Monday, December 21, 2015

Mood Kerja 3 Hari

Alhamdulillah.. Mood hari ni sangat baik. Mood kerja untuk 3 hari. Hari ini, esok dan lusa. Lepas tu kita cuti semula sambut Maulidur Rasul dan Cuti Krismas. Cuti kali ni nak potty train Aqilah. Semoga diberikan kesabaran macam mana didik Batrisyia dengan jayanya. Aaamminnn..

Hari ni Mr. Tajul ade interview. Semoga berjaya suamiku sayang, Mr. Tajul. Mimie doakan abang selamat menjawab karangan essei dan soal jawab semasa temuduga nanti. Mr. Tajul ada interview sambung master hari ni. Semoga dipermudahkan.. Aaamminn.. Abang last semester nanti Mimie pulak sambung master yer.. hahahaha.. (^_^)

Hujung bulan ni dah apply cuti. 30hb dan 31hb Disember ni. Mr. Tajul ajak jalan-jalan SOGO, Jalan TAR dan Masjid India. Katanya nak cari seluar kerja baru. Seluar sekarang dah ketat katanya.. Hahaha.. Semalam kami ke Rawang. Jumpa pak sedara Mr. Tajul. Then pak sedara die cakap die dah gemuks.. Hahaha.. Mimie happy je dengar. Tu tanda Mimie pandai jaga husband dengan jayanya (Ni bukan Mimie cakap.. Ni cousin Mimie cakap..) hahahaha...

Anak-anak pulak membesar dengan baiknya. Alhamdulillah. Tahun depan kakak Batrisyia 6 tahun. Masih bersekolah di Little Caliph. Aqilah dan 3 tahun dan Arissa dan setahun tahun depan masih di Taska Permata di Putrajaya. Aqilah 4 tahun nanti InshaaAllah Mama Ayah hantar ke Little Caliph macam kakak Batrisyia.

Tahun depan banyak yang perlu dirancang. Dalam kerjaya dan keluarga. InshaaALLAH semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki dan kebahagiaan buat kami semua.. Aaamiinn... Alhamdulillah SKT tahun ni masih cemerlang seperti tahun sebelumnya. Bos bagi 94.5% untuk SKT tahun ni.. Alhamdulillah.. (^_^)

1 comment:

  1. Doa kakak mengiringi sama semoga interview itu berjaya.
    Keluarga dan kerjaya kalau lancar itulah yg membahagiakan kita Mimie.

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG