Tuesday, June 28, 2016

Shopping kosmetik



Siapa suka jenama ZA??? Mimie memang suka compact powder jenama ZA. Hari tu kat PICC Putrajaya ada buat jualan Metrojaya. Serius produk ZA ni dapat dengan harga murah giler2.

Tanpa melepaskan peluang Mimie shopping compact powder dengan limited edition casing lagi. Lipstik dua kaler, liquid fondation dan lotion muka untuk putihkan lagi kulit dan gebussskan kulit hehehe..

Harga yang diberikan adalah separuh dari harga asal. Macam compact powder tu harga RM35.00 macam beli buy 1 free 1. Lipstik terbaru dari ZA RM15 ade yang harga RM10 sebatang. Liquid fondation tu RM20 jer hehe dan lotion muka kat pasaran RM59++ dapat harga RM35.

Peminat barangan ZA macam Mimie ni boleh ler gi borong hehehe..

Monday, June 27, 2016

Mood Raya... (^_^)

Minggu terakhir bekerja sebelum bercuti raya... Wahhh.. Tak sabar sungguh nak balik kampung.. Nak merempuh perjalanan di sepanjang lebuh raya pulang ke kampung halaman... Confirm jem nak balik pantai timur. Mimie akan jadi co pilot untuk suami sepanjang perjalanan.. Teman berbual dan bercerita sepanjang perjalanan.. Sambil-sambil tu dengar lagu raya kat radio... Wahhh.. Seronoknya...

Jumaat Mr. Tajul dah start cuti.. Kemas rumah kemas baju kemas apa-apa yang patut. Kuih raya dalam mood standby lagi.. Baru selesai buat cheesetart. Lepas ni nak buat tart nenas gulung, bangkit cheese, bickut rainbow dan biskut famous amos.. Ha.. banyak lagi nak buat cookies ni. Mood baru sampai hujung-hujung ramadhan kan.. Lagi pun anak-anak dara Mimie ni ramai nak menolong.. Bagus-bagus.. Senang kerja mama.. hihihi..

Ok.. Settlekan kerja hari ni. Hari ni ada buka puasa untuk satu cawangan Mimie di Cyberjaya.. Mimie kena arrange tempat. Dah settle semua. (^_^)

Tuesday, June 21, 2016

Tema Raya 2016

Cepat masa berlalu kan.. Dah masuk 16 Ramadhan hari ni. Semalam radio dah mainkan lagu raya di corong radio.. Semangat raya dah datang. Baru nak story persiapan raya.. hehehe

Mimie dah beli baju raya Mimie dan anak-anak bulan Mei lagi. Order bulan April. Pre Order dulu.. Awal giler kan beli baju raya.. Hahaha.. Ni kes encik suami dah request warna baju raya awal-awal lagi. So Mimie dan anak-anak follow jer.. Warna apa-apa tak kisah. Janji sedondon di pagi raya. Mimie, suami dan anak-anak gembira bersama.. (^_^)

Tema tahun ni untuk gugurl peplum yer.. Encik suami seorang je jejaka dalam family so Mimie serahkan pilihan sendiri pada tuan punya badan sebab katanya tahun ni encik suami taknak baju melayu. Nak pakai jubah katanya.. Isterimu ini ikut jer la sayang yer.. Janji semua happy hihihi...

Warna tahun ni kami akan pakai kelabu di pagi Raya.. Yeeehaaaa... Tudung je tak cari lagi.. Hurmmm.. Takpe la.. Slow-slow.. Banyak masa lagi. Ok korang.. Layan lagu raya.. Esok CUTI NUZUL QURAN.. yeaaahhhh...!!!

Monday, June 20, 2016

Selamat Hari Ayah

Semalam Mimie dan anak-anak buat suprise sempena hari bapa.. Lepas berbuka puasa macam biasa terus solat maghrib. Lepas solat maghrib anak-anak datang bawakan pizza cake untuk ayah.. Seronok anak-anak buat suprise pada ayah. Ayah pun masih atas sejadah lagi baru lepas doa selesai solat maghrib. Happy sangat this moment.. So makan-makan kek pastu terus siap-siap ke masjid untuk terawih.. Bagus anak-anak sporting suprise ayah (^_^)





Friday, June 17, 2016

Shopping di Kilang Coklat

Siapa suka coklat...???? Mimie suka sangat coklat. Sangat suka okey hahaha.. Kalau pergi Langkawi memang shopping coklat bertingket tingket hahaha...

Nak share ade kilang coklat buat sale sepanjang Ramadhan ni. Kilang letak kat Bangi. Kilang Beryls Chocolate. Sedap weeiii cekelat die.. Serius tak tipu. Memborong jugak la coklat kat kilang ni. Tapi nak kata sale gila-gila takde la. Tapi boleh dapat harga murah dari pasaran.

Tapi manusia yang hadir teramat la ramai.. Ramai giler.. Mimie rasa kaunter bayaran tu kena letak luar ruang jual coklat sebab barisan nak membayar mengganggu pembeli nak pilih coklat. Mimi bagi cadangan jer la. Huhuhu.

Okay siapa nak pergi kilang coklat ni terletak kat bangi bersebelahan dengan Spanco. Alamat ada kat gambar.











Tuesday, June 14, 2016

TV hempap kaki

Dugaan TV hempap kaki. Sabar je la.. MC sampai esok yer.. Alhamdulillah tak patah kaki ni.. Menangis jugak la kena hempap TV.



So kena la rehat doktor dah bagi cuti kan.. Anak-anak baik sangat-sangat tolong jaga Mama tengah sakit ni. Terima kasih anak-anak Mama. Terima kasih husband tolong uruskan rumah (^_^)

Friday, June 10, 2016

Salam Jumaat 5 Syawal 1437H

Salam Jumaat penghulu segala hari. Dah masuk hari kelima Ramadhan. Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi kesihatan dalam menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan ini...

Menu masakan Mimie semalam untuk berbuka adalah nasi minyak hujan panas dengan gulai ayam.. Alhamdulillah masih tak memijak kaki ke bazar Ramadhan lagi tahun ni. Masak sendiri puas hati untuk suami dan anak-anak. Esok hujung minggu boleh buat kuih muih atau dessert sebagai tambahan menu berbuka. Tak pun dah boleh start buat homemade cookies untuk raya (•_•)

Thursday, June 9, 2016

BONUS RAYA 2016

Alhamdulillah penjawat awam dapat bonus raya RM500 setiap sorang. Terima kasih atas sumbangan bantuan aidilfitri ni. Mimie, husband, ayahanda, Kak long, abang Long, adik-adik lelaki, adik ipar alhamdulillah kakitangan awam yang bakal menikmati bonus raya ni. Untung keluarga kakitangan awam hehehe..

Isnin ni 13 Jun 2016 bonus masuk.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah (^_^)

Tahu Tapi Buat Tak Tahu (^_^)

Kita tahu tapi kita ambil sikap untuk buat tak tahu supaya tiada salah faham dan sakit menyakiti hati orang lain. Di mulia ini semoga hati ini terus berterusan muhasabah diri menjadi lebih baik dan terbaik untuk semua termasuk suami, anak-anak dan keluarga..

Hari ini ada majlis Tadarus Al-Quran. InshaaAllah nak join dan boleh khatam Al-Quran beramai-ramai dengan warga kerja. Semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dari sifat hasad dengki dan sifat khianat manusia.. Aaamminnn...

Nak share semalam Mimie masak Udang masak merah, Sambal bilis tumbuk dan sayur bayam merah. Istiqomah dalam memasak sepanjang Ramadhan (^_^)

Wednesday, June 8, 2016

Overnight Oat Mimie Style

Kawal pemakanan di bulan Ramadhan untuk tenaga dan kesihatan berterusan. Semalam gigih cari botol ni nak buat overnight oat. Mimie beli kat Nilai 3. Boleh dapat dalam 250ml sebotol. Cara buat mudah sangat-sangat. Sedap pulak tu. Jom Mimie kongsi cara membuat overnight oat ni.

Bahan-bahan:
1. Oat instat - apa-apa jenama pun boleh. Mimie pilih Quaker Oat

2. Yogurt - Cari yang low fat yer untuk mak mak yang nak diet. Nak plain flavour boleh tapi Mimie ambil flavour strawberry and Blueberry. Bagi sedap rasa dia.

3. Buah-buah pilihan. Mimie takde strawberry so Mimie ambil Kiwi, Buah Pir Besar, Epal Merah dan Epal Hijau. Potong kecil-kecil senang nak makan.

4. Susu Low Fat - Ni untuk mak-mak nak diet juga. Kalau nak bagi sedap boleh letak susu strawberry atau Full cream. Lemak berkrim gitu.. hihihi

5. Bekas nak letak bahan-bahan di atas.

Cara buat:
1. Letak oat di lapisan bawah.

2. Letak yogurt di lapisan atas oat.

3. Letak buah-buahan yang dah potong. Mimie campur nak bagi pelbagai rasa (^_^)

4. Letak susu low fat. Bagi penuh sampai penutup. Lepas tu tutup bekas.

5. Simpan dalam peti Sejuk.

Overnight oat makanan sihat untuk semua..

Senang kan cara nak buat. Kalau betul-betul nak diet sila ambil yang low fat untuk yogurt dan susu. Kalau nak buat kudap-kudap makanan sihat boleh la pakai susu fiull cream, coklat atau strawberry.. Sebelum waktu berbuka selalunya sejam sebelum berbuka Mimie akan kacau dulu bagi sebati. Masa berbuka terus makan sebab bahan-bahan dan meresap sebati. Sedap.. Korang mesti cuba tau.

Notakakitangan: Semalam masih istiqomah memasak untuk berbuka. Menu asam pedas ikan kembung, ayam goreng berempah untuk hari kedua Ramadhan.. (^_^)


Tuesday, June 7, 2016

Masak-masak Ramadhan

Wah..!!! Tajuk menyelerakan hihihi.. Semalam nak dekat-dekat time berbuka macam-macam gambar upload masuk kat laman sosial. Termasuk la Mimie.. Kalau ada yang follow IG or FB Mimie memang banyak gambar family dan banyakkk gambar makanan.. Kebanyakkannya Mimie masak. Try and Error.

Juri makanan opkoss hubby Mimie yang dah makin chubby (Balik kampung baru-baru ni mak sedara sebelah husband semua tegur husband Mimie dan makin gemuk.. Malam tu hubby jumpa kawan sekolah lama dia perkataan gemuk tu jugak yang keluar.. hahahaha)

Semalam juadah berbuka puasa Mimie masak cencaru sumbat bakar, sup ayam dan sayur sawi bunga tofu goreng. Istiqomah untuk memasak sepanjang bulan Ramadhan kali ni. Hari pertama selesai dengan jayanya.. Hari ni macam nak masak tomyam thai.. Tapi tengok dulu petang nanti kot kot menu berubah. Bergantung pada permintaan ayah dan anak balik nanti (^_^)

Sahur tadi macam biasa bangun jam 4 pagi. Panaskan lauk yang dah masak masa berbuka semalam. Memang sengaja lebihkan portion supaya sahur panaskan sahaja lauk yang ada. Mudah kerjakan.. Hehehe.. Ok jom kerja. Jam 4 nak balik nanti.. (^_^)

Monday, June 6, 2016

WP4 di Bulan Ramadan

Salam Ramadan buat semua muslimin muslimat seluruh dunia. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita di sepanjang bulan yang mulia ini. InshaaAllah...

Hari ni permulaan pagi yang baik. Hari ni Mimie dah tukar waktu bekerja Mimie. Sebelum ni masuk kerja WP2 jam 0800hrs sehingga 1700hrs. Di bulan Ramadan ni Ketua Setiausaha Negara (KSN) dah keluarkan Perlaksanaan waktu bekerja berperingkat WP4, WP5, dan WP6.

Mimie ambil waktu bekerja WP4 iaitu jam 0730hrs-1600hrs. Jam 4 petang dah boleh balik YAHHHOOOO...!!!! Alhamdulillah ada waktu macam ni. Boleh balik awal dan uruskan kerja-kerja rumah dengan lebih baik. Boleh balik awal so boleh masak awal dan rehat awal kan..??? hehehe..

Bulan Ramadan adalah bulan nak kumpul pahala sebanyak-banyaknya. So buat benda-benda baik, fikir benda-benda baik dan doa yang baik-baik.. InshaaAllah akan datang perkara baik.. Semoga kami sekeluarga berada dalam lindungan Allah.. Aaaamminnn..

Ok.. Nanti story lagi tentang puteri sulung kami tengah belajar puasa hari ni. Hari pertama kan.. Semoga dipermmudahkan urusan kami dan anak-anak kami.. Aaaamminnn...

Friday, June 3, 2016

Happy Birthday Aqilah #3

Happy Birthday puteri kedua kami Nur Aqilah Humaira binti Tajul Ariffin pada 30 Mei 2016. Genap usia anakanda tiga tahun. Mama Ayah doakan anak-anak semua diberikan kesihatan, kebahagiaan, rezeki melimpah ruah, menjadi anak-anak solehah, berbakti pada ibu bapa, bangsa dan agama, serta dilindungi dan diberkati Allah sentiasa.. Aaaamminnn...

Tema birthday Aqilah tahun ni FROZEN. Mimie sendiri deco candy buffet tema Frozen ni. Kalau tempah mesti beratus habis. Senang kita deco sendiri. Jimat dan puas hati. hehehe

Kek tema Frozen tempah kat Kuantan. Gula-gula semua tema Frozen. Ada pulak gula-gula Frozen. Macam-macam jenis. Kena pulak dengan tema birthday anak ni. Lolipop Frozen, Mashmallow Frozen, Jelly Frozen.. Rambang mata mak nak menyoping barang-barang Frozen ni. Hahahaha. Jom tengok hasil decoration Mimie.. (^_^)

Taraaa.. Simple tapi meriah hihihi


Macam-macam gula-gula tema frozen


Jelly cup tu kejap je abis letak macam ni hahaha.. Budak-budak suka


Gula-gula lagi.. Banyakkan sweet hehehe


Kakak Batrisyia pun excited nak potong kek..


Our blissful Family


Seronok yer dapat mainan (^_^)


Hello husband.. Ilove you (^_^)

Thursday, June 2, 2016

Majlis Kesyukuran & Berendoi Arissa

Alhamdulillah selesai Majlis Kesyukuran & Berendoi puteri ketiga kami Nur Arissa Dayana binti Tajul Ariffin. Semoga anakanda menjadi muslihah yang solehah dan menjadi anak cemerlang di dunia dan akhirat.. Aaammminnn...

Ayah with ladies
Harta dunia dan akhirat (^_^)
Nyenyak tido kena alunan marhaban masa berendoi
Mama and princesses
Kakak-kakak pun nak berendoi jugak..
Teman hidup, teman gaduh, teman nangis, teman segalanya..
Love you hubby (^_^)


Wednesday, June 1, 2016

Selamat Datang JUN 2016

Selamat Datang Jun.. Selamat Tinggal Mei... Pertengahan tahun datang lagi...

Alhamdulillah dah masuk bulan Jun. Minggu depan dah nak menyambut bulan Ramadhan. Tak sabar nak tunggu bulan penuh barakah ni. Persiapan Ramadhan hampir siap. Ceewah... Ingat Syawal je ke nak kena siap. Ramadhan pun perlu tau. Tambah-tambah untuk puteri sulung kami yang berumur 6 tahun. Katanya nak Fasting this year.. Mimie dengan husband ok je. Bagi pendedahan awal. Tapi kalau tak larat kami takkan paksa sebab baru 6 tahun.

Bagi kami antara puasa dan solat masa umur macam ni adalah solat lagi utama. Alhamdulillah Batrisyia dah boleh solat dengan lancar dan hafaz Juz Amma dengan lancar. Alhamdulillah. Maghrib dan Isyak berjemaah dengan Mimie kalau husband ke masjid. Kalau husband tak ke masjid kami jemaah bersama.

Barangan dapur tak complete lagi. Macam-macam nak masak untuk berbuka kali ni. Kalau boleh malas nak menapak ke bazar Ramadhan. Takut tak kena dengan selera. Nanti membazir pulak hehehe.. Masak sendiri puas hati. Tambahan pulak tengok suami dan anak-anak puas menikmati makanan air tangan sendiri..

Ok... Tengah finalize dokumen dan kerja yang tertunggak sebab cuti sebelum ni.

Happy Family (^_^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG