Saturday, January 30, 2016

Banyaknya cuti...

Memang seronok cuti banyak.. Dapat spend time dengan suami dan anak-anak. Syoookkk sangat-sangat. Duduk wilayah ni cuti pun berganda-ganda. Rasa macam dah lama bebenor tak masuk office hihihi

25hb January (Isnin) Public holiday Cuti Thaipusam

26hb January (Selasa) Ambil cuti ke Bukit Fraser bersama suami dan kiddos

27hb January (Rabu) Kerja

28hb January (Khamis) Cuti Sakit food poisoning 

29hb January (Jumaat) Cuti Sakit food poisoning 

30hb January (Sabtu) Weekend 

31hb January (Ahad) Weekend 

1st February (Isnin) Cuti Hari Wilayah

Banyakkan cuti.. haisshh.. syoknya la duk rumah. 8-9 hb February pulak cuti raya cina. Isnin Selasa.. Cuti berganda lagi.. Selamat merancang percutian semua.. hehehhee

Thursday, January 14, 2016

Bekal oh Bekal

Alhamdulillah. Sekarang tiap-tiap hari sediakan bekal untuk Mime, suami dan anak-anak.. Semakin lancar urusan pagi start minggu lepas sampai ke hari ini tak miss lagi penyediaan bekal makanan untuk kami sekeluarga..

Bila dah mula membekal ni anak-anak akan buat permintaan nak makan itu ini untuk membekal. Seronok bila balik sekolah cerita bagitau makan dengan kawan-kawan. So memang kena isi banyak sikit la sebab nak kongsi makan bersama kawan-kawan dieorang ni.

Mr. Tajul pulak suka Mimie sediakan bekal untuknya. Memang seronok dapat sediakan bekal makanan untuk suami dan anak-anak. Lagipun langkah penjimatan. Keluar duit untuk makan tengah hari je. Tu pun Mimie kadang-kadang makan tengah hari sebab malas nak beli makanan kat cafe. hihihi.. Balik makan malam kat rumah je dengan suami dan anak-anak..

Mimie bangun pukul 5 pagi untuk sediakan bekal. pukul 5.45 pagi selalunya dah siap sediakan bekal. Husband lepas Subuh dah gerak ke tempat kerja bersama bekal makanan yang Mimie sediakan. Kemudian Mimie mandi dan siapkan anak-anak. 6.50 pagi dah gerak hantar anak-anak dan ke tempat kerja. Alhamdulillah urusan pagi semakin lancar.

Tapi sejak dua menjak ni jalan nak menuju ke Putrajaya dari rumah semakin perlahan. Makin banyak kereta datang dari arah Sepang menuju ke Putrajaya.. Husband cakap banyak perumahan naik sekitar kawasan rumah Mimie so yang kerja Putrajaya ramai beli rumah area sini. Tambahan pulak kawasan ni memang takde tol.

Ok nak share hasil bekal yang dibuat Mimie. Ni bekal Batrisyia untuk minggu ni. Isnin sampai Khamis iaitu hari ni. Esok masih memikir nak masak apa.. (^_^) Masih diperingkat pembelajaran nak buat bekal dan bento. Semoga Allah permudahkan urusan kami.. Aaaaminnn...

Sandwich telur, kurma dan cekodok pisang.

Spagetti daging dan cucur ayam

meehoon goreng, telur dadar dan epal

Nasi goreng kampung udang dan nugget




Wednesday, January 13, 2016

Kembali Menjadi Mahasiswa..!!!

Alhamdulillah dapat sambung MASTER...!!!! Ehhh..??? Bukan Mimie tau.. Tapi husband tercinta.. Tahniah Mr. Tajul kembali bergelar pelajar. Eh..??? Kenapa Mimie pulak excited yang lebih ni.. Mana taknya sebab lepas Mr. Tajul sambung master Mimie akan menjejak kaki pulak sambung master. 2 tahun dari sekarang lepas Mr. Tajul tamat belajar... 

Excited kan...??? Perancangan tahun ni berjalan lancar. Alhamdulillah.. Berita baik di tahun baru.. Semoga perancangan kami sentiasa dipermudahkan Allah SWT.. So lepas ni tak dapat la nak travel macam biasa. Waktu hujung minggu husband akan ke kelas.. Tinggal la Mimie dan anak-anak.. Tapi takpe.. Cuti semester abang nanti akan Mimie manfaatkan dengan percutian keluarga yang terbaik..

TAHNIAH ABANGGG...!!!!!


Friday, January 8, 2016

Azam Membekal & Membento 2016

Tahun ni salah satu azam Mimie nak bawa bekal ke pejabat. Ceewaahhh.. Macam banyak jer azam tahun ni. Hahahaha.. Apa-apa pun kita cuba satu persatu secara perlahan-lahan sampai berjaya. Ada 11 bulan lagi kan dalam tahun 2016 ni nak complete misi 2016 hihihi..

Hari ni dah masuk hari kedua Mimie bawa bekal ke pejabat. Tengah belajar nak buat bento. Nampak comel je bekal-bekal dan nampak sedap. Mula-mula buat untuk Mimie. Hari ni Mimie buat bekal untuk Mimie, Mr. Tajul tercinta dan anakanda Batrisyia tersayang. 

Hari ni bangun 5.30 pagi. Dah bangun tu golek-golek dulu atas katil sebelum nak melangkah kaki ke toilet. Dah siap mandi Mimie siap-siap terus pakai baju kerja. Lepas siap Mimie turun dapur untuk bersilat di dapur. Pagi-pagi dah siapkan nasi goreng, goreng sosej dan nugget. Lepas tu letak dalam bekal. Lepas subuh. Mr. Tajul siap bawa bekal, salam husband dan Mr. Tajul terus ke tempat kerja.

Pukul 6.15 Mimie gerak anak-anak bangun. Alhamdulillah Kakak Batrisyia dan Kakak Aqilah senang nak urus pagi. Dah siap mandi Mimie suapkan anak-anak makan sambil budak-budak ni tengok Dibo The Gift Dragon Astro channel 613. Sambil tu siap mandikan baby Arissa. Baby Arissa ni bila Mama bangun die pun bangun jugak. So lepas mandi Arissa Mimie suapkan bubur dulu dan susukan badan. 

Settle semua.. Pukul 6.55 pagi dah ke tempat kerja. Hantar Kakak Batrisyia kat LC dulu. Lepas tu hantar Aqilah dan Baby Arissa kat taska di Putrajaya. Then baru masuk office. Punch card pukul 7.55 pagi. Pagi-pagi memang meribut. Tapi seronok uruskan anak-anak depan mata.

Ni bekal Mimie semalam


Ni bekal Batrisia hari ni..

Ni bekal Mimie hari ni..

Ni bekal husband hari ni..

Mimie memang suka masak. Paling suka bila tengok suami dan anak-anak selera makan.. Lagi seronok tau. Macam-macam nak meng'goggle' resepi untuk dicuba. Pengkritik makanan Mimie of coz la husband Mr Tajul ni. Dia punya komen boleh tahan pedas berasap. Kalau kena selera dia pulak bertambah-tambah makan hahaha..

Monday, January 4, 2016

Happy Birthday Mama 55th

Alhamdulillah.. Entry pertama di tahun baru 2016. Selamat ulang tahun kelahiran buat bonda Mimie tercinta yang ke 55 tahun.. Semoga diberi kesihatan, kebahagiaan, rezeki yang melimpah ruah dan dilindungi Allah sepanjang masa..

2 hari lepas Mimie dapat anak sedara baru. Kakak Mimie dah selamat melahirkan baby boy 02.01.2016 di Hospital Putrajaya pada jam 9.00 pagi. Yeah...!!! Syok bau baby ni.. Geram betul baby comel ni. Berat 3.4kg.. Semangat kan... So Mama Mimie ada kat rumah kakak untuk jaga kakak pantang. So semalam kami celebrate birthday Mama in advance sebab lepas celebrate Abah Mimie nak balik ke Kuantan. Hari ni kan dah kerja. hehehe

Alhamdulillah dapat bantuan RM500 a.k.a Bonus Penjawat Awam. Adik beradik Mimie termasuk Abah semua kakitangan awam kecuali yang bongsu baru abis belajar UTHM. So semua dapat bonus. Alhamdulillah...






WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG