Tuesday, December 22, 2015

Settle bermacam perkara...

Semalam balik kerja singgah pasar malam dekat rumah. Setiap Isnin dan Khamis ada pasar malam area rumah Mimie. Setiap kali ke pasar malam hari Isnin Mimie akan beli nasi ambeng kat sini. Pakcik tua yang jual. Sedap sangat. Harga dia dari dulu tak pernah naik. Masih RM5. Minta tambah mee dengan soon pun harga sama. Semoga murah rezeki pakcik tu.

Semalam balik dari kerja borak-borak dengan Mr. Tajul. Ofcoz la Mimie busybody nak tahu apa terjadi pada interview Mr. Tajul. hihihi.. Mr. Tajul cakap essei okay la boleh jawab. Masa interview tu banyak tanya pasal tempat kerja Mr. Tajul. Ok la kot. Mimie doakan abang dapat sambung belajar. Kita tunggu result bulan depan. Pengambilan bulan Mac nanti inshaaAllah rezeki abang sambung master. Aaaminnn..

Semalam settlekan Yuran Batrisyia. Almost RM1,000.00++ jugak la untuk pendaftaran Little Caliph. Dah macam nak masuk universiti.. Hahaha.. Alhamdulillah diberikan rezeki untuk anak-anak mendapat pendidikan terbaik. Untuk Aqilah dan Arissa pulak RM800 untuk pendaftaran tahun hadapan. So settle bab anak-anak. Alhamdulillah. Semoga anak-anak dapat pembelajaran yang baik dan mudah menerima ilmu. Aaaamminnn...

Hari ni datang kerja tak jem langsung. Maybe ramai dah mula bercuti. Ada yang ambil cuti sampai hujung tahun depan baru masuk kerja. Cuti bergandakan. hehehe. Mimie dan husband pun tak terkecuali. Minggu depan cuti sampai tahun depan baru masuk kerja. Hahaha.. Syoknya duduk rumah dengan anak-anak ni.. Tak sabar setiap kali nak tunggu hari cuti. Hari cuti la masa nak mengemas rumah, basuh baju, lipat baju, duduk dengan anak-anak, masak macam-macam resepi untuk anak-anak. Yang paling syoknya bila husband sama-sama bantu Mimie dalam menguruskan hal rumah. Seronoknya.... (^_^)

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG