Friday, September 11, 2015

Roti Telur berinti Keju

Eh.. betul ke nama dia....???? Suka-suka nak letakkan sebab kita yang masak hahahaha... Mudah sangat breakfast pagi ni sebelum ke tempat kerja. 5 minit siap.

Bahan-bahan:
1. Roti
2. Keju
3. Telur
4. Garam

Cara buat:
1. Letak keju atas roti. Letak 1 lagi roti atas keju pulak.
2. Pukul telur dengan sedikit garam.
3. Panaskan kuali dengan minyak masak.
4. Celup roti yang ada keju ke dalam telur yang dipukul.
5. Masuk roti telur dalam minyak panas terus terbalikkan (beberapa saat je. Nanti jadi hitam kalau lama-lama)
6. Siap dimakan (^_^)

Sebelum masuk kuali Mimie potong kecik-kecik. Senang anak nak makan

14 comments:

  1. wah nak try...nie versi comel2 mesti x muak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau peminat keju confirm x muak. hehe

      Delete
  2. wah wah menggodanya..ok nanti try

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila.. sila.. mudah dan cepat.. hihihi

      Delete
  3. sedapnya... roti tu dah dipotong 4 ye sbb nampak mcm kecik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ibu dilah. dah potong empat sebab tu kecik. anak-anak pun mudah makan..

      Delete
  4. Bawa bekal anak ke sekolah selalu akak buat mam ni.. boleh letak tomat tmun juga. Sedap kam:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie.. anak-anak Mimie ni tak susah nak makan sayur. Kadang-kadang Mimie letak nutella dengan cheese dlm roti tu. Laju je anak-anak makan. hehe

      Delete
  5. Selalu buat bila dah habis idea nak makan apa..
    jom tengok tips kesihatan di blog AM www.alongmisuari.com

    ReplyDelete
  6. Kalau rajin letak sambal bilis ke sambal apa yang ada...sambal sardin pun sedap gak atas roti...lapis keju pastu tabur lada hitam dan sekeping timun atau tomato... lapis sekeping roti lagi pastu celup telo n goreng...atau bakar dalam oven pun boleh jugak...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG