Friday, May 6, 2016

Semangat Baru di bulan Mei..

Tajuk tak boleh blah. Bab tajuk nak letak ni memang pening. Hentam saja lah.. hihihi...

Jumaat penghulu sekalian hari... Hai readers... Kembali bersiaran.. Kesibukan melanda beberapa minggu ini. Bulan Mei sudah kembali. Hampir juga ke bulan Ramadhan. Semoga dapat bertemu di bulan mulia ini. Semoga bulan Rmadhan kali ini lebih manfaat dari bulan sebelumnya. Aaaamminnn..

Blog berwajah baru. Ceeewaaahhh.. Konon-konon nak dapat balik semangat menulis blog. hehehe.. Nak cerita beberapa hari ni yang Mimie lalui. Alhamdulillah selesai seminggu urusan kenaikan pangkat di akademi kami. Semoga Allah melimpahkan rezeki kami sekeluarga... Aaaammiinnn...

Urusan keluarga seperti biasa. Pagi uruskan anak-anak. Balik kerja masak makan malam. Bangun pagi pukul 5 sediakan sarapan pagi dan bekal buat suami tercinta dan anak-anak syurga kami.. Pagi ni bangun macam biasa pukul 5 pagi. Siap boleh bakar brownies. Hari ni di pejabat ada bacaan yassin. So Mimie saja bawa makanan untuk kawan-kawan pejabat. Ala.. simple menu.. Mee goreng dan brownies coklat.

Hujung minggu ni macam biasa juga duduk rumah. Mr. Tajul dengan kelas weekand di UiTM Shah Alam dengan pengajian masternya. Semoga sentiasa istiqamah dan berjaya yer encik suami..

oH.. Nak dekat bulan puasa dan raya ni Mimie nak start business kecik-kecik.. hihihi.. Ingat nak jual tempeyek aka rempeyek.. Ibu kawan Mimie buatkan. Homemade. Orang negeri sembilan punya. Nak order boleh tengok kat IG Mimie dan FB Mimie dalam masa terdekat. Sekarang takde lagi. Dalam 2 minggu lagi InshaaAllah..

Ok readers.. Sampai ketemu lagi.. Papaii...

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG