa sekarang 5.7kg. Tinggi 64cm. Tinggi macam ayah.. Budak baik.. Takde ragam.. Mudah nak jaga.. hehehe

Arissa sekarang dah boleh pusing 360° bila meniarap. Kalau tido dalam baby cot memang macam-macam gaya. Melintang la menegak la.. Comel sungguh. Baby semua comel kan..

Alahai... cepatnya kamu membesar. Tapi bau baby ni memang syokk kan.. Tambah-tambah bau mulut baby. Hari-hari nak cium.. wanginya... Ramai yang cakap bau baby ni sebahagian dari bau syurga.. Wanginya... hehehe

Semoga anak-anak Mama Ayah membesar dengan sihat dan cemerlang di dunia dan akhirat.. Aaammmiinnn...

saya tak kena cucuk hari ni.. hihihi

Monday, August 24, 2015

Super Ayah

Seminggu tak menulis. Tak sempat nak menulis. Start Ahad lepas sampai Jumaat lepas. Seminggu berkampung di KL menjadi Fasilitator untuk kadet baru dalam Latihan Asas. Kelas dieorang ni mula pagi sampai malam.

Penginapan disediakan. Tapi Mimie pilih untuk berulang alik sebab kesian pada Mr. Tajul nak uruskan anak-anak. Walaupun sampai rumah hampir 12 tengah malam dan bertolak jam 7 pagi keesokan harinya untuk hantar anak-anak ke sekolah. Pengorbanan seorang Mama dan isteri pada anak dan suami..

Mr. Tajul cakap, "Kesian sayang. Baru abang faham sayang penat bila balik kerja uruskan anak-anak. Balik kerja ambil anak-anak. Lepas tu masak untuk abang dan anak-anak. Kemudian tidurkan anak-anak.. Abang rasai seminggu sahaja penat yang sayang lalui setiap hari.. Terima kasih sayang jaga abang, anak-anak dan keluarga kita.."

Touching tau bila husband cakap macam ni.. Maybe sebab Mimie dah biasa kot. Balik kerja terus ambil anak-anak. Lepas tu masak then makan dengan suami dan anak-anak. Lepas tu tidurkan anak-anak. Sampai kadang-kadang dengan Mimie sekali tidur kat bilik anak-anak semasa tidurkan dieorang. Suami akan kejutkan Mimie dan pimpin Mimie masuk bilik kami kalau Mimie tertidur bilik anak-anak.

Macam ni la hidup berumah tangga. Saling bantu membantu. Tiap-tiap malam Mr. Tajul akan kemaskan ruang tamu rumah masa Mimie tidurkan anak-anak kat atas di bilik. Alhamdulillah ada suami yang memang ringan tulang membantu Mimie menguruskan rumah. Takde la rumah tunggang langgang.. hehehehe..

Terima kasih ayah aka husband tercinta untuk seminggu jadi babysitter masa sayang takde. Semoga Allah panjangkan usia abang dan memberi kebahagiaan buat kita sehingga akhir usia.. Aaammiinnn..





Notakakitangan: Tak kuasa nak layan perempuan mental dengan fantasi die. Kesian.. Kurang kasih sayang kot..

Monday, August 17, 2015

Tercapai Hajat di Hati

Alhamdulillah... Sebelum ni dah susah hati tempat nak simpan susu Arissa dah penuh peti. Sampaikan nak letak barang basah pun dah takde tempat.. Dah ler gomen gaji lambat huhuhu.. Mengorek la mak jemah nak beli deep freezer ni.. Alhamdulillah Allah berikan rezeki kepada kami.

Mimie beli kat Lazada. Kebetulan ada kupon GP dapat rebat RM100 if beli barang harga RM500 ke atas. Harga deep freezer ni RM700++. Pastu Lazada offer RM515. Penghantaran PERCUMA... Tapi jika korang download application Lazada dan beli secara android baru layak guna kupon ni. Sebab kupon ni tak boleh beli pakai komputer. So Mimie dapat deep freezer jenama Hesstar 120L dengan harga RM415... Beli dengan bijak yer..


Thursday, August 13, 2015

Deep Freezer a.k.a Chest Freezer

Misi pencarian deep freezer. Ada jugak yang panggil chest freezer. Dah google nak cari yang sesuai. Ini disebabkan peti ais dah penuh nak isi barang basah nak memasak. Penuh dengan stok susu sahaja. (ToT) Nangis tau kalau nak beli barang basah runcit-runcit.. isk.. isk.. iskk... Lagi pun nak hygiene susu. Tak mau la susu duk dengan barang basah ikan-ikan, ayam, udang.. 

Dah susun cantik-cantik tapi bila nak ambil bawa ke school anak, berterabur semula dalam fridge. Memang wajib cari. Dah takde tempat nak letak stok dah. Ni pun hujung minggu kat rumah tak mengepam. Kalau mengepam macam membazir sebab tak boleh nak simpan dah... huhuhu.. Peti dah penuh..

Baru-baru ni tengok-tengok jugak dekat Lazada.. Masa tu ada coupon RM100. Rasa macam berbaloi beli sebab penghantaran PERCUMA... Memag item yang wajib beli dah sekarang.. (ToT)

Wednesday, August 12, 2015

Kawin Adik Lelaki

Assalamualaikum readers.. Blog sekarang dah suam suam kuku.. Anak baru tiga tapi mood menulis dah ke laut.. hahahaha..

Ok.. Late entry.. Adik lelaki dah kawin 08.08.2015.. Kami ni 5 beradik.. Kakak sulong dah kawin. Mimie anak kedua dah kawin (opkoss la.. dah tepek gambar anak-anak and hubby berlambak-lambak kan.. kih kih kih). Adik lelaki yang keje polis dah kawin anak sorang. Then ni turn adik lelaki kerja cikgu. Kawin pun dengan cikgu international school kat Sungai Buloh. 

So yang tinggal adik bongsu perempuan ni.. Kaki pow akak-akak and abang-abang dia muahahahahaa. 17hb Ogos ni besday adik bongsu ni. Nak mintak celebrate la tu. Mentang-mentang dah stay Cyberjaya dekat dengan akak-akak yer..

Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna. Welcome sis in law. Family kami ni memang giler-giler sikit. Especially time berkumpul ramai-ramai.. Tahniah Achik aka Shafiq dan Nysa.. Semoga bahagia hingga ke Jannah.. Aaamiiinnn... (Kemain lagi korang yer.. Honeymoon kat Krabi...) Jeleszz akak tau.. hahahaha.. 

Sambut menantu di Kuantan pada 19.09.2015.. Semoga majlis berjalan lancar.. Aaamminnn


Thursday, August 6, 2015

Work and Family

Sebagai wanita bekerjaya memang memenatkan. Tugas sebagai isteri dan mama di rumah dan juga tugas sebagai pekerja di pejabat.

Minggu ni kerja-kerja di pejabat takde la sesibuk mana. Cuma banyak terima mesej-mesej dari kawan-kawan pasal kerja-kerja Mimie.. huh.. Malas nak cerita pasal kerja..

Nak cerita pasal family jer.. Hujung minggu lepas kami sekeluarga beraya sakan. Sabtu ade 4 open house rumah kawan-kawan. Ahad ada 5 open house rumah kawan-kawan. Sampai ke malam berjalan. Puas hati jugak. Dapat bawa anak-anak berjalan raya dari Sepang- Putrajaya- Bangi- Kajang- Shah Alam.

Minggu ni tak ada jalan raya. Adik lelaki nak kawin kat Rawang 08.08.2015 ni. Busy nak siapkan hantaran adik lagi. Maklum la adik lelaki ni serah semua pada kakak-kakak dieorang je siapkan semua.. Abah dan Mama Mimie datang esok. Hope semua berjalan lancar.. Ermmm.. tinggal la adik bongsu perempuan je tak kawin lagi. Tengah praktikal last semester.

Semoga Allah memudahkan urusan kami sekeluarga... Aaamiiinnn...

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG