Monday, August 24, 2015

Super Ayah

Seminggu tak menulis. Tak sempat nak menulis. Start Ahad lepas sampai Jumaat lepas. Seminggu berkampung di KL menjadi Fasilitator untuk kadet baru dalam Latihan Asas. Kelas dieorang ni mula pagi sampai malam.

Penginapan disediakan. Tapi Mimie pilih untuk berulang alik sebab kesian pada Mr. Tajul nak uruskan anak-anak. Walaupun sampai rumah hampir 12 tengah malam dan bertolak jam 7 pagi keesokan harinya untuk hantar anak-anak ke sekolah. Pengorbanan seorang Mama dan isteri pada anak dan suami..

Mr. Tajul cakap, "Kesian sayang. Baru abang faham sayang penat bila balik kerja uruskan anak-anak. Balik kerja ambil anak-anak. Lepas tu masak untuk abang dan anak-anak. Kemudian tidurkan anak-anak.. Abang rasai seminggu sahaja penat yang sayang lalui setiap hari.. Terima kasih sayang jaga abang, anak-anak dan keluarga kita.."

Touching tau bila husband cakap macam ni.. Maybe sebab Mimie dah biasa kot. Balik kerja terus ambil anak-anak. Lepas tu masak then makan dengan suami dan anak-anak. Lepas tu tidurkan anak-anak. Sampai kadang-kadang dengan Mimie sekali tidur kat bilik anak-anak semasa tidurkan dieorang. Suami akan kejutkan Mimie dan pimpin Mimie masuk bilik kami kalau Mimie tertidur bilik anak-anak.

Macam ni la hidup berumah tangga. Saling bantu membantu. Tiap-tiap malam Mr. Tajul akan kemaskan ruang tamu rumah masa Mimie tidurkan anak-anak kat atas di bilik. Alhamdulillah ada suami yang memang ringan tulang membantu Mimie menguruskan rumah. Takde la rumah tunggang langgang.. hehehehe..

Terima kasih ayah aka husband tercinta untuk seminggu jadi babysitter masa sayang takde. Semoga Allah panjangkan usia abang dan memberi kebahagiaan buat kita sehingga akhir usia.. Aaammiinnn..





Notakakitangan: Tak kuasa nak layan perempuan mental dengan fantasi die. Kesian.. Kurang kasih sayang kot..

5 comments:

  1. Betullah Mimie kena ada rasa tanggungjawab sama-sama dalam berumahtangga
    Anak-anak melihat semua tu nanti dia besar dia otomatik akan membantu.. masa tu baru en tajul dan mimie legaaa...

    ReplyDelete
  2. mimi... jom la jadi suri rumah...

    ReplyDelete
  3. Kakzakie.. alhamdulillah. Betul tu kak. Anak-anak memerhati tingkah laku mama ayah di rumah..

    ReplyDelete
  4. Allene.. mmg nak sgt. Tapi dah beli rumah sendiri di Putrajaya. Kalau tak mengenangkan hutang rumah ni memang dah lama berhenti. Jaga husband anak-anak kat rumah jer.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Kannn...dorg takleh hidup tanpa kita...camtu jugak kite..ececece..yela dah namanya life partner kan..

    Saling tolong menolong la kan...

    Salam ukhuwah dear..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG