Thursday, September 10, 2015

Urusan Pagi Lancar

Sejak Mr. Tajul dinaikan pangkat dan bertukar ke Kuala Lumpur, tugasan menyiapkan anak beralih kepada Mimie. Sebelum ni setiap pagi tugasan menyiapkan anak-anak diuruskan Mr. Tajul sepenuhnya. Kemaskan barang, mandikan anak, siapkan anak ke sekolah dan hantar anak ke sekolah menjadi tanggungjawab Mr. Tajul sepenuhnya. Bila balik kerja barulah tugasan ambil anak, uruskan anak, mandikan anak waktu petang dan masak makan malam Mimie uruskan sampai la anak-anak tido.

Sekarang tiap-tiap pagi Mimie yang uruskan anak-anak. Bangunkan anak-anak, mandikan anak-anak, siapkan anak-anak, masak breakfast untuk anak-anak makan dan hantar ke sekolah. Barulah Mimie ke tempat kerja. Mula-mula memang kelam kabut sikit. Sebab sebelum ni Mimie masuk pukul 7.30 pagi. Sekarang dah masuk pukul 8 pagi. Mula-mula tu semput-semput je punch card pukul 8 pagi sebab hantar anak-anak ke sekolah.. Ada 2 sekolah nak berhenti sebelum masuk pejabat. Sekarang Alhamdulillah dah semakin teratur. Pukul 7.45-7.50 pagi dah sampai pejabat selepas hantar anak-anak. Terima kasih jugak pada Mr. Tajul tolong kemaskan barang anak-anak setiap pagi sebelum ke tempat kerja.. (^_^)

Anak-anak semakin membesar semakin banyak akal. Seronok tengok perkembangan anak-anak. Membesar dengan sihat dan pintar. Anak-anak Mimie ni semua tido awal. Macam mama dia la.. hahahaha.. Pukul 9 dah tido semua lepas makan malam. Alhamdulillah semua mudah bangun pagi termasuk yang baby tu. Pukul 6 anak-anak Mimie dah bangun. Mandi sebelum 6.30 pagi. Dan dah siap ke sekolah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mimie dan suami dalam mendidik anak-anak..

Hari ni dah Khamis. Esok dah Jumaat. Lepas tu cuti. Kejap je seminggu berlalu. Minggu depan ada Sport's Day sekolah Batrisyia. Then hujung minggu depan nak balik Kuantan untuk Majlis Sambut Menantu adik lelaki Mimie. Minggu sekali lagi balik Kuantan lagi untuk raya haji. Then balik Dungun lepas raya haji di Kuantan. Wajib balik dua-dua kampung. Lagipun dah dekat sejak highway pantai timur buka. Sejam dah sampai Kuantan-Dungun.

Semoga hari ini berjalan dengan lebih baik dari semalam. Dan esok lebih baik dari hari ni. Aaaammminnn...

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG