Thursday, April 21, 2016

GBSB Family Fun Day Part 2

Ok sambung entry family day GBSB.. Jangan kecam i tau.. Lewat post entry sebab masalah tak dapat dielakkan beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah semoga hari ini lebih baik dari semalam. Aaammiinn...

Entry kali ni nak share mengenai sukan yang dibuat sepanjang family day.. Havoc dan seronok games yang dibuat. Tahniah AJK semua.. Kami sekeluarga happy sangat-sangat. Balik dengan hadiah penuh bonet kereta. Bukan penuh dengan hadiah games jer tapi penuh dengan hadiah sponsor.. 

Sebelum main games ambil gambar yer dulu mak-mak semua. Kenangan sampai bila-bila.. hehehe

Saranghee i love you mommiesss....

Games kat bawah ni isi air dalam botol guna span. Tak menang hadiah games ni. Tapi anak-anak seronok.. Hahaha.. Budak-budak kan.. Kalau dah main air tau tau jer la dieorang ni..

Aqilah isi air dalam botol
Games bawah ni antara ayah dan anak. Games bawa bola pingpong dalam sudu. Nampak tak si kecil Aqilah kat dalam gambar tu. Time ni nak ambil bola pingpong dari ayahnya. Haish.. Guling-guling nak.. Sabar jer la anak... hihihihi

Games bawa bola pingpong dalam sudu ayah dan anak
Gambar kat bawah ni menang games bawa bola ping pong dalam sudu. Mimie sponsor hadiah. Mimie yang menang. Buat 3 round. So ada lagi pemenang lain untuk round 2 dan 3..

Yeah..!!! Menang hadiah games bola pingpong dalam sudu
Games kat bawah ni untuk anak umur 2 tahun ke bawah. Kategori Lesen L. Lesen L untuk anak-anak merangkak, meniarap ke arah Mama masing-masing. Lesen P untuk anak-anak yang dan boleh berjalan dan berlari. Arissa masa 1st round buat tak tahu jer Mimie duduk depan dia. Blurr agaknya ramai orang sorak-sorak masa ni. Haaha.. Tapi 2nd round dapat hadiah menang no 1. Terima kasih Ros Anis sponsor hadiah.. (^_^)

Games anak lesen L nama games merangkak meniarap ke mak cun

Yeah..!!! Menang no 1 2nd round. TQ Anis sponsor hadiah game ni
 Budak kecil comel dua orang ni main pasir tengah panas. orang lain sibuk main games masa ni dieorang main pasir lukis-lukis. Batrisyia ni pemalu sikit berbanding Aqilah bila nak berkawan. Tapi kalau dah berkawan memang kawan jer ingat. Mama Ayah dan adik-adik pun dia tak hirau.. Alahai kakak...

Batrisyia dengan kawan baru imannsophea
Games kat bawah ni nama permaidani ajaib. Isteri dan suami berdiri atas sekeping kertas A4. Bila ramai yang lulus sama-sama berdiri atas kertas A4, so ditukar kepada kertas A5. Memang kecik. Kaki Mr. Tajul pun dah lebih kertas A5 tau haha. Games ni memang tak menang la. Nak suruh Mr. Tajul dukung tak sanggup i dengan berat badan yang chubby sekarang hihihi... Tapi games ni memang seronok giler.. hahaha

Games Permaidani Ajaib
 Games kat bawah ni games suamiku pocong. Kaki diikat dan perlu melompat ke arah isteri masing-masing yer.. Jangan salah isteri sudah hahaha.. Games ni pun tak menang tapi seronok sangat hahaaha..
Games Suamiku pocong
Games kat bawah ni tiup belon kemudian ikat belon sebelum duduk. Okay.. Memang win tau. TQ ciknaa sponsor hadiah game ni.. hehehe..

Yeah!! Menang tiup belon dan duduk atas belon
Okay tamat entry games.. Apa-apapun memang enjoy.. Hope dapat jumpa korang lagi dalam masa terdekat ni.. hehehe..

Wednesday, April 20, 2016

Hidung anak berdarah..???

Alhamdulillah.... Puteri kami Aqilah dah discaj semalam. Nak menunggu discaj dari pagi sampai petang baru dapat discaj. Apapun duduk berehat di rumah lebih nyaman berbanding dengan hospital hihihi...

Aqilah dan menjalani minor operation untuk laser kawasan hidung yang kerap berdarah. Hidung berdarah memang selalu berlaku pada sesetangah kanak-kanak. Adik lelaki Mimie pun kerap berdarah hidung masa kecil. Bila makin dewasa ia akan hilang sendiri.

Tapi dengan zaman serba moden dan canggih ni, ada kaedah perubatan yang dapat cegah hidung berdarah. Masa doktor masukkan kamera ke dalam hidung Aqilah kami nampak satu kawasan berwarna merah. Kawasan tersebut yang akan mengeluarkan darah sekiranya Aqilah demam dan bermain di cuaca yang panas.

Prosedur rawatan dalam setengah jam dah selesai. Alhamdulillah. Buat masa sekarang nak pantau Aqilah supaya hidung tak berdarah kembali. Semoga anak-anak kami diberikan kesihatan selalu.. Aaaammiiinn...


Monday, April 18, 2016

Warded again

Salam subuh pembaca Mimie... Malam tadi dah check in semula KPJ Kajang Specialist untuk anakanda Aqilah. Start pukul 2.30 pagi tadi Aqilah dah mula puasa. Hari ni ade minor operation untuk masalah hidung yang selalu bleeding. Minor operation ni untuk pastikan dalam tempoh 1-2 tahun ni masalah hidung berdarah tak kembali lagi. InshaaAllah..

Sekarang puteri masih beradu lagi. Pagi ni lepas suami kesayangan Mr. Tajul hantar kakak Batrisyia ke sekolah, Mr. Tajul akan datang untuk teman Mimie bersama Aqilah. Semoga urusan pagi berjalan lancar. Semoga anak-anak Mama dan Ayah cepat sembuh dan sihat sentiasa.. Aaammminnn...

Tuesday, April 12, 2016

Ofismate baru

Amboii... Kemain tekak jepun tengah hari ni. Sebenarnya kat ofis Mimie dapat kawan ofis baru. Panggilan manja Ekin. Muda 2 tahun dari Mimie. Masih bujang hihihi.. Nasib baik sekepala. So waktu rehat kami memang banyak agenda bersama. Rakan projek ahakss...

Hari ni tengah hari buta waktu lunch hour boleh pulak kami melantak durian kat tepi jalan haha. Nasib geng sekepala haha. 

Lepas makan durian baru masuk mall untuk sejukkan badan. Bahaya beb kalau kena stroke haba dengan cuaca panas sekarang. Banyak minum air masak okayyy... 

Penat jalan nak balik ofis tapau pulak sushi untuk lunch. Haish.. Hancusss diet kak ton tau... Hik hik hik... Okay.. Back to work...

Isi tebal.. Lepas hajat nak makan durian.. 

Tekak ala-ala jepun konon hihihi

Monday, April 11, 2016

GBSB Family Fun Day Part 1

Alhamdulillah... Gojes blogger super mom and baby (GBSB) Family Fun Day selesai dengan jayanya.. Banyak nak menulis. So nak kena bahagi part by part la..

Sebenarnya excited nak menulis tak tahu nak coret mana satu ni. Hahaha.. Okay.. Mimie mula dengan sejarah dulu la hihihi.. Mimie join Mak-mak gojes blogger ni tahun lepas. Itupun diperkenalkan oleh Allene. Hehehe. Alhamdulillah. Mak-mak gojes blogger ni memang sporting dan mesra hihi..

Ni 1st time gathering dengan social network. Mula-mula risau jugak sebab tak kenal siapa-siapa dalam  group ni. Tapi alhamdulillah.. Semua mak-mak gojes ni memang mudah mesra dan saling bantu membantu. Anak-anak pun happy dapat kawan baru. Mr. Tajul pun nampak seronok dengan program ni. InshaaAllah next time ade gathering nak jumpa korang lagi tau.. huhuhu

GBSB Family Fun Day ni kitaorang buat di Morib. Tempahan dibuat di Gold Coast Morib Theme Park. 2D 1N. 09 April 2016 sehingga 10 April 2016. Acara gempak berjalan 10 April 2016 di pantai. Anak-anak kemain excited dengan pantai. Semua duk sibuk main pasir hahaha.. Duk bandar tak selalu jumpa pasir kan.. Nak ajak bergambar pun susah sebab nak main pasir je kerja hahaha..

Terima kasih atas sponsor sepanjang program berlangsung.. Penuh bonet kereta bawa balik barang sponsor dan hadiah yang dimenangi.. Seronok sangat. Seronok dpat berkenalan dengan semua yang hadir. Senorok dengan program yang berjalan dengan jayanya. Seronok dengan permainan yang tak pernah main sebelum ni. oKAY.. Nak belanja sikit gambar. Next entry kita sambung gambar yang lain pulak.

Perjalanan ke Morib

Ayah with ladies...

Our little princesses

Mak-mak Gojes super sporting

Ayah-ayah Gojes yang sado

Hadiah tukar-tukar Mimie ke Ciknaa

Hadiah tukar-tukar Nadt pada Mimie. TQ nadt

Special Thanks to our Lovely Sponsors For this event

Laman IG
@barangbaby_fingertips.shop
@allaboutprinting
@comeystuff.instantshawl
@ddsewwithlove
@alysapunye
@amerislovely
@sugarlandbyrara
@umisue_studio
@ninjaklickz
@aidanstitch
@vanillavendor
@ekinjamalstudio
@dolceryna
@projekniaga

Laman FB
Pengedar Mak Pon Perencah Mee Bandung
Mee Siput Gorgelicious

Friday, April 8, 2016

Dugaan April 2016

Dah lama tak bersiaran di blog kesayangan.. Alhamdulillah.. Kemabli untuk mengaktifkan blog kesayangan..

Dugaan di bulan April. Mimie sekarang sibuk dengan urusan kerja. Tersangat sibuk sampai balik 2-3 pagi. Sabtu Ahad kerja. Gara-gara operasi di buat di cawangan Mimie. Sedang rancak bekerja tiba-tiba hari ahad 03.04.2016 puteri kedua kami Aqilah berdarah hidung. Berdarah hidung pada Aqilah adalah biasa sebab setiap bulan kalau cuaca panas atau badan Aqilah panas memang hidung Aqilah cepat berdarah. Mimie dah pernah tanya doktor pakar ENT di Putrajaya. Jawapannya adalah panas dalam menyebabkan hidung berdarah.

Tetapi Ahad baru-baru ni hidung Aqilah berdarah sehingga keluar ke mulut. Mimie terus bawa ke Nilai Medical Center. Doktor periksa suhu Aqilah tinggi 38.5 darjah celcius. So masuk ubat di punggug. Kemudian Mimie minta warded sebab start hari isnin dan selasa memang hidung Aqilah dah mula berdarah. Tapi tak seteruk bleeding hari ahad tu. Then doktor cakap its normal. Saya tak boleh bagi warded sebab just demam dan cuaca di Nilai ni memang sangat panas sekarang. Lagipun nanti banyak soal jawab dengan insuran. Rasa geram bila doktor cakap macam tu bila Mimie cakap anak saya cover insurance.

Lepas tu doktor bagi Mimie ubat demam sahaja dan boleh balik. Ok. Mimie redha dan terima je la. Dia kan doktor. Takkan kita nak memamndai-mandai pulak kan.

Lepas balik tu, masa maghrib hidung Aqilah start heavy bleeding sampai keluar ikut mulut semula. Tetiba jadi panas tau dengan doktor dekat Nilai Medical Center tu. Mimie blacklist terus hospital tu. Geram tau...!!!!

Last sekali Mimie dan suami bawa anak ke KPJ Kajang Specialist Hospital. So Aqilah terus warded. Tak payah nak mintak-mintak. Doktor nak pantau keadaan Aqilah. So dah jumpa doktor Pakar ENT Dr. Ramanni. Then masuk kamera dalam hidung. Nampak kawasan hidung Aqilah yang berdarah. Nak terang dalam bahasa doktor memang tak faham. Tapi yang kami difahamkan hidung Aqilah senang berdarah sebab dinding hidung nipis. Kalau korek dalam-dalam pun boleh senang berdarah. Kalau cuaca panas dan demam pun senang berdarah. Doktor cakap ini perkara normal sebab ada setengah kanak-kanak mengalami perkara ni. Bila meningkat dewasa keadaan ni akan ok. Lega dengar penerangan doktor.

Tapi untuk tempoh 1-2 tahun ni cara nak cegah adalah buat rawatan laser pada hidung untuk cegah kawasan yang sedar berdarah tu tertutup. Doktor guna istilah bakar kawasan tersebut. Rawatan ambil masa dalam 10 minit. So next appoinment minggu depan.

Semoga anakanda cepat sembuh.. Alhamdulillah dah keluar semalam.. Semoga lebih baik dari sebelumnya.. Aaaamminn..






WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG