Friday, March 4, 2016

Daftar Tahun 1 2017

Alhamdulillah.. Selesai pendaftaran anakanda Batrisyia untuk tahun 1 pada tahun hadapan 2017.. Semua dokumen dah selamat dihantar ke sekolah yang dipohon di Putrajaya.. Semoga segala urusan dipermudahkan..

Macam tak percaya anak dah masuk sekolah rendah. Rasa macam dah berumur sangat-sangat hahaha.. Hantar anak sekolah di Putrajaya sebab Mimie kerja Putrajaya. Senang nak uruskan anak tengah hari nanti. Takde la kelam kabut nak balik area Sepang kawasan rumah nak urus anak sekolah. Senang hantar dekat dengan tempat kerja. Tengah hari boleh tengok anak dan uruskan makan tengah hari sebelum anak masuk kelas KAFA pada waktu petang pulak. Mimie balik kerja boleh ambil anak terus dari sekolah. Senang dan mudah. Lagipun adik-adik Batrisyia pun memang dah taska di Putrajaya. Lagi mudah urusan Mama nanti. hihihi..

Hope Encik Suami dapat bertukar ke Putrajaya semula. Lagipun bulan ni dah confirm M48. So boleh la minta tukar Putrajaya. Senang nak bantu Mimie urus anak-anak kat Putrajaya.. huhuhu.. Semoga segala urusan dan perancangan dipermudahkan Allah SWT. Aaaamminnn...

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG