Thursday, August 6, 2015

Work and Family

Sebagai wanita bekerjaya memang memenatkan. Tugas sebagai isteri dan mama di rumah dan juga tugas sebagai pekerja di pejabat.

Minggu ni kerja-kerja di pejabat takde la sesibuk mana. Cuma banyak terima mesej-mesej dari kawan-kawan pasal kerja-kerja Mimie.. huh.. Malas nak cerita pasal kerja..

Nak cerita pasal family jer.. Hujung minggu lepas kami sekeluarga beraya sakan. Sabtu ade 4 open house rumah kawan-kawan. Ahad ada 5 open house rumah kawan-kawan. Sampai ke malam berjalan. Puas hati jugak. Dapat bawa anak-anak berjalan raya dari Sepang- Putrajaya- Bangi- Kajang- Shah Alam.

Minggu ni tak ada jalan raya. Adik lelaki nak kawin kat Rawang 08.08.2015 ni. Busy nak siapkan hantaran adik lagi. Maklum la adik lelaki ni serah semua pada kakak-kakak dieorang je siapkan semua.. Abah dan Mama Mimie datang esok. Hope semua berjalan lancar.. Ermmm.. tinggal la adik bongsu perempuan je tak kawin lagi. Tengah praktikal last semester.

Semoga Allah memudahkan urusan kami sekeluarga... Aaamiiinnn...

2 comments:

  1. Sibuk dengan beraya
    Sibuk nak preparation adik kawin
    Penat memang penat Mimie tapi happy kan..
    Masuk bilik nampak bantal mesti terus lelap:)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG