Thursday, January 14, 2016

Bekal oh Bekal

Alhamdulillah. Sekarang tiap-tiap hari sediakan bekal untuk Mime, suami dan anak-anak.. Semakin lancar urusan pagi start minggu lepas sampai ke hari ini tak miss lagi penyediaan bekal makanan untuk kami sekeluarga..

Bila dah mula membekal ni anak-anak akan buat permintaan nak makan itu ini untuk membekal. Seronok bila balik sekolah cerita bagitau makan dengan kawan-kawan. So memang kena isi banyak sikit la sebab nak kongsi makan bersama kawan-kawan dieorang ni.

Mr. Tajul pulak suka Mimie sediakan bekal untuknya. Memang seronok dapat sediakan bekal makanan untuk suami dan anak-anak. Lagipun langkah penjimatan. Keluar duit untuk makan tengah hari je. Tu pun Mimie kadang-kadang makan tengah hari sebab malas nak beli makanan kat cafe. hihihi.. Balik makan malam kat rumah je dengan suami dan anak-anak..

Mimie bangun pukul 5 pagi untuk sediakan bekal. pukul 5.45 pagi selalunya dah siap sediakan bekal. Husband lepas Subuh dah gerak ke tempat kerja bersama bekal makanan yang Mimie sediakan. Kemudian Mimie mandi dan siapkan anak-anak. 6.50 pagi dah gerak hantar anak-anak dan ke tempat kerja. Alhamdulillah urusan pagi semakin lancar.

Tapi sejak dua menjak ni jalan nak menuju ke Putrajaya dari rumah semakin perlahan. Makin banyak kereta datang dari arah Sepang menuju ke Putrajaya.. Husband cakap banyak perumahan naik sekitar kawasan rumah Mimie so yang kerja Putrajaya ramai beli rumah area sini. Tambahan pulak kawasan ni memang takde tol.

Ok nak share hasil bekal yang dibuat Mimie. Ni bekal Batrisyia untuk minggu ni. Isnin sampai Khamis iaitu hari ni. Esok masih memikir nak masak apa.. (^_^) Masih diperingkat pembelajaran nak buat bekal dan bento. Semoga Allah permudahkan urusan kami.. Aaaaminnn...

Sandwich telur, kurma dan cekodok pisang.

Spagetti daging dan cucur ayam

meehoon goreng, telur dadar dan epal

Nasi goreng kampung udang dan nugget




4 comments:

  1. Kalau dah biasa dari sekarang lama-lama ianya jadi kebiasaan Mimie. Kakak dah berbelas-belas tahun rasanya buat macam ini sampai pernah hari kakak cuti tapi sebab anak sekolah dan abng kerja kakak tertapau utk kakak sekali. Gelihati... :)

    ReplyDelete
  2. Wah dah rajin membekal...jimat belanjer...tapi kena rajin lah kan... hari2 kene tukar2 menu...nanti anak2 tak jemu...

    ReplyDelete
  3. comelnyaaa plus rajinnnn :)

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG