Monday, August 29, 2016

31st Birthday today

Alhamdulillah diberikan nafas dan umur sehingga usia ini. Terima kasih Allah atas kurniaan usia, rezeki, suami, anak-anak, keluarga, kerjaya dan kebahagiaan sehingga umur ini. Semoga rahmatMu Allah sentiasa bersama Mimie dan keluarga.. Aaaammmiinnn...

29 Ogos 1985~29 Ogos 2016.. 31 tahun usia sekarang. Terima kasih pada encik suami sayang atas ucapan tengah malam tadi. Abang sentiasa utama dalam diri Mimie.. Terima kasih mama abah Mimie dan adik beradik serta ipar duai atas ucapan birthday..

Tak sabar nak balik jumpa anak-anak dan encik suami.. Hihihi.. Cepat la pukul 5 petang... (^_^)

posted from Bloggeroid

Friday, August 26, 2016

My Sweet Hubby

Ehh.. Tajuk mengada-ngada kannn??? Hihihi

Dua minggu Mimie sibuk dengan kerja. Sampai rumah 1-2 pagi. So Encik suami la yang jaga rumah dan anak-anak.

Bila Mimie balik suami dan anak-anak dah tido. Bangun pagi encik suami la tolong kejutkan Mimie dan anak-anak. Tolong Mimie mandi dan siapkan anak-anak ke sekolah sebab suami kesayangan Mimie ni faham Mimie penat. Lepas cik abang ke tempat kerja Mimie bawa anak-anak ke sekolah.

Penat memang penat. Kami suami isteri sama-sama penat. Tapi bila tengok ragam anak-anak, tengok senyuman suami, suami tengok senyuman Mimie.. Hilang semua penat. Tu tak tambah lagi lawak jenaka encik suami hahaha.

Alhamdulillah.. Semoga kebahagiaan sentiasa milik kami sekeluarga.. Aaammmiinnn


posted from Bloggeroid

Monday, August 22, 2016

Kerja oh Kerja

Seminggu busy yang melampau. Tiap-tiap malam balik 12 malam. Alhamdulillah encik suami memahami kerja Mimie. Call on call off..

Mood menulis takde lagi buat masa ni. Busy melampau sampai nak jenguk blog pun tak sempat. Ni pun pakai blogdroid untuk update. Report, minit mesyuarat, standby semua ada.. Bertabahlah Mimie untuk seminggu lagi...

Thanz husband tolong jaga anak-anak sepanjang Mama busy minggu lepas dan minggu ni. Sabtu Ahad pun still on dengan kerja. Tapi sempat juga masak dan riadah dengan anak-anak sebelum ke tempat kerja.

Semoga segala urusan dipermudahkan.. Maafkan mama ye anak-anak sebab Mama busy sepanjang minggu lepas dan minggu ni. Terima kasih cinta memahami kerja isteri you ni.. Sayang abang dan anak-anak dunia akhirat...

posted from Bloggeroid

Monday, August 8, 2016

Program Haji Cilik Little Caliphs

Alhamdulillah.. Terima kasih Little Caliphs atas program yang sangat-sangat memberi banyak manfaat buat anak-anak kami..

Sebak.. Sayu.. Tersentuh sangat hati bila tengok video anak-anak membuat simulasi haji. Ya Allah... Jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah..b

Mama bangga dengan kakak Batrisyia. InshaaAllah semoga yahun depan adik Aqilah juga diberikan pendedahan serupa.. Aaaammiinnn





Monday, August 1, 2016

Hello August 2016

Selamat datang ogos. Bulan yang dinanti.. Hehehe..

Terima kasih untuk sambutan hari lahir untuk kakitangan CSA bagi bulan Ogos. Sempena jamuan hari raya merangkap sambutan hari jadi..

Semoga ikatan persahabatan terus berkekalan.. Aaamminn..



Menghampiri angka 31... (^_^)
WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG