Wednesday, April 20, 2016

Hidung anak berdarah..???

Alhamdulillah.... Puteri kami Aqilah dah discaj semalam. Nak menunggu discaj dari pagi sampai petang baru dapat discaj. Apapun duduk berehat di rumah lebih nyaman berbanding dengan hospital hihihi...

Aqilah dan menjalani minor operation untuk laser kawasan hidung yang kerap berdarah. Hidung berdarah memang selalu berlaku pada sesetangah kanak-kanak. Adik lelaki Mimie pun kerap berdarah hidung masa kecil. Bila makin dewasa ia akan hilang sendiri.

Tapi dengan zaman serba moden dan canggih ni, ada kaedah perubatan yang dapat cegah hidung berdarah. Masa doktor masukkan kamera ke dalam hidung Aqilah kami nampak satu kawasan berwarna merah. Kawasan tersebut yang akan mengeluarkan darah sekiranya Aqilah demam dan bermain di cuaca yang panas.

Prosedur rawatan dalam setengah jam dah selesai. Alhamdulillah. Buat masa sekarang nak pantau Aqilah supaya hidung tak berdarah kembali. Semoga anak-anak kami diberikan kesihatan selalu.. Aaaammiiinn...


No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG