Monday, May 9, 2016

Selamat Datang Syaaban...

Assalamualaikum dan Selamat pagi.. Permulaan pagi hari ini dengan keceriaan dan kebahagiaan. Selamat Hari Ibu buat semua kenalan yang mempunyai cahaya mata. Semoga dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.. Aaamminnn..

Alhamdulillah dah masuk bulan Syaaban. Dah semakin menghampiri Ramadhan.. Bulan Syaaban bulan penuh kebaikan. So niat dalam hati untuk pekara baik-baik, InshaaALLAH akan datang perkara baik.. Bulan ni boleh perbanyakkan puasa dan amalan baik. Semoga sentiasa istiqamah dan berterusan sepanjang masa di sepanjang kehidupan ini. Aaaminn..

Bulan Syaaban terletak antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Bulan Rejab mempunyai Israk dan Mikraj manakala bulan Syaaban mempunyai malam Nisfu Syaaban. Bulan Ramadhan mempunyai Malam Lailatulqadar. SubhanaAllah.. Allah sayangkan umatNya dengan memberikan pelbagai fadhilat di setiap bulan-bulan Islam.. Sama-samalah kita mengambil manfaatnya..

Sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban maka akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan..

1 comment:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG