Wednesday, October 28, 2015

Arissa 6th months


Yeaaahhh!!! Baby Arissa dah 6 bulan. Alhamdulillah berjaya exclusive breastfeeding dengan berjaya.. Semoga membesar menjadi anak solehah..

Arissa budak baik. Tak banyak ragam. Senang jaga. Sekarang dah start makan. Bawa bekal puri banana dengan bubur dikisar halus. Thankz to mommy Erin jual food processor autumnz steam and blend. Senang kerja nak buat puri Arissa.. hehe

Rambut budak kecik ni memang lebat. Walaupun dah cukur botak licin masa 7 hari dulu. Tumbuh sekata dengan lebatnya. Alhamdulillah.. 

Pukul 8.30 malam dah tido. Bangun malam susu kejap-kejap je. Selebihnya memang tido sampai pagi. Senang Mama Ayah jaga hihihi.. Pagi-pagi pukul 6 pagi dah bangun tanpa kejut. Pandai timing jam baby Arissa ni. Senang Mama uruskan anak-anak pada waktu pagi..

Semoga dapat menyusu Arissa dengan susu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun.. Aaamiinn.. Semoga Allah cukupkan susu kepada baby Arissa. Semoga anak Mama dan Ayah membesar menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.. Aaamminnn..

Wednesday, October 21, 2015

Birthday's Celebration to Ayah

Happy Birthday Husband.. Mama and kiddos love you so much.. Malam tadi celebrate bersama.. Anak-anak happy.. Kek ayah dah jadi kek anak-anak. Excited sangat dengan coklat. Happy sangat.. Thank you kak Jaja untuk kek yang mabelesss sedap and awesome...

Tuesday, October 20, 2015

Happy Birthday Hubby

Alhamdulillah.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat suami tercinta. Genap usia 33 tahun. Dikala usia abang 33 tahun dan sayang 30 tahun kita dikurniakan 3 cahaya mata puteri semuanya.. Indah sungguh perancangan Allah untuk kita pada angka 3 pada tahun ini kan...

Sebagai ketua keluarga, sayang doakan abang diberikan keimanan, kesihatan, kebahagiaan, rezeki yang berlipat kali ganda, amal soleh yang diberkati, umur yang panjang, pemimpin keluarga yang baik dan berhemah, suami yang soleh, bapa mithali, kebaikan di dunia dan akhirat serta dipelihara ALLAH SWT... Aaaammiinn...

Malam ni kita celebrate bersama anak-anak.. Terima kasih hadir melengkapkan kehidupan isterimu ini dan anak-anak kita.. Sayang abang dunia akhirat.. (^_^)

Monday, October 19, 2015

Doa setiap pagi (^_^)

Setiap pagi apabila menghantar anak-anak dan ke tempat kerja, radio kegemaran Mimie adalah IKIM FM. Alhamdulillah banyak perkongsian dalam kehidupan yang dapat dikongsi bersama dengan ahli keluarga.

Setiap pagi bila Mimie dan anak-anak naik kereta kami akan baca doa pagi bersama-sama di IKIM pada jam 7.00 pagi. Alhamdulillah. Aqilah yang umur 2 tahun ni pun dah pandai baca doa pagi sebab hari-hari ikut membaca dengan alunan nyanyian walaupun dapat sikit-sikit tapi faham yang itu doa pagi yang dibacanya.. hihihi..

Comel betul anak-anak semua. Kakak Batrisyia Alhamdulillah. Dah boleh baca lancar dan sebutan yang jelas... Semoga anak-anak kami dimudahkan urusan dan pembelajaran dan segala hal serta dipelihara Allah SWT Aaaammiinnn...




Friday, October 16, 2015

Salam Jumaat

Jumaat tiba.. Tak sabar menunggu jam 5 petang.. Esok dah start hujung minggu.. Nak berehat di rumah bersama suami dan anak-anak.. Hurmm.. Seronoknya duduk rumah bersama keluarga. Ikut hati nak je berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa..

Tapi memandangkan hutang beli kereta, hutang beli rumah di Putrajaya membuatkan memikir banyak kali nak berhenti.. (Haish.. Tu la sapa suruh kumpul aset sendiri.. Hahahaha) Sabar je la.. Hope Jumaat depan ada berita baik untuk penjawat awam dalam bajet 2016 walaupun tak berharap sangat benefit akan dapat memandangkan ekonomi negara sekarang.. Hurmmm....

Rezeki Allah Maha Luas. Terpulang pada kita untuk mencarinya. Ustaz cakap nak rezeki luas rajin-rajin la sedekah. Setiap satu sedekah Allah gandakan 10 kali ganda. Tu janji Allah. So rajin-rajin la bersedekah. InshaaAllah ada rezekinya. Dan satu lagi.. Rajin-rajinlah melakukan solat Dhuha. InshaaAllah.. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan kebahagiaan buat kita semua.. Aaaammiinnn...

Thursday, October 15, 2015

Kenaikan Kos Hidup

Hari ni bermula kenaikan tol bagi pengguna jalan raya. Kenaikan tol ni memang memberi kesan pada Mimie dan keluarga juga. Mimie dari rumah ke tempat kerja memang tak menggunakan tol. Tetapi suami kesayangan yang menanggung kenaikan harga tol dari rumah ke tempat kerja.

Sebelum ni kos ke tempat kerja melalui MEX (RM2.50) dan Kerinchi link (RM1.50) berjumlah RM5.00 (RM10.00 pergi balik). Sekarang MEX (RM3.50) dan Kerinchi (RM2.50) berjumlah RM6.00 (RM12.00 pergi balik) untuk sehari. Tu tak termasuk minyak, maintanance kenderaan. Hurmmmm... Bertabahlah sayang suamiku dalam perjalanan ke tempat kerja setiap hari...

Beruntunglah kepada yang duduk di kawasan yang tak dikenakan tol. Bayar tol mahal pun jem tetap teruk. Tak tahu nak kata apa bila kenaikan tol diumumkan. Semoga Allah memudahkan urusan kami.. Amminnn...

Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Selamat tahun baru.. Azam baru, semangat baru.. Semoga amalan tahun lepas diterima Allah sebaiknya.. Semoga tahun ini dilimpahkan rahmat dan rezeki berlipat ganda InshaaAllah.. Aaamminnn...

Alhamdulillah.. Genap usia perkahwinan kami ke 6 tahun ini. Kami diijabkabul pada 1 Muharam 1431H. Sekarang dah 1 Muharam 1437H. Alhamdulillah dikurniakan kehidupan yang bahagia di samping suami dan anak-anak yang comel dan sihat.

Ya Allah.. Berikanlah kebahagiaan, kesihatan, keimanan yang kuat padaMu Ya Allah, dilindungi dari musibah dan malapetaka, diberikan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Aaamminnn..

Tuesday, October 13, 2015

Solid Food Arissa

Alhamdulillah.. Arissa dah 5 bulan setengah.. Dah nak start makan sekarang. Masih dalam proses Mimie dalam penyediaan makanan untuk Arissa tak lama lagi.. Jadual pemakanan Arissa pun dah complete.. Wahh.. Ni Mama ke anak yang excited nak makan.. Hihihihi..

Dah join group kat FB yang mana mommies semua sediakan solid food untuk baby. Ada yang sudi download buku pemakanan bayi dalam group tersebut. Info yang sangat-sangat berguna untuk Mimie dalam penyediaan makanan untuk Arissa nanti.

Arissa sekarang dah bergolek-golek.. Dah tak boleh letak atas katil. Nanti confirm jatuh. Dalam baby cot pun dah melintang sana sini huhuhu.. Perkembangan yang baik anakku. Semoga semuanya membesar dengan sihat.

ni jadual dia.. hehehe

Alhamdulillah.. Seronok tengok anak-anak membesar depan mata. Penjagaan anak ni bukan kita je 100% nak kena buat. Husband pun kena main peranan penting. Mr. Tajul pun banyak membantu Mimie dalam membesarkan anak-anak.

Esok masuk tahun baru dalam kalendar islam. Alhamdulillah.. Esok genap 6 tahun usia perkahwinan kami dalam bulan islam. Terima kasih abang sepanjang hadir dalam hidup Mimie dan anak-anak..

Thursday, October 8, 2015

Suara I Seksi

Huh.. Tajuk tak boleh blah... hahahaha

Seriusly suara memang rock habis.. Ala-ala Ella gitu.. Hahaha.. Seminggu penangan batuk dan selesema. Seminggu Allah tarik nikmat makan minum dan deria bau. Apa pun tak dapat.. Ujian buat Mimie.. Sakit itu penghapus dosa.. InshaaAllah..

3 Hari suara tak keluar masa mula-mula batuk. Sampai rumah sunyi.. Anak-anak tanya seksa betul nak jawap soalan anak. Kesian juga pada anak-anak. Time anak nak buat homework paling syahdu. Kakak Batrisyia tanya soalan matematik, Mimie hanya mampu tunjuk-tunjuk je sebab tak mampu keluarkan suara. Then kakak Batrisyia buat sendiri. Bila dah siap semua betul soalan tambah matematik. Mimie mampu senyum dan bagi thumbs up sahaja. Lepas tu Mimie cium anak-anak. Happy Batrisyia. Walaupun Mimie tak dapat puji dengan suara tapi pujian dengan sentuhan tu amat disukai Batrisyia. Alhamdulillah..

Hari ni bila bercakap dengan kawan-kawan suara tenggelam timbul. Serak-serak gitu.. Hahaha.. Oh jerebu.. Redalah jerebu.. Hujan dah turun hari-hari tapi impak jerebu masih ada.. Ya Allah peliharalah bumi Malaysia ini dan peliharalah kami sekeluarga serta umat Islam seluruh dunia. Semoga ALLAH sihatkan tubuh badan Mimie, suami, anak-anak, ibu bapa dan kaum keluarga... Aaammiiinnn..

Tuesday, October 6, 2015

Bahagia di rumah...

Hari ni baru masuk kerja lepas beraya haji.. Amboii lamanya coti... Ni bukan takat cuti  je tapi MC sekali sebab satu rumah demam (boleh baca kat entry sebelum ni)

Nak cerita seronoknya duduk di rumah... Walaupun badan tak sihat tapi dapat duduk dengan anak-anak. Alhamdulillah anak-anak semua dapat diharapkan. Bertuah badan Allah kurniakan anak perempuan pada kami yang memudahkan urusan kami sekeluarga.

Kakak Batrisyia bulan depan baru genap 5 tahun. Tapi kalau Mama sakit boleh diharap untuk picit kepala Mama. Tolong ambilkan ubat dan air. Tolong pujuk adik tengah menangis. Seronok tengok perkembangan anak-anak ni. Damai betul duduk rumah..

Kakak Aqilah Mama tak berkesempatan lagi nak latih tak pakai diapers. Dah 2 tahun kan anak Mama ni. Dah pandai bagitau bila dah siap poo poo hahaha.. Takpe la. Ada rezeki dan cuti Mama cuba latih Aqilah bila Mama dah betul-betul sihat nanti..

Baby Arissa okey je.. lagi 2 minggu ni Mama nak bagi makan. Tak sabar rasa nak bagi Arissa makan. Dah siap beli baby food processor untuk anak Mama ni. Nak kenalkan rasa makanan buah-buahan untuk Arissa dulu. Tak mau bagi makanan yang terus rasa masin dan ada rasa. Biar makan fresh fruit puree.. Dah list buah apple, banana dan sweet potato untuk 6 bulan nanti. Setiap satu buah ni nak steam dulu lepas tu blend. Then isi dalam bekas kiub-kiub dan freeze dalam peti. Bila nak bawa bekal nursery nanti pengasuh panaskan je.. So dalam seminggu Arissa boleh gilir-gilir rasa flavour Apple, Banana dengan sweet potato.. Alahai tak sabarnya.. (Mama yang over excited...)

Alhamdulillah.. Arissa masih fully breastfeeding.. Semoga Allah permudahkan untuk Mimie exclusive breastfeeding Arissa (^_^)

Oh.. Buat Mr. Tajul a.k.a ayah and hubby.. TQ so much atas perhatian dan jagaan sepanjang isterimu tak sihat ni.. Semoga Allah berikan pahala dan kemmudahan dalam urusan abang serta anak-anak kita. Aaaminn...

Monday, October 5, 2015

Demam Raya...

Dah tak tau nak tulis tajuk apa.. Hampir 2 minggu sunyi dari menulis. Banyak perkara nak cerita tapi keadaan tak mengizinkan..

Alhamdulillah ibadah korban berjalan lancar. Raya pun meriah dengan bonda dan ayahanda serta kaum keluarga. Raya pun dapat balik kedua-dua keluarga. Jumpa kedua ayah bonda dan mertua.

Lepas raya baby Arissa demam. 1st time demam sejak lahir. Rupanya demam nak ringan badan. Sekarang dah bergolek satu rumah. Kejap jumpa tepi meja makan, kejap jumpa kat sliding door, kejap jumpa tepi sofa.. 5 bulan ko dah bergolek-golek yer dik.. Cepat bebenor..

Lepas Arissa demam sambung pulak pada Mr. Tajul dan kakak-kakak. Cuti raya sampai isnin. Hari Selasa tu kami sekeluarga MC sebab semua tak sihat. Ubat macam nak buka kilang bila klinik kesihatan bagi pada setiap sorang. Haish.. Tak tau sapa jaga sapa masa sakit ni.

Alhamdulillah anak-anak dan suami dah sembuh 2 hari lepas. Cuma Mimie still batuk selesema. MC lagi hari ni. Demam dah lebih 5 hari so kena amik darah. So far result ok. Cuma makanan tak dapat masuk tekak sebab sakit tekak dan tak rasa apa-apa. Masak bubur je la hari-hari. Tu pun tak tau rasa apa bubur sebab tekak tak rasa apa-apa.. Hope esok dah baik la sebab esok nak kena kerja. Alhamdulillah taska anak-anak still buka dan outdoor memang tak dibenarkan..

Semoga jerebu cepat hilang supaya masalah kesihatan tak menjadi semakin teruk. Aaaammminnnn...

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG