Friday, April 8, 2016

Dugaan April 2016

Dah lama tak bersiaran di blog kesayangan.. Alhamdulillah.. Kemabli untuk mengaktifkan blog kesayangan..

Dugaan di bulan April. Mimie sekarang sibuk dengan urusan kerja. Tersangat sibuk sampai balik 2-3 pagi. Sabtu Ahad kerja. Gara-gara operasi di buat di cawangan Mimie. Sedang rancak bekerja tiba-tiba hari ahad 03.04.2016 puteri kedua kami Aqilah berdarah hidung. Berdarah hidung pada Aqilah adalah biasa sebab setiap bulan kalau cuaca panas atau badan Aqilah panas memang hidung Aqilah cepat berdarah. Mimie dah pernah tanya doktor pakar ENT di Putrajaya. Jawapannya adalah panas dalam menyebabkan hidung berdarah.

Tetapi Ahad baru-baru ni hidung Aqilah berdarah sehingga keluar ke mulut. Mimie terus bawa ke Nilai Medical Center. Doktor periksa suhu Aqilah tinggi 38.5 darjah celcius. So masuk ubat di punggug. Kemudian Mimie minta warded sebab start hari isnin dan selasa memang hidung Aqilah dah mula berdarah. Tapi tak seteruk bleeding hari ahad tu. Then doktor cakap its normal. Saya tak boleh bagi warded sebab just demam dan cuaca di Nilai ni memang sangat panas sekarang. Lagipun nanti banyak soal jawab dengan insuran. Rasa geram bila doktor cakap macam tu bila Mimie cakap anak saya cover insurance.

Lepas tu doktor bagi Mimie ubat demam sahaja dan boleh balik. Ok. Mimie redha dan terima je la. Dia kan doktor. Takkan kita nak memamndai-mandai pulak kan.

Lepas balik tu, masa maghrib hidung Aqilah start heavy bleeding sampai keluar ikut mulut semula. Tetiba jadi panas tau dengan doktor dekat Nilai Medical Center tu. Mimie blacklist terus hospital tu. Geram tau...!!!!

Last sekali Mimie dan suami bawa anak ke KPJ Kajang Specialist Hospital. So Aqilah terus warded. Tak payah nak mintak-mintak. Doktor nak pantau keadaan Aqilah. So dah jumpa doktor Pakar ENT Dr. Ramanni. Then masuk kamera dalam hidung. Nampak kawasan hidung Aqilah yang berdarah. Nak terang dalam bahasa doktor memang tak faham. Tapi yang kami difahamkan hidung Aqilah senang berdarah sebab dinding hidung nipis. Kalau korek dalam-dalam pun boleh senang berdarah. Kalau cuaca panas dan demam pun senang berdarah. Doktor cakap ini perkara normal sebab ada setengah kanak-kanak mengalami perkara ni. Bila meningkat dewasa keadaan ni akan ok. Lega dengar penerangan doktor.

Tapi untuk tempoh 1-2 tahun ni cara nak cegah adalah buat rawatan laser pada hidung untuk cegah kawasan yang sedar berdarah tu tertutup. Doktor guna istilah bakar kawasan tersebut. Rawatan ambil masa dalam 10 minit. So next appoinment minggu depan.

Semoga anakanda cepat sembuh.. Alhamdulillah dah keluar semalam.. Semoga lebih baik dari sebelumnya.. Aaaamminn..






1 comment:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG