Thursday, November 5, 2015

Sweet Moment

Alhamdulillah dah berjaya menghabiskan pengajian tahun lepas. Setahun menunggu baru konvo 3 November 2015 di Universiti Putra Malaysia. Hari berkonvo jatuh sama dengan birthday kakak Batrisyia anakanda Mimie.. Alhamdulillah.. Bahagia sangat..

Walaupun dah umur 30 tahun baru konvo degree tapi kemanisan itu amat bermakna. Maybe ada suara-suara sumbang kata "ala baru degree ke dah umur 30??? Aku ada master, aku ada PHD.. Ko ade???"... Hahaha.. Eh.. Ada aku kisah??? Hahaha.. Yang penting belajar sambil bekerja dan bekeluarga tu amat bermakna. Tak semua orang mampu buat dengan dapat anugerah Kepujian Kelas Kedua Tertinggi dan Mimie adalah perempuan yang paling tinggi pointer dan no 2 tinggi dalam kelas kami Bachelor Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) UPM. So proud boleh banggakan suami dan Mama Abah.

Masa belajar dan bahagi masa antara pelajaran dan keluarga tu memang sangat penting. Terima kasih banyak-banyak pada suami tercinta Tajul Ariffin atas pengorbanan sepanjang 3 tahun setengah. Sokongan abang memang sangat powerful. hihihi.. Abang memang pembimbing terbaik sehingga isterimu ini mampu score dalam degree.. Sikit pun takde jejas pointer sebab abang.. Pointer meningkat adalah.. Hahahaha..

Next mission Master pulak. Tapi husband nak sambung dulu kan.. Sama-sama la kita sambung belajar supaya anak-anak kita berasa bangga dan menjadikan kita ibu bapa sebagai idola mereka untuk cinta kepada pelajaran.. Pekerjaan sekarang pun dah okay sebab kerja kerajaan dan bergaji tetap dan berpencen kan. Sekarang pegang post diploma dan berjawatan tetap. InshaaAllah mana tahu dengan ada degree ni mampu memegang jawatan tetap dalam kerajaan sama ada kenaikan pangkat atau jawatan tetap kerajaan yang lain. Mimie bersyukur sebab berjawatan tetap dengan kerajaan. Ramai yang ada degree tapi berjawatan kontrak dan sambilan. Ingat.. Setiap manusia rezeki masing-masing yang ditentukan Allah. Siapa kamu untuk pertikaikannya kan..

Untuk anakanda Batrisyia.. Happy Birthday ke 5. Semoga menjadi anak solehah dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Mama Ayah sentiasa doakan terbaik buat anak-anak semua. Seronok sangat bila anak-anak di sisi. Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah SWT.. Aaaamminnn..

Yeah...!!!!!

Wajah kesayangan yang sangat bermakna dalam hidup Mimie

My life My world

Cinta hati saya (^_^)

Si kecil ni baru bangun tido

Anak dara requested kek Ana Muslim. So dapat Rainbow cream cheesee

Kiddos with their cousin


6 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah..")

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Tahniah mimie..
    Akak tahu mcm mana susahnya..
    Akak dah alami..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tahniah mimie! memang gle kentang la. tak mudah utk keje at the same time belajar and jaga family.. salute gle! tahniah lg skali..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG