Wednesday, May 25, 2016

Medical Kad Perlu ker..????

Hari ni nak story tentang medical kad ataupun insuran. Kalau kita jalan-jalan mana-mana mesti ada yang promote medical card, insuran pada kita. Selalunya kita akan mengelak, taknak, tak berminat dan macam-macam alasan kita bagi kan..

Untuk makluman Mimie bukan la agen insuran atau nak promote mana-mana insuran. Cuma nak cerita apa yang Mimie dan keluarga dapat melalui penggunaan Medical card ni. 

Kesedaran penting tentang pengambilan insuran sejak tahun 2011. Lepas dapat Batrisyia anak sulung kami. Lepas tu Mimie dan suami ambil medical kad untuk diri masing-masing. Kami pilih PruBSN Takaful. Mr. Tajul ambil takaful sebab more islamic dan menolak untuk mengambil konvensional insuran.

Pada awalnya, kami bayar tiap-tiap bulan insuran tanpa menggunakan langsung kemudahan medical kad ni. Bila lahir puteri kedua kami Aqilah kami lindungi juga dengan insuran yang sama. Anak ketiga kami Arissa yang baru umur setahun pun kami lindungi dengan insuran yang sama juga.

Kami start guna medical kad ni masa Mr. Tajul kena denggi dan warded di KMC Kuantan. Masa ni baru tahu kalau kita masuk wad tak perlu bayar apa-apa sebab insuran bayar semua. Lepas tu siap dapat cek dari elaun masuk Wad RM350 satu malam. Mr. Tajul masuk 4 malam so dapat la seribu lebih. Dah la masuk hospital private free siap dapat duit lagi.

Lepas tu Aqilah anak kedua kami kerap berdarah hidung. Kami masuk ke KPJ Kajang. Perubatan dan operation semua dibayar insurans dan Aqilah dapat cek elaun masuk wad RM150 satu malam. Aqilah pun dah dapat cek RM1400++ masa masuk wad hari tu. Baru la kami sedar penggunaan medical card penting untuk rawatan yang cepat di hospital swasta. 

Ramai yang cakap ala bayar bulan-bulan bukan masuk wad tiap bulan. Hurmmm... Mimie nak terang sikit kat sini bila ambil insuran bukan semata-mata untuk medical card sahaja. Tapi kita boleh buat saving. YESSS... Simpanan untuk anak-anak sambil dapat kelebihan rawatan hospital swasta. Mula-mula kami suami isteri ni memang tak ambil kisah tentang insuran sebab kami kakitangan awam yang boleh ambil rawatan di hospital kerajaan. Tapi bila difikirkan kembali dengan simpanan melalui insuran dan kelebihan medical card ni tak rugi pun bayar bulan-bulan.

Ni lah cara simpanan kami untuk anak-anak selain menyimpan di Tabung Haji masing-masing. Memang belanja bulanan kami agak tinggi. Tapi untuk kesihatan dan simpanan mendatang kami anggap ia sebagai satu pelaburan yang bijak dan baik. Itu pendapat kami.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG