Monday, May 23, 2016

Persiapan Majlis-majlis

Nampak tak "majlis-majlis" tajuk dia.. Nampak bebenor banyak kan majlis. Sebenarnya satu hari je majlis tapi digabungkan jadi banyak hahaha..

Majlis Ahad ni di teratak ayahanda dan bonda Mimie

1. Majlis Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda 33 Tahun             
26 Mei

2. Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ayah Cik (Adik Lelaki Mimie)                   
27 Mei

3. Majlis Ulang Tahun Kelahiran Nur Aqilah Humaira (Puteri Mimie)          
30 Mei

4. Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda (Abah Mimie)                            
05 Jun

5. Malis Aqiqah dan Berendoi Muhammad Aqeel Amza (Anak sedara Mimie yang baru)

6. Majlis Berendoi Nur Arissa Dayana (Puteri Mimie)

Minggu ni Abah Mimie ada buat Majlis Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda Mimie yang ke 33 tahun. Alang-alang tu Mimie dan kakak Mimie menumpang untuk Majlis Aqiqah dan Berendoi. Kakak Mimie nak buat Majlis Aqiqah untuk baby Aqeel. Mimie dan buat Aqiqah untuk Arissa masa raya haji tahun lepas. Tapi Mimie tak buat berendoi. So alang-alang dah buat majlis terus buat Berendoi untuk anak dara bongsu Mimie ni.

Beria pulak bonda Mimie carikan Marhaban untuk majlis ni. Seronok betul Tok Abah dan Tok Mama ni cucu-cucu balik nak celebrate kat rumah. hurrmmm.. Dari kecil-kecil majlis tak pasal-pasal majlis besar jadinya.. Hahahaha

Majlis 29 Mei ni. Hari Lahir Aqilah 30 Mei. So alang-alang tu jugak Mimie buat majlis hari lahir untuk puteri kedua Mimie ni. Tema birthday kali ni FROZEN. Alahai.. Dah anak kita gugurl kan.. Mak ikut jer nak oiii... Persiapan untuk majlis hari lahir ni hampir siap. Tengah set up untuk candy buffet tema FROZEN. Mimie buat sendiri tau. Nanti masa majlis kita tengok hasil dia. hehehe

Oleh sebab semua adik beradik kami balik. So sambut la bermacam-macam majlis. Bukan senang nak kumpul semua ada. Tambah-tambah adik lelaki Mimie yang kerja polis tu. Lagi la payah cuti. Hope raya tahun ni semua ada dan meriah. Raya kali ni turn rumah mak ayah Mimie hihihi...

1 comment:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG