Wednesday, December 16, 2015

Fever..

Dah lama tuan rumah tak menulis. Baru masuk office hari ni. MC 2 hari sebab demam start khamis lepas lagi. Demam on off tu yang payah sikit nak gi klinik awal-awal. Hari isnin baru dapat gi klinik. Mr. Tajul pun EL sebab isteri dan anak-anak sekali demam. Thanks husband..

Hari ni masih tak berapa bagus lagi kesihatan. Arissa pulak berjangkit demam dengan Mimie sebab berkepit nak menyusu badan. Last-last demam jugak baby kecik ni. Semalam anak-anak dah sihat. Hari ni nampak macam nak demam balik. Maybe faktor cuaca juga yang kejap hujan kejap panas.

Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat dengan Mr. Tajul yang sanggup jaga Mimie dan anak-anak sepanjang demam ni. Mr. Tajul tolong kemaskan rumah, basuh baju, lipat baju, tolong masak bubur untuk kami, tolong letakkan tuala basah dan ganti tuala basah untuk letak atas kepala Mimie. Bagi makan ubat ikut waktu. Terima kasih sangat atas keprihatinan abang jaga Mimie dan anak-anak..

Ok readers.. Nak settle kerja tertangguh 2 hari ni. Mood sebenarnya tengah risaukan anak-anak. Semoga anak-anak cepat sembuh dan dipelihara Allah SWT. Aaamminnn...

2 comments:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG