Wednesday, September 28, 2016

Khabar Angin yang Menggembirakan

Khabar angin. Berita tak sahih lagi kan. Tapi bila khabar angin menggembirakan singgah di telinga membuatkan hati berbunga-bunga. Semoga khabar angin menjadi kenyataan dengan izin Allah..

Berita gembira ni dah kongsi dengan encik suami. Haish.. Nervous pulak. Tambahan pulak terima ucapan tahniah dari kawan-kawan pejabat. Haish.. Jangan bagi harapan palsu. Nangis nanti.... (ToT)

Apa-apa pun andai kata berita ini benar dan sahih Mimie akan kongsi bersama korang..

(^_^) Weeeee.....

posted from Bloggeroid

Monday, September 19, 2016

Batuk Selesema

Musim tak menentu sekarang.. Kejap hujan.. Kejap panas.. Pastu hujan semula.. So sekarang tengah batuk selesema. Memang tak larat sangat-sangat.. Rasa badan macam nak demam.. Adooii.. Harap tak melarat.. Takut je berjangkit degan si kecil Arissa. Maklum la Arissa masih menyusu badan. Kalau kat rumah memeang melekat je dengan Mimie.. Tu yang risau berjangkit..

Semalam last cuti raya haji. Hari kembali bertugas. Mood kerja ke laut. Tapi gagahkan juga sebab hari ni ada pemeriksaan Inspektorat... Hurmmm.. Harap dapat bertahan hingga ke petang.. Adoii tak laratnya..

Ok korang.. Jumpa lagi nantii.... (-_-).....

Thursday, September 15, 2016

Salam Aidiladha 2016

Hai readers.. Mimie masih mood bercuti.. Seminggu bercuti. Raya tahun ni turn raya rumah in law di Dungun. Raya kedua beraya di rumah mama abah Mimie di Kuantan. Next week baru masuk ofis. Seronoknya cuti jumpa keluarga, mama abah dan adik beradik..

Pagi raya Aidiladha di Dungun. Solat hari raya Aidiladha seawal jam 8.00 pagi kat sini. Awal sangat. Alhamdulillah sempat juga Mimie dan suami serta anak-anak solat raya di masjid.

Lepas solat raya bersalaman dan bermaafan terutama bersama suami dan anak-anak. Raya kami di pantai timur ni macam raya aidilfitri. Sangat meriah. Main bunga api. Ziarah menziarah sesama keluarga sedara mara. Gosip-gosip dengan mak sedara belah husband. Bila balik kuantan gosip dengan kakak kesayangan Mimie sebab adik bongsu dah balik KL huhu..

Yang penting raya sangat meriah.. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua readers, kenalan blog Mimie. Seronok sekarang menulis blog tanpa gangguan pengintai tegar blog ni sekarang hihihi..






posted from Bloggeroid

Thursday, September 8, 2016

Gathering Merdeka Gojes

31hb Ogos ada mini gathering untuk mak mak gojes blogger. Seronok betul jumpa korang. Masing-masing bawa potluck. Gathering kali ni di Teratak Tok Wan, Rawang, Selangor.

Bersantai sambil bawa anak-anak mandi manda. Masuk bayar RM2.00 seorang. Ok la. Tapi kena datang awal nak chop pondok untuk santai. Pondok berehat sangat limited. Nasib baik Mak Myzatul mai awal tolong chop tempat. Kalau tak bertikar la kita.. Huhuhu

Menu potluck mak gojes nasi lemak, sambal udang, ayam goreng, serawa durian dengan pulut, rambutan dah siap kupas, mee goreng, nugget, alahai lupa pulak menu lain (-_-).. Thankz korang sedap dan seronok tukar-tukar menu makan ramai-ramai.. hehe...

Thankz la encik suami sudi layan karenah isteri you ni nak gathering dengan mak mak blogger. Rapatkan silatulrahim. Lepas ni gathering lagi tau.








posted from Bloggeroid

Wednesday, September 7, 2016

Persiapan Raya Aidiladha

Minggu depan dah raya haji. Amacam korang punya persiapan raya haji tahun ni? Tema apa? Cuti berapa lama? Raya rumah mama abah sendiri ke rumah mertua???

Mimie baru belajar menjahit. So raya haji tahun ni Mimie jahit sendiri baju Mimie dan anak-anak. Tema kali ni emerald green untuk raya haji hari pertama nanti. Baju anak-anak baju kebaya. Belajar guna youtube hahaha. Nasib jadi tau. Baru tau tangan Mimie ni ada seni hahahaha.. Mimie punya baju kurung moden. Lepas tu try buat jubah untuk Mimie dan anak-anak. Gigih menjahit nak siapkan baju. Masih dalam proses lagi. Harap sempat la..

Mimie cuti raya seminggu. Raya Haji turn rumah mertua. Lepas tu baru balik rumah mak ayah Mimie. Tahun ni nak berjalan kelantan masa raya haji nanti. Tak sabar pulak. Macam-macam plan dah buat nak cuti ni.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga.. Aaammiinnnn...

posted from Bloggeroid

Monday, September 5, 2016

Good Luck UPSR 2016

Gud luck anak-anak sedara Mimie menduduki exam UPSR. Anak kakak Mimie dan anak sedara sebelah husband. Afiq dan Husna semoga dapat jawab dengan tenang dan lancar. Mak Ngah/ Mak Anjang doakan semoga dapat keputusan yang cemerlang.. Aamminnn...

posted from Bloggeroid

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG