Tuesday, October 6, 2015

Bahagia di rumah...

Hari ni baru masuk kerja lepas beraya haji.. Amboii lamanya coti... Ni bukan takat cuti  je tapi MC sekali sebab satu rumah demam (boleh baca kat entry sebelum ni)

Nak cerita seronoknya duduk di rumah... Walaupun badan tak sihat tapi dapat duduk dengan anak-anak. Alhamdulillah anak-anak semua dapat diharapkan. Bertuah badan Allah kurniakan anak perempuan pada kami yang memudahkan urusan kami sekeluarga.

Kakak Batrisyia bulan depan baru genap 5 tahun. Tapi kalau Mama sakit boleh diharap untuk picit kepala Mama. Tolong ambilkan ubat dan air. Tolong pujuk adik tengah menangis. Seronok tengok perkembangan anak-anak ni. Damai betul duduk rumah..

Kakak Aqilah Mama tak berkesempatan lagi nak latih tak pakai diapers. Dah 2 tahun kan anak Mama ni. Dah pandai bagitau bila dah siap poo poo hahaha.. Takpe la. Ada rezeki dan cuti Mama cuba latih Aqilah bila Mama dah betul-betul sihat nanti..

Baby Arissa okey je.. lagi 2 minggu ni Mama nak bagi makan. Tak sabar rasa nak bagi Arissa makan. Dah siap beli baby food processor untuk anak Mama ni. Nak kenalkan rasa makanan buah-buahan untuk Arissa dulu. Tak mau bagi makanan yang terus rasa masin dan ada rasa. Biar makan fresh fruit puree.. Dah list buah apple, banana dan sweet potato untuk 6 bulan nanti. Setiap satu buah ni nak steam dulu lepas tu blend. Then isi dalam bekas kiub-kiub dan freeze dalam peti. Bila nak bawa bekal nursery nanti pengasuh panaskan je.. So dalam seminggu Arissa boleh gilir-gilir rasa flavour Apple, Banana dengan sweet potato.. Alahai tak sabarnya.. (Mama yang over excited...)

Alhamdulillah.. Arissa masih fully breastfeeding.. Semoga Allah permudahkan untuk Mimie exclusive breastfeeding Arissa (^_^)

Oh.. Buat Mr. Tajul a.k.a ayah and hubby.. TQ so much atas perhatian dan jagaan sepanjang isterimu tak sihat ni.. Semoga Allah berikan pahala dan kemmudahan dalam urusan abang serta anak-anak kita. Aaaminn...

2 comments:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG