Sunday, May 29, 2016

Hello Husband...!!!!




Suka sangat gambar ni.. Hari ni ada majlis berendoi puteri kami ketiga. Nanti story yer.. Saja suka share gambar ni sebab nampak hubby sweet jer hehehe.. (^_^)



Thursday, May 26, 2016

Happy Anniversary #33


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda tercinta yang ke 33. Semoga Allah sentiasa membahagiakan abah mama dan diberikan kesihatan, keberkatan hidup, rezeki yang melimpab ruah dan bahagia dengan kami anak-anak menantu serta cucu.. Terima kasih Abah Mama untuk segalanya.. Terima kasih Allah kerana memberi abah mama terbaik dalam hidup kami semua





Wednesday, May 25, 2016

Medical Kad Perlu ker..????

Hari ni nak story tentang medical kad ataupun insuran. Kalau kita jalan-jalan mana-mana mesti ada yang promote medical card, insuran pada kita. Selalunya kita akan mengelak, taknak, tak berminat dan macam-macam alasan kita bagi kan..

Untuk makluman Mimie bukan la agen insuran atau nak promote mana-mana insuran. Cuma nak cerita apa yang Mimie dan keluarga dapat melalui penggunaan Medical card ni. 

Kesedaran penting tentang pengambilan insuran sejak tahun 2011. Lepas dapat Batrisyia anak sulung kami. Lepas tu Mimie dan suami ambil medical kad untuk diri masing-masing. Kami pilih PruBSN Takaful. Mr. Tajul ambil takaful sebab more islamic dan menolak untuk mengambil konvensional insuran.

Pada awalnya, kami bayar tiap-tiap bulan insuran tanpa menggunakan langsung kemudahan medical kad ni. Bila lahir puteri kedua kami Aqilah kami lindungi juga dengan insuran yang sama. Anak ketiga kami Arissa yang baru umur setahun pun kami lindungi dengan insuran yang sama juga.

Kami start guna medical kad ni masa Mr. Tajul kena denggi dan warded di KMC Kuantan. Masa ni baru tahu kalau kita masuk wad tak perlu bayar apa-apa sebab insuran bayar semua. Lepas tu siap dapat cek dari elaun masuk Wad RM350 satu malam. Mr. Tajul masuk 4 malam so dapat la seribu lebih. Dah la masuk hospital private free siap dapat duit lagi.

Lepas tu Aqilah anak kedua kami kerap berdarah hidung. Kami masuk ke KPJ Kajang. Perubatan dan operation semua dibayar insurans dan Aqilah dapat cek elaun masuk wad RM150 satu malam. Aqilah pun dah dapat cek RM1400++ masa masuk wad hari tu. Baru la kami sedar penggunaan medical card penting untuk rawatan yang cepat di hospital swasta. 

Ramai yang cakap ala bayar bulan-bulan bukan masuk wad tiap bulan. Hurmmm... Mimie nak terang sikit kat sini bila ambil insuran bukan semata-mata untuk medical card sahaja. Tapi kita boleh buat saving. YESSS... Simpanan untuk anak-anak sambil dapat kelebihan rawatan hospital swasta. Mula-mula kami suami isteri ni memang tak ambil kisah tentang insuran sebab kami kakitangan awam yang boleh ambil rawatan di hospital kerajaan. Tapi bila difikirkan kembali dengan simpanan melalui insuran dan kelebihan medical card ni tak rugi pun bayar bulan-bulan.

Ni lah cara simpanan kami untuk anak-anak selain menyimpan di Tabung Haji masing-masing. Memang belanja bulanan kami agak tinggi. Tapi untuk kesihatan dan simpanan mendatang kami anggap ia sebagai satu pelaburan yang bijak dan baik. Itu pendapat kami.. (^_^)

Tuesday, May 24, 2016

Macam-macam perkara

Pening... Pening.. Haish.. Urusan kerja perlu settle minggu ni. Encik husband minta Mimie extend cuti la pulak. Nak balik kampung rumah in law. Yelah dah alang-alang balik Kuantan minggu ni so kena la lajak ke Dungun rumah in law. Ikut highway pantai timur 1 jam dah sampai dari Kuantan. 

Laporan banyak nak kena buat. Laporan cawangan dengan inspektorat nak datang semak perjalanan operasi cawangan. Haish.. busy dengan laporan sana-sini. Tu tak termasuk kertas kerja sendiri nak submit minggu ni jugak. Uwaaa.... My lovely bosss.... Jangan cantas cuti iiiiii..... Huhuhu..

Sambil settle kerja sambil cari barang-barang untuk persiapan majlis. Tempahan buaian berendoi settle. Goodies dalam proses. Baju nak pakai majlis supplier baru pos hari ni. Dah tempah minggu lepas. Biasa la pre order take time. Tapi bila supplier dah pos tadi lega sikit. Hope esok sampai. Barangan untuk party birthday decoration dah sampai. Esok nak pergi pick up kat pos laju Putrajaya. Kek tempah kat Kuantan je la balik Jumaat ni. Ok.. Tu je setakat ni.

Ok nak balik ambil anak-anak. Hari ni sis in law datang nak tumpang rumah 2 hari. Nak balik masak macam biasa tapi kena lebihkan portion pesan husband. Ok bye bye...

Monday, May 23, 2016

Persiapan Majlis-majlis

Nampak tak "majlis-majlis" tajuk dia.. Nampak bebenor banyak kan majlis. Sebenarnya satu hari je majlis tapi digabungkan jadi banyak hahaha..

Majlis Ahad ni di teratak ayahanda dan bonda Mimie

1. Majlis Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda 33 Tahun             
26 Mei

2. Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ayah Cik (Adik Lelaki Mimie)                   
27 Mei

3. Majlis Ulang Tahun Kelahiran Nur Aqilah Humaira (Puteri Mimie)          
30 Mei

4. Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda (Abah Mimie)                            
05 Jun

5. Malis Aqiqah dan Berendoi Muhammad Aqeel Amza (Anak sedara Mimie yang baru)

6. Majlis Berendoi Nur Arissa Dayana (Puteri Mimie)

Minggu ni Abah Mimie ada buat Majlis Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda Mimie yang ke 33 tahun. Alang-alang tu Mimie dan kakak Mimie menumpang untuk Majlis Aqiqah dan Berendoi. Kakak Mimie nak buat Majlis Aqiqah untuk baby Aqeel. Mimie dan buat Aqiqah untuk Arissa masa raya haji tahun lepas. Tapi Mimie tak buat berendoi. So alang-alang dah buat majlis terus buat Berendoi untuk anak dara bongsu Mimie ni.

Beria pulak bonda Mimie carikan Marhaban untuk majlis ni. Seronok betul Tok Abah dan Tok Mama ni cucu-cucu balik nak celebrate kat rumah. hurrmmm.. Dari kecil-kecil majlis tak pasal-pasal majlis besar jadinya.. Hahahaha

Majlis 29 Mei ni. Hari Lahir Aqilah 30 Mei. So alang-alang tu jugak Mimie buat majlis hari lahir untuk puteri kedua Mimie ni. Tema birthday kali ni FROZEN. Alahai.. Dah anak kita gugurl kan.. Mak ikut jer nak oiii... Persiapan untuk majlis hari lahir ni hampir siap. Tengah set up untuk candy buffet tema FROZEN. Mimie buat sendiri tau. Nanti masa majlis kita tengok hasil dia. hehehe

Oleh sebab semua adik beradik kami balik. So sambut la bermacam-macam majlis. Bukan senang nak kumpul semua ada. Tambah-tambah adik lelaki Mimie yang kerja polis tu. Lagi la payah cuti. Hope raya tahun ni semua ada dan meriah. Raya kali ni turn rumah mak ayah Mimie hihihi...

Friday, May 20, 2016

Bebas Hutang PTPTN

Alhamdulillah.. Jumaat penuh barakah... Selesai melunaskan pinjaman PTPTN semalam. Hari ni dah terima emel dari PTPTN yang menyatakan penyata Mimie dah update RM0.00. Lega dapat selesaikan hutang ni. Alhamdulillah. Semalam ke Kaunter PTPTN di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya. Yang tu terdekat di pejabat Mimie.

Sebelum ni Mimie buat potongan gaji. Lepas bersalin anak kedua 2013 PTPTN stop potongan gaji Mimie. Bila call semula PTPTN rupanya perjanjian tamat. So kena buat penstrukturan semula. Tahun lepas baru Mimie struktur semula. Hahaha. Lepas tu start bayar bulan-bulan semula potongan gaji. Sekarang Alhamdulillah. Lega dapat langsai habis.. Husband Mimie 2012 kot dah siap settle bayar habis.Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan urusan Mimie dan keluarga lepas ni. Macam-macam perancangan nak kena buat. Tahun depan rumah Mimie di Putrajaya akan siap. Akan bermula potongan pinjaman perumahan pula lepas ni. So sekarang kena start menabung dengan lebih agresif hahaha..

Untuk tabungan anak-anak nanti Mimie story. Tabungan untuk anak-anak penting untuk masa depan mereka. So kami suami isteri dah mula start anak-anak kami bayi lagi. (^_^). Next entry kita story yer..


Wednesday, May 18, 2016

Sabar jer la...


Korang pernah tulis blog panjang-panjang guna android lepas tu hilang...???? Apa perasan korang..????

Huhu.. Sabar jer la. Entry dan gambar-gambar tentang UTC Kuantan dah siap cuma nak post jer. Tetiba hilang. Stressss makkk....

Tak mau la tulis entry tu lagi haha... Okay readers.. Nak siap balik. Tengah memikir menu nak buka puasa dengan encik suami. Terima kasih cinta teman isteri kamu ni puasa. Hihihi



Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru..!!!


Selamat Hari Guru buat semua guru-guru terutama adik lelaki Mimie Cikgu Shafiq dan isteri Teacher Nysa.. Jasamu guru tidak terbalas.. Terima kasih Cikguuu...!!!!



 Ni hadiah Kakak Batrisyia nak bagi pada teacher di Little Caliphs Kindergarten. Sambutan Hari Guru hari Rabu ni dengan tema blue and pink.



Ni hadiah hari guru buat teacher Arissa Dayana. Terima kasih cikgu jaga anak kami sebaiknya.


Aqilah takde hadiah untuk cikgu sebab Aqilah tak datang sekolah. Sekarang ada di Kuantan sebab nak Bonda Mimie jaga dan pantau Aqilah lepas warded minggu lepas. Minggu cuti sekolah nanti baru balik Kuantan semula ambil Aqilah. Haisshhh.. Rindu mama kat kamu Aqilah. Telefon sahaja yang jadi penghubung kita dengan ayah, kakak dan adik.


Ok. Nanti kita sambung story. Mimie hutang cerita UTC Kuantan dengan masakan pahang kan.. Okay..



Saturday, May 14, 2016

Balik Kampung Yeahhh..!!!


Pagi tadi bertolak balik Kuantan. Rindu Mama Abah kita la kan. Walaupun dah beranak tiga ni. Rindu Mama Abah dan nak manja dengan Abah Mama memang tak dapat dipisahkan.

Tengah hari tadi dah sampai. Ya Allah.. Panasnya cuaca di Kuantan. Kalau kat Selangor dan Putrajaya tiap- tiap petang hujan. Siap ribut taufan lagi. Kuasa Allah yang Maha Esa..

Balik Kuantan walaupun sekejap dah siap rangka program nak buat.. Hahaha. Tadi ke UTC Kuantan. Dapatkan penyata PTPTN. InshaaAllah minggu depan dah boleh settle pinjaman PTPTN. Mr. Tajul dah lama settle. Jelous I.. Huhuhu

Program esok nak ke UTC Kuantan lagi. Hahaha. Kerap bebenorkan pergi. Pagi esok ada pasar tani besar depan UTC. Nak cari ikan patin. Nak minta Mama Mimie masak patin tempoyak. Waahhh... Sedapnya.. Sabar.. Sabar.. Tunggu esok yer.. Lepas tu nak cari sambal hitam pahang.. Ya ammpunnn... Kemain lagi ko yer Mimie.. Misi mencari masakan pahang sejati. Muahaahhaha..

Okay.. Kita bersiaran lagi esok. Mimie tak sabar nak story pasal pasar tani UTC esok. Ok papai...



Thursday, May 12, 2016

Arissa turn 1



28 April 2016 genap usia anakanda Nur Arissa Dayana binti Tajul Ariffin setahun. Arissa dah mula berjalan masa usia setahun. Dan gigi baru tumbuh start usia setahun..



Celebrate bersama sepupu mereka ni. Bukan main seronok ramai yer.. Simple menu tapi penuh makna buat semua. Mama order japanese cream puff dengan vanilla custard. Dan kek coklat cheese tema little ponny..



Semoga anak-anak Mama Ayah menjadi anak solehah dan diberikan kesihatan, rahmat Allah dan diberi keberkatan di dunia dan akhirat.. Aaammminnn



Monday, May 9, 2016

Selamat Datang Syaaban...

Assalamualaikum dan Selamat pagi.. Permulaan pagi hari ini dengan keceriaan dan kebahagiaan. Selamat Hari Ibu buat semua kenalan yang mempunyai cahaya mata. Semoga dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.. Aaamminnn..

Alhamdulillah dah masuk bulan Syaaban. Dah semakin menghampiri Ramadhan.. Bulan Syaaban bulan penuh kebaikan. So niat dalam hati untuk pekara baik-baik, InshaaALLAH akan datang perkara baik.. Bulan ni boleh perbanyakkan puasa dan amalan baik. Semoga sentiasa istiqamah dan berterusan sepanjang masa di sepanjang kehidupan ini. Aaaminn..

Bulan Syaaban terletak antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Bulan Rejab mempunyai Israk dan Mikraj manakala bulan Syaaban mempunyai malam Nisfu Syaaban. Bulan Ramadhan mempunyai Malam Lailatulqadar. SubhanaAllah.. Allah sayangkan umatNya dengan memberikan pelbagai fadhilat di setiap bulan-bulan Islam.. Sama-samalah kita mengambil manfaatnya..

Sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban maka akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan..

Friday, May 6, 2016

Semangat Baru di bulan Mei..

Tajuk tak boleh blah. Bab tajuk nak letak ni memang pening. Hentam saja lah.. hihihi...

Jumaat penghulu sekalian hari... Hai readers... Kembali bersiaran.. Kesibukan melanda beberapa minggu ini. Bulan Mei sudah kembali. Hampir juga ke bulan Ramadhan. Semoga dapat bertemu di bulan mulia ini. Semoga bulan Rmadhan kali ini lebih manfaat dari bulan sebelumnya. Aaaamminnn..

Blog berwajah baru. Ceeewaaahhh.. Konon-konon nak dapat balik semangat menulis blog. hehehe.. Nak cerita beberapa hari ni yang Mimie lalui. Alhamdulillah selesai seminggu urusan kenaikan pangkat di akademi kami. Semoga Allah melimpahkan rezeki kami sekeluarga... Aaaammiinnn...

Urusan keluarga seperti biasa. Pagi uruskan anak-anak. Balik kerja masak makan malam. Bangun pagi pukul 5 sediakan sarapan pagi dan bekal buat suami tercinta dan anak-anak syurga kami.. Pagi ni bangun macam biasa pukul 5 pagi. Siap boleh bakar brownies. Hari ni di pejabat ada bacaan yassin. So Mimie saja bawa makanan untuk kawan-kawan pejabat. Ala.. simple menu.. Mee goreng dan brownies coklat.

Hujung minggu ni macam biasa juga duduk rumah. Mr. Tajul dengan kelas weekand di UiTM Shah Alam dengan pengajian masternya. Semoga sentiasa istiqamah dan berjaya yer encik suami..

oH.. Nak dekat bulan puasa dan raya ni Mimie nak start business kecik-kecik.. hihihi.. Ingat nak jual tempeyek aka rempeyek.. Ibu kawan Mimie buatkan. Homemade. Orang negeri sembilan punya. Nak order boleh tengok kat IG Mimie dan FB Mimie dalam masa terdekat. Sekarang takde lagi. Dalam 2 minggu lagi InshaaAllah..

Ok readers.. Sampai ketemu lagi.. Papaii...
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG