Monday, March 21, 2016

Fantasy Rain Forest 2016

Mimie nak kongsi satu event yang tersangat la best. LIVE PERFORMANCE tau.. Fantasy Rain Forest di Putrajaya International Convention Center (PICC) Putrajaya.. Harga tiket RM120.00 untuk dewasa dan RM60.00 untuk kanak-kanak.

Okay nak share perkara paling BEST!!!! Siapa nak tengok PERCUMA..???????

Mesti ramai nak tengok free bila tengok harga yang tertera kan... Okay.. Khas buat kakitangan kerajaan sahaja yer.. Siapa nak tengok free sila bawa pass kerja yang menunjukkan anda pekerja kakitangan awam kerajaan ke kaunter tiket di PICC. Satu pass kerja sahaja boleh bawa satu keluarga tau. Ha... Siapa nak kena cepat sebab setahu Mimie free untuk penjawat awam hanya valid untuk bulan Mac ini sahaja. Lepas tu nak tengok kena bayar tau..

Show ni diadakan setiap hari. Isnin sampai Ahad la kan. Pertunjukan bermula pukul 2 dan pukul 6 petang sahaja. Lebih kurang sejam persembahannya. Memang seronok. Ada tarian, pertunjukan silap mata, ballet macam-macam la gabungan dalam show ni. Call dulu sebelum datang tau untuk booking.. So apa tunggu lagi...

Anak-anak dengan Mama

In Hall before performance

Dah abis show boleh ambil gambar dengan dieorang

Nak booking no kat banner ni yer..

Seronok tau...




Friday, March 4, 2016

Daftar Tahun 1 2017

Alhamdulillah.. Selesai pendaftaran anakanda Batrisyia untuk tahun 1 pada tahun hadapan 2017.. Semua dokumen dah selamat dihantar ke sekolah yang dipohon di Putrajaya.. Semoga segala urusan dipermudahkan..

Macam tak percaya anak dah masuk sekolah rendah. Rasa macam dah berumur sangat-sangat hahaha.. Hantar anak sekolah di Putrajaya sebab Mimie kerja Putrajaya. Senang nak uruskan anak tengah hari nanti. Takde la kelam kabut nak balik area Sepang kawasan rumah nak urus anak sekolah. Senang hantar dekat dengan tempat kerja. Tengah hari boleh tengok anak dan uruskan makan tengah hari sebelum anak masuk kelas KAFA pada waktu petang pulak. Mimie balik kerja boleh ambil anak terus dari sekolah. Senang dan mudah. Lagipun adik-adik Batrisyia pun memang dah taska di Putrajaya. Lagi mudah urusan Mama nanti. hihihi..

Hope Encik Suami dapat bertukar ke Putrajaya semula. Lagipun bulan ni dah confirm M48. So boleh la minta tukar Putrajaya. Senang nak bantu Mimie urus anak-anak kat Putrajaya.. huhuhu.. Semoga segala urusan dan perancangan dipermudahkan Allah SWT. Aaaamminnn...

Tuesday, March 1, 2016

8 Tahun Perkenalan

Alhamdulillah.. 1 Mac 2008 ~~~ 1 Mac 2016... 8 tahun perkenalan dan menyelami hati budi masing-masing.. Terima kasih suamiku hadir dalam hidup sebagai teman hidup di kala suka dan duka. Terima kasih atas kesabaran menghadapi perangai dan tingkah laku pelik isterimu ini... Hihihi

Semoga kasih sayang dan kebahagiaan sentiasa milik kita bersama.. Terima kasih Allah kerana hadirkan insan yang baik dalam hidup ini sebagai suami dan ayah kepada anak-anakku.. Alhamdulillah...


WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG