Friday, January 8, 2016

Azam Membekal & Membento 2016

Tahun ni salah satu azam Mimie nak bawa bekal ke pejabat. Ceewaahhh.. Macam banyak jer azam tahun ni. Hahahaha.. Apa-apa pun kita cuba satu persatu secara perlahan-lahan sampai berjaya. Ada 11 bulan lagi kan dalam tahun 2016 ni nak complete misi 2016 hihihi..

Hari ni dah masuk hari kedua Mimie bawa bekal ke pejabat. Tengah belajar nak buat bento. Nampak comel je bekal-bekal dan nampak sedap. Mula-mula buat untuk Mimie. Hari ni Mimie buat bekal untuk Mimie, Mr. Tajul tercinta dan anakanda Batrisyia tersayang. 

Hari ni bangun 5.30 pagi. Dah bangun tu golek-golek dulu atas katil sebelum nak melangkah kaki ke toilet. Dah siap mandi Mimie siap-siap terus pakai baju kerja. Lepas siap Mimie turun dapur untuk bersilat di dapur. Pagi-pagi dah siapkan nasi goreng, goreng sosej dan nugget. Lepas tu letak dalam bekal. Lepas subuh. Mr. Tajul siap bawa bekal, salam husband dan Mr. Tajul terus ke tempat kerja.

Pukul 6.15 Mimie gerak anak-anak bangun. Alhamdulillah Kakak Batrisyia dan Kakak Aqilah senang nak urus pagi. Dah siap mandi Mimie suapkan anak-anak makan sambil budak-budak ni tengok Dibo The Gift Dragon Astro channel 613. Sambil tu siap mandikan baby Arissa. Baby Arissa ni bila Mama bangun die pun bangun jugak. So lepas mandi Arissa Mimie suapkan bubur dulu dan susukan badan. 

Settle semua.. Pukul 6.55 pagi dah ke tempat kerja. Hantar Kakak Batrisyia kat LC dulu. Lepas tu hantar Aqilah dan Baby Arissa kat taska di Putrajaya. Then baru masuk office. Punch card pukul 7.55 pagi. Pagi-pagi memang meribut. Tapi seronok uruskan anak-anak depan mata.

Ni bekal Mimie semalam


Ni bekal Batrisia hari ni..

Ni bekal Mimie hari ni..

Ni bekal husband hari ni..

Mimie memang suka masak. Paling suka bila tengok suami dan anak-anak selera makan.. Lagi seronok tau. Macam-macam nak meng'goggle' resepi untuk dicuba. Pengkritik makanan Mimie of coz la husband Mr Tajul ni. Dia punya komen boleh tahan pedas berasap. Kalau kena selera dia pulak bertambah-tambah makan hahaha..

1 comment:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG