Monday, September 7, 2015

Persiapan Raya Aidiladha

Sekarang tengah buat persiapan raya Aidiladha. Turn raya haji ni balik kampung rumah Mama dan Abah Mimie hehehehe.. Sebab raya Aidilfitri hari tu dah balik Dungun rumah in law kan..

Persiapan raya sama macam raya Aidilfitri. Sebab kat sebelah Pahang ni kami beraya macam bulan Syawal. Lepas solat raya tengok haiwan korban. Lepas tu start beraya ke rumah sedara mara. Tak sabar rasanya. Walaupun dah jadi Mak budak bila jumpa sedara mara rasa macam dulu-dulu. Sembang tak ingat dunia. Hahahaha.. Yang penting nak anak-anak tahu macam mana suasana raya ni. Kenal sepupu sepapat yang jauh-jauh jugak hehehe..

Alhamdulillah.. Tahun ni Mimie korban satu bahagian dan Mr. Tajul satu bahagian. Tapi dua-dua ni kami buat satu korban untuk baby Arissa dan satu bahagian Aqiqah untuk baby Arissa jugak. Kakak-kakak semua dan pernah korban dan aqiqah. So turn kali ni bagi kat adik pulak. Alhamdulillah. Tiap-tiap tahun diberi peluang oleh Allah untuk kami suami isteri laksanakan ibadah korban ni..

Tema warna baju raya tak pasti lagi. Masih dalam pencarian. Mr. Tajul ikut je. Selalunya Mimie yang siapkan semua. Yang penting Mr. Tajul akan Q & C baju Mimie hahaha.. Tak mau ketat-ketat sangat katanya. Sebab sekarang ni banyak yang jual baju jenis melekat kat badan. Yang tu Mr. Tajul reject awal-awal.. Hahahaha..

Minggu depan 19.09.2015 Majlis sambut menantu kat rumah Abah Mama. Adik lelaki Mimie yang cikgu sambut menantu kat sini. Sekarang pengantin lelaki tengah cuti panjang sebab accident. Bikers kental la konon hahaha.. Alhamdulillah patah tangan je. Boleh lagi nak makan beradap sambut menantu nanti. Sekarang adik lelaki Mimie ni jadi bahan dikenakan oleh kami adik beradik. Iron Man keluarga sebab besi masuk tangan hahahaa.. Adik beradik Mimie ni memang havoc tambah-tambah bab mengenakan adik beradik. Sebab tu menantu-menatu Abah Mama kena masuk satu kepala dengan kami. Alhamdulillah semua yang masuk keluarga kami ni satu  kepala. Termasuk la suami Mimie ni. Kalau loyar buruk die boleh tahan la.. hihihihi

Ok la. Hari pertama dalam minggu ni bekerja. Monday Blues.. Hari ni mood BW. Nanti Mimie datang melawat. (^_^)

6 comments:

  1. wah.. dah ada persiapan raya haji ni. ayu takde lagi plan apa2. pakai baju yg dah ada je kot. tahun ni takde rezeki nak wat korban lagi. wat aqiqah je dyulu. insha allah.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya sebelah Pantai Timur menyambut Aidil Adha demeriah Aidil Fitri jugak...

    ReplyDelete
  3. bestnya!! dah bersiap sedia for dis coming Raya Haji. good for you dear.

    ReplyDelete
  4. Ruby xbalik kg thn ni..
    Si xprepare apa2lah..

    Mmg meriah sambutan hari raya korban kt sebelah pantai timur

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG