Wednesday, July 20, 2016

Persiapan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Minggu busy dengan persiapan raya utuk pejabat. Hari Jumaat ni Bahagian Mimie buat Majlis Ramah Mesra Aidilfitri. Cawangan masing-masing dah diberikan tempahan menu. Cawangan Mimie dapat tempahan untuk menu SOTO. Alahai suntuk sangat tau masa bagi. Hari isnin petang dapat memo kena tempah soto. Mana nak cari.??? Semalam calling-calling kebanyakan katering dah full untuk tempahan Jumaat Sabtu dan Ahad. Hammiikk ko.. Mana hakak nak cari dik oooiiii...

Semalam calling-calling Alhamdulillah PT di cawangan ada contact katering. SOTO untuk 100pax je pun. Selamat tau dieorang katering yang PT cari ni nak tolong buatkan. Settle kerja akak.. Dari segi peralatan siap semua dengan servis dieorang bagi. Masa jamuan nanti akak takde masa nak handle dah makanan. Setakat tempah boleh la. Anak-anak dara akak 3 orang tu sapa nak handle time jamuan nanti.. ahahaha.. Ok la servis tip top boleh bagi masa jamuan Jumaat ni. Alhamdulillah.

Tak settle lagi jamuan ni tau. 01/08/2016 Mimie handle tempahan majlis raya untuk cawangan Mimie pulak. Jumaat ni bahagian, bulan Ogos nanti Cawangan pulak. Mimie dan makanan memang tak boleh dipisahkan.. Takpe la. Asalkan majlis berjalan lancar dan semua orang gembira. Bulan raya kan.. So handle majlis raya jer..

Ada juga la kawan-kawan tanya tak buat open house ke???? Alahai.. Tak diskuss dengan husband lagi nak buat bila. Minggu yang busy dengan jemputan kawan-kawan. Jamuan pejabat. Alahai... Alahaii.. Nanti dah tenang-tenang sikit baru bincang dengan husband. Sebabnya yang masak akak ni jugak tau.. Tak menempah dengan orang.. Sebab tu perlu tempoh bertenang.. hihihihi

1 comment:

  1. Kalau 5-6 tahun lagi Mimie dah senang kalau nak buat open house sebab ada 6 tangan sedia membantu. Masa itu kelak semua dah remaja. Buat masa ini memang sikit letihlah...

    ReplyDelete

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG