Thursday, July 14, 2016

Eid Mubarak 2016

Semangat menulis entry raya.. Tahun ni raya rumah mama abah kita di Kuantan, Pahang. Opkosss la Mimie semangat nak story mory pasal raya. Hari ni cerita raya pertama dulu..

Di pagi syawal alunan takbir bergema sangat gembira bila di dengar. Makan ala kadar sebelun ke masjid berhampiran untuk solat Aidilfitri. Balik dari masjid duduk bersalaman sambil bergambar bersama keluarga tercinta. Selesai bermaafan, bergambar dan makan kami bertolak ke kampung nenek Mimie di Muadzam Shah.

Juadah di pagi raya ketupat, rendang ayam, daging masak kuzi, nasi arab, sate ayam, sate daging, pulut kuning, ayam goreng berempah. Bila bonda kesayangan masak laju je anak-anak makan. Semua adik beradik berkumpul raya tahun ni. Sanggatttt havocccc...!!!!

Sampai di Muadzam jumpa dengan nenek Mimie yang dah mencecah umur 90 tahun. Alhamdulillah masih sihat dan boleh berjalan ke sana ke mari. Pergi beraya rumah mak andak, mak anjang dan sepupu sepapat.

Lepas Muadzam Shah menuju ke Chini menziarah kubur arwah Aki Mimie. Kemudian berjalan ke rumah sanak saudara di sekitar Chini dan Kampung Salong.

Petang lebih kurang jam 0700 malam baru tiba kembali ke Kuantan. Havocc raya tahun ni. Satu hari di raya pertama full aktiviti. Anak-anak seronok collect duit raya banyak-banyak.. Hehe. Okay.. Layan gambar raya di hari raya pertama kami.. Tema Grey.. Ladies peplum in da house. Ayah jubah in da house (^_^)









5 comments:

  1. Selamat hari raya buat MZ sekeluarga..

    Cantik baju raya sedondon warna tu nak kata kelabu lain sikit..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Mimie
    Maaf zahir batin dari kakak

    Kakak raya ke 2 berbaju kelabu juga tau:)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya awak.
    cantiknya gambar family..
    baju pun cantik....

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya keluarga bahagia..")

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG