Wednesday, June 8, 2016

Overnight Oat Mimie Style

Kawal pemakanan di bulan Ramadhan untuk tenaga dan kesihatan berterusan. Semalam gigih cari botol ni nak buat overnight oat. Mimie beli kat Nilai 3. Boleh dapat dalam 250ml sebotol. Cara buat mudah sangat-sangat. Sedap pulak tu. Jom Mimie kongsi cara membuat overnight oat ni.

Bahan-bahan:
1. Oat instat - apa-apa jenama pun boleh. Mimie pilih Quaker Oat

2. Yogurt - Cari yang low fat yer untuk mak mak yang nak diet. Nak plain flavour boleh tapi Mimie ambil flavour strawberry and Blueberry. Bagi sedap rasa dia.

3. Buah-buah pilihan. Mimie takde strawberry so Mimie ambil Kiwi, Buah Pir Besar, Epal Merah dan Epal Hijau. Potong kecil-kecil senang nak makan.

4. Susu Low Fat - Ni untuk mak-mak nak diet juga. Kalau nak bagi sedap boleh letak susu strawberry atau Full cream. Lemak berkrim gitu.. hihihi

5. Bekas nak letak bahan-bahan di atas.

Cara buat:
1. Letak oat di lapisan bawah.

2. Letak yogurt di lapisan atas oat.

3. Letak buah-buahan yang dah potong. Mimie campur nak bagi pelbagai rasa (^_^)

4. Letak susu low fat. Bagi penuh sampai penutup. Lepas tu tutup bekas.

5. Simpan dalam peti Sejuk.

Overnight oat makanan sihat untuk semua..

Senang kan cara nak buat. Kalau betul-betul nak diet sila ambil yang low fat untuk yogurt dan susu. Kalau nak buat kudap-kudap makanan sihat boleh la pakai susu fiull cream, coklat atau strawberry.. Sebelum waktu berbuka selalunya sejam sebelum berbuka Mimie akan kacau dulu bagi sebati. Masa berbuka terus makan sebab bahan-bahan dan meresap sebati. Sedap.. Korang mesti cuba tau.

Notakakitangan: Semalam masih istiqomah memasak untuk berbuka. Menu asam pedas ikan kembung, ayam goreng berempah untuk hari kedua Ramadhan.. (^_^)


6 comments:

  1. Sedapnya..pernah buat sampai sudah terlupa makan plak..hihihi

    ReplyDelete
  2. aduhhh...telan air liur fai tengok overnight oat akk ni. nak buat jugaklah

    ReplyDelete
  3. Nak cuba nti la...sedapnya!

    ReplyDelete
  4. Nak cuba nti la...sedapnya!

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG