Thursday, October 20, 2016

Happy Birthday Cinta #34

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat suami tercinta Mr. Tajul Ariffin. I love you so much!!! Alhamdulillah genap usia abang 34 tahun. Perbezaan umur antara kita menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Terima kasih cinta hadir dalam hidup ini. Terima kasih sayang terima isterimu ini seadanya.. Semoga Allah sentiasa bersama abang, sentiasa dirahmati, sentiasa dikasihi, sentiasa dalam redha Allah, sentiasa diberikan kebahagiaan dan rezeki melimpah ruah, sentiasa dikurniakan kita anak-anak soleh dan solehah.

Balik nanti kita celebrate yer.. Hope abng suka hadiah yang diberikan pagi tadi.

I LOVE YOU... (^_^)




posted from Bloggeroid

Monday, October 17, 2016

Happy Family (^_^)

Time rehat suka nak belek-belek foto dalam telefon. Mula la kat ofis ni rindu hubby dan anak-anak bila tengok gambar dieorang. Ragam mereka. Keletah mereka. Gelak ketawa mereka. Hujung minggu tak puas duduk rumah dengan suami dan anak-anak.



Oktober.. Hurrmmm.. This week ada birthday someone dalam family ni. Teka siapa...???? Mr. Hubby aka Ayah... A few days je lagi tau. Suprise apa nak buat ni. Kena plan dengan anak-anak ni.. Tak boleh story dalam ni. Nanti Mr. Hubby baca habis la.. Hihihi..

Ok.. Sayang hubby, kiddos dan semua ahli keluarga ketat-ketat..

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 11, 2016

Kembali Membento

Alhamdulillah hari ni hari kedua puasa InshaaAllah.. Semalam puasa 9 muharram. Hari ni puasa 10 muharram. Alang-alang masak untuk bersahur, Mimie bekalkan makanan untuk anak-anak jugak. Mood membekal a.k.a membento ni on off. Tapi alhamdulillah masih memcuba setiap hari supaya tahun depan Batrisyia tahun 1 Mimie dapat sediakan bekal untuknya sentiasa.





Hari ni mood baik sangat. Tak tahu la kenapa. Semoga aura kebaikan sentiasa di samping Mimie dan keluarga. Aammiinn... Ok.. Mulakan tugasan dengan gembira. Jauhkan diri dari orang-orang negetif supaya aura positif sentiasa bersama.. Selamat bekerja (^_^)

posted from Bloggeroid

WELCOME TO MY BLOG.. I LOVE STORY ABOUT MY LIFE IN THIS BLOG.. THANK YOU FOR VISIT MY BLOG