Thursday, April 21, 2016

GBSB Family Fun Day Part 2

Ok sambung entry family day GBSB.. Jangan kecam i tau.. Lewat post entry sebab masalah tak dapat dielakkan beberapa minggu yang lepas. Alhamdulillah semoga hari ini lebih baik dari semalam. Aaammiinn...

Entry kali ni nak share mengenai sukan yang dibuat sepanjang family day.. Havoc dan seronok games yang dibuat. Tahniah AJK semua.. Kami sekeluarga happy sangat-sangat. Balik dengan hadiah penuh bonet kereta. Bukan penuh dengan hadiah games jer tapi penuh dengan hadiah sponsor.. 

Sebelum main games ambil gambar yer dulu mak-mak semua. Kenangan sampai bila-bila.. hehehe

Saranghee i love you mommiesss....

Games kat bawah ni isi air dalam botol guna span. Tak menang hadiah games ni. Tapi anak-anak seronok.. Hahaha.. Budak-budak kan.. Kalau dah main air tau tau jer la dieorang ni..

Aqilah isi air dalam botol
Games bawah ni antara ayah dan anak. Games bawa bola pingpong dalam sudu. Nampak tak si kecil Aqilah kat dalam gambar tu. Time ni nak ambil bola pingpong dari ayahnya. Haish.. Guling-guling nak.. Sabar jer la anak... hihihihi

Games bawa bola pingpong dalam sudu ayah dan anak
Gambar kat bawah ni menang games bawa bola ping pong dalam sudu. Mimie sponsor hadiah. Mimie yang menang. Buat 3 round. So ada lagi pemenang lain untuk round 2 dan 3..

Yeah..!!! Menang hadiah games bola pingpong dalam sudu
Games kat bawah ni untuk anak umur 2 tahun ke bawah. Kategori Lesen L. Lesen L untuk anak-anak merangkak, meniarap ke arah Mama masing-masing. Lesen P untuk anak-anak yang dan boleh berjalan dan berlari. Arissa masa 1st round buat tak tahu jer Mimie duduk depan dia. Blurr agaknya ramai orang sorak-sorak masa ni. Haaha.. Tapi 2nd round dapat hadiah menang no 1. Terima kasih Ros Anis sponsor hadiah.. (^_^)

Games anak lesen L nama games merangkak meniarap ke mak cun

Yeah..!!! Menang no 1 2nd round. TQ Anis sponsor hadiah game ni
 Budak kecil comel dua orang ni main pasir tengah panas. orang lain sibuk main games masa ni dieorang main pasir lukis-lukis. Batrisyia ni pemalu sikit berbanding Aqilah bila nak berkawan. Tapi kalau dah berkawan memang kawan jer ingat. Mama Ayah dan adik-adik pun dia tak hirau.. Alahai kakak...

Batrisyia dengan kawan baru imannsophea
Games kat bawah ni nama permaidani ajaib. Isteri dan suami berdiri atas sekeping kertas A4. Bila ramai yang lulus sama-sama berdiri atas kertas A4, so ditukar kepada kertas A5. Memang kecik. Kaki Mr. Tajul pun dah lebih kertas A5 tau haha. Games ni memang tak menang la. Nak suruh Mr. Tajul dukung tak sanggup i dengan berat badan yang chubby sekarang hihihi... Tapi games ni memang seronok giler.. hahaha

Games Permaidani Ajaib
 Games kat bawah ni games suamiku pocong. Kaki diikat dan perlu melompat ke arah isteri masing-masing yer.. Jangan salah isteri sudah hahaha.. Games ni pun tak menang tapi seronok sangat hahaaha..
Games Suamiku pocong
Games kat bawah ni tiup belon kemudian ikat belon sebelum duduk. Okay.. Memang win tau. TQ ciknaa sponsor hadiah game ni.. hehehe..

Yeah!! Menang tiup belon dan duduk atas belon
Okay tamat entry games.. Apa-apapun memang enjoy.. Hope dapat jumpa korang lagi dalam masa terdekat ni.. hehehe..

2 comments:

  1. Kakak suka tengok games anak lesen L itu Mimie..
    Mesti happening sangat kan:)

    ReplyDelete
  2. best kan..haa tau depan wajib join lg tau! hehe..

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG