Tuesday, June 7, 2016

Masak-masak Ramadhan

Wah..!!! Tajuk menyelerakan hihihi.. Semalam nak dekat-dekat time berbuka macam-macam gambar upload masuk kat laman sosial. Termasuk la Mimie.. Kalau ada yang follow IG or FB Mimie memang banyak gambar family dan banyakkk gambar makanan.. Kebanyakkannya Mimie masak. Try and Error.

Juri makanan opkoss hubby Mimie yang dah makin chubby (Balik kampung baru-baru ni mak sedara sebelah husband semua tegur husband Mimie dan makin gemuk.. Malam tu hubby jumpa kawan sekolah lama dia perkataan gemuk tu jugak yang keluar.. hahahaha)

Semalam juadah berbuka puasa Mimie masak cencaru sumbat bakar, sup ayam dan sayur sawi bunga tofu goreng. Istiqomah untuk memasak sepanjang bulan Ramadhan kali ni. Hari pertama selesai dengan jayanya.. Hari ni macam nak masak tomyam thai.. Tapi tengok dulu petang nanti kot kot menu berubah. Bergantung pada permintaan ayah dan anak balik nanti (^_^)

Sahur tadi macam biasa bangun jam 4 pagi. Panaskan lauk yang dah masak masa berbuka semalam. Memang sengaja lebihkan portion supaya sahur panaskan sahaja lauk yang ada. Mudah kerjakan.. Hehehe.. Ok jom kerja. Jam 4 nak balik nanti.. (^_^)

1 comment:

  1. Kakak pun sama utk sahur biasa panaskan aje sebab masak lebih sengaja utk tujuan itu

    Selamat beribadah di bulan ramadhan dari kakak.

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG