Wednesday, July 27, 2016

Makan makan Raya 2016

Ahad baru-baru ni Mimie dan suami buat makan-makan raya. Mula-mula plan nak buat hujung minggu ni. Tetiba ramai pulak jemputan makan raya hujung minggu ni. Jamuan raya taman perumahan pun Sabtu ni jugak. Last minute plan kami buat Ahad lepas.

Bersilat Mimie kat dapur memasak. Dah jadi tangan sotong. Sana sini buat kerja non stop. Sabtu malam tu Mimie dah start rebus ketupat dan lemang instant. Pagi esok baru potong.

Ahad pagi baru beli ayam 5 ekor. Encik suami pergi beli lepas solat subuh. Ayam sampai dekat umah lebih kurang pukul 9. Sementara tunggu ayam tu Mimie bakar puding karamel. Siap bersih ayam baru nak start menggoreng gas dapur habis. Tragik sungguh tau. Dah pukul 9 lebih masa tu. Pukul 12 dah jemput tetamu. Sementara tunggu encik suami datang dengan gas baru, Mimie hidang dulu ketupat lemang dan nasi minyak hujan panas.

Gas sampai bertambah kelam kabut. Start goreng ayam sebelum nak buat ayam masak merah. Sementara tu buat rendang ayam, siapkan acar jelantah, reneh sup untuk menu mee dan bihun sup. Multijob Mimie buat. Encik suami dengan bahagian air dan peralatan majlis. Alhamdulillah. Pukul 1130 siap semua. Baru la hegeh-hegeh nak mandi pakai baju raya.

Lebih kurang pukul 1245 baru tetamu tiba. Tak putus tetamu hadir.. Sampai maghrib pun ada.. Alhamdulillah. Terima kasih yang hadir. Maaf atas kekurangan majlis makan-makan kami.. Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin









2 comments:

  1. Kalau dah biasa ke dapur sibuk macamana pun sebab otak dan tangan jalan seiring semua siap on time Mimie. Apa lagi 'org kanan' sedia membantu sama. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. kalau akak kelam kabut jugak di buatnya... hehe

    time tu jugak gas nak habis ye...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG