Friday, May 20, 2016

Bebas Hutang PTPTN

Alhamdulillah.. Jumaat penuh barakah... Selesai melunaskan pinjaman PTPTN semalam. Hari ni dah terima emel dari PTPTN yang menyatakan penyata Mimie dah update RM0.00. Lega dapat selesaikan hutang ni. Alhamdulillah. Semalam ke Kaunter PTPTN di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya. Yang tu terdekat di pejabat Mimie.

Sebelum ni Mimie buat potongan gaji. Lepas bersalin anak kedua 2013 PTPTN stop potongan gaji Mimie. Bila call semula PTPTN rupanya perjanjian tamat. So kena buat penstrukturan semula. Tahun lepas baru Mimie struktur semula. Hahaha. Lepas tu start bayar bulan-bulan semula potongan gaji. Sekarang Alhamdulillah. Lega dapat langsai habis.. Husband Mimie 2012 kot dah siap settle bayar habis.Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan urusan Mimie dan keluarga lepas ni. Macam-macam perancangan nak kena buat. Tahun depan rumah Mimie di Putrajaya akan siap. Akan bermula potongan pinjaman perumahan pula lepas ni. So sekarang kena start menabung dengan lebih agresif hahaha..

Untuk tabungan anak-anak nanti Mimie story. Tabungan untuk anak-anak penting untuk masa depan mereka. So kami suami isteri dah mula start anak-anak kami bayi lagi. (^_^). Next entry kita story yer..


2 comments:

  1. salam Jumaat mimie..
    wahhh best nya dapt langsaikan hutang PTPTN ni...lega kan.. atie ada lg..
    lepas ni boleh plan mcm2 dah.. :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. seronoknya dah bebas dr hutang ptptn.. dilah smlm baru pegi ptptn utk amik surat perjanjian dan penyata baki.. nak buat full payment jugak melalui KWSP.. tak sabar nak abis hutang PTPTN ni..hiihi

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG