Tuesday, July 19, 2016

Suasana Raya 2016

Next story raya...

Entry sebelum ni tentang hari raya pertama. Hari ni nak story raya yang meriah buat kami sekeluarga bersama.

Hari raya kedua setiap tahun Mama dan Abah Mimie akan buat open house. So ramai sedara mara jiran tetangga dan kenalan yang hadir. Tema hari kedua Royal Blue.. Meriah sangat meriah. Acara membakar sate dibuat oleh encik suami, abang ipar dan adik-adik lelaki awal-awal pagi. Lepas subuh dah berasap belakang dapur bakar sate.

Bonda Mimie dengan menu nasi minyak, ketupat, kuah kacang, pulut kuning, ayam masak merah, rendang daging, gulai daging. Kitorang mak-mak dara, adik perempuan Mimie dan adik-adik ipar membantu dengan riang dan gembira.

Bahagian dessert tiap-tiap tahun adalah Mimie. Puding koktail berkuah vanila memang feberet sedara mara kalau datang. Dessert ni akan abis dulu haha. Pastu Mimie buat puding karamel. Pun licin jugak. Dessert manis- manis ni bukan budak je suka. Mak Pak budak pun suka hehe

me and my shadow hihi

Ladies with Ayah

Mama with Kiddos

Raya ketiga bertolak ke Terengganu. 1st destination rumah mertua di Dungun. Beraya dengan mak mertua, pak mertua dan ipar duai dahulu. Lepas tu bertolak ke Kuala Berang rumah sedara mara. Kemudian ke Kuala Terengganu dan akhir sekali kembali ke Dungun rumah mertua. Sambung raya di Dungun rumah sedara mara husband. Mak sedara, kawan-kawan sekolah husband dan cikgu sekolah husband dulu-dulu. Seronok suasana kampung. Tambahan pulak dekat dengan persisiran pantai. Seronok sangat..

Dah dekat dengan pantai kan.. So kami cari la seafood. Beli udang, sotong, ikan, jagung buat membakar. BBQ la pulak malam tu. Memang syok sangat. Fresh ikan kat sini. Berkilat-kilat kulit ikan. Segar, manis dan sedap. Haishhh.. Kalau balik Dungun ni ayam pun tak laku. Seafood jugak terbaik.. Hahaha

Purple theme raya ketiga

Blue theme raya ke enam

BBQ chef of my love

Rayakan sebulan.. Bertabah la dengan jemputan rumah terbuka setiap minggu.. Kat Klang Valley ni sampai abis sebulan raya pun orang buat open house lagi huhuhu.. (^_^)

2 comments:

KoMeN2 BeRnAs Di SiNi.. (^__^)

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG