Wednesday, June 1, 2016

Selamat Datang JUN 2016

Selamat Datang Jun.. Selamat Tinggal Mei... Pertengahan tahun datang lagi...

Alhamdulillah dah masuk bulan Jun. Minggu depan dah nak menyambut bulan Ramadhan. Tak sabar nak tunggu bulan penuh barakah ni. Persiapan Ramadhan hampir siap. Ceewah... Ingat Syawal je ke nak kena siap. Ramadhan pun perlu tau. Tambah-tambah untuk puteri sulung kami yang berumur 6 tahun. Katanya nak Fasting this year.. Mimie dengan husband ok je. Bagi pendedahan awal. Tapi kalau tak larat kami takkan paksa sebab baru 6 tahun.

Bagi kami antara puasa dan solat masa umur macam ni adalah solat lagi utama. Alhamdulillah Batrisyia dah boleh solat dengan lancar dan hafaz Juz Amma dengan lancar. Alhamdulillah. Maghrib dan Isyak berjemaah dengan Mimie kalau husband ke masjid. Kalau husband tak ke masjid kami jemaah bersama.

Barangan dapur tak complete lagi. Macam-macam nak masak untuk berbuka kali ni. Kalau boleh malas nak menapak ke bazar Ramadhan. Takut tak kena dengan selera. Nanti membazir pulak hehehe.. Masak sendiri puas hati. Tambahan pulak tengok suami dan anak-anak puas menikmati makanan air tangan sendiri..

Ok... Tengah finalize dokumen dan kerja yang tertunggak sebab cuti sebelum ni.

Happy Family (^_^)

No comments:

Post a Comment

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG